Tuesday, February 14, 2012

First Day Of Orientation

Salam people,

Yesterday agak penat. Well, orang famous pergi mana-mana tempat mesti ada orang nak jumpa. Plus isteri tengah sarat mengandung lagi, anak siap cirit lagi. Aku pun busy dengan orientation.

Well, first day orientation, first time masuk university. I like it, I like the university very much. Well, I think it's just like UiTM Shah Alam lah, ceh, itu je aku tahu. Univ ni dalam hutan, dikelilingi pokok tinggi-tinggi *dah tuh hutan dikelilingi apa pulak kan?*

Agak hijau pemandangan, bangunan buruk di luar, tapi lawalah. Ceh, semua yang dekat obersea semua nak lawa.

Oh btw, orang dekat sini gemuk, gemuk. So bolehlah mereka yang gemuk merancang untuk menetap di sini. Join the grouuuup ! Hooya. Mana tak gemuk, carbonated drink jual dekat supermarket 2.25L, demm besar. Even a dietician sendiri gemuk.

Oh, so semalam buat student ID, bukak akaun bank and beli pre-paid. Finally ada jugak nombor. Tapi beli pun konon-konon nak call Malaysia, but tak guna pun lagi. Tak tahu nak call siapa, family Skype je, baru syiok. Ada request nak dengar suara artis?

Oh, I met a lot of International Students. yes, and I am International Celebrity as well. This orientation was mainly for International student & artist *nak jugak* yang join Faculty Of Health. Ada from South Korea, Singapore, China, Canada, Libya & paling ramai of course Malaysia.

Sukanya jumpa Korean cakap pasal artis korea. And depa pun dok talking pasal aku. Ceh, berangan.

Actually semalam ada tutorial, nak biasakan diri untuk problem based learning (pbl). So we were divided into four groups. And ada due tutor, local people, seniorlah. Memanglah, peninglah, tak faham ! Ceh, aku tak dapat nak tangkap bila discussion. Sedih ;( Sedih waktu huh lah. Esok nak ken a present, demmm.

And malam tuh kami pi rumah senior, Dr Megat, ceh nampak macam tua, padahal baru 27 tahun. Bertuah cikgu dekat Malaysia sebab dapat dia. Ceh, siapa nak kahwin dengan ana, *tiba-tiba tukar kata ganti nama* boleh lah isi form. download dekat link yang aku post sebelum ini ye.

Oh, pergi rumah senior makan nasi ayam. Sedap, rumah cantik, kitorang siap main pool lagi. Stylo mylo lahkan. Dahlah tak reti main.

Okay, mungkin itu sahaja. Member lain still sedap tidur, but the seniors semua dah busy preparing untuk pergi hospital.

Monday, February 13, 2012

The Kaki Kerusi

Salam reader, good day!

I'm sorry okay, I'm so jakun being in Australia and wanted to write everything here. Eh, menyampah eh?

Semalam memang stylish, bangun tengah hari. 

Senior bawak pergi Stockland, a small shopping mall, tapi semua benda pun ada. Groceries, electrical appliances, shirts and all. The place quite okay lah, paling dekat dengan rumah. Macam-macam karenah jumpa dekat sana, yang topless (lelaki ah) and kasutless. And actually dekat sini banyak gila je benda halal. 1/10 je halal. Buat masa nih tak jump lagi babi halal, sedihkan? *budus* New thing dekat situ, boleh bayar sendiri. cantek ahh.

Then pergi rumah senior kedua dekat Crescent Street. Rumah agak nice, exclusive. Kami makan roasted chicken, and actually bend huh beli dekat Woolies, ready-cooked. Kulit roasted chicken huh tak boleh belah, sedap! Masin secukup rasa. Tak payah pergi Kenny Roagers laaa jawabnya, Ada jealous? belum lagi, baru sikit.

Petang pergi main bola sepak. Dengan kaki "kerusi"-nya aku nih, terpaksa jugak main. Padahal aku memang suka ah main, cuma tak suka kalau orang memilih nak main dengan siapa diorang nak. ceh, terasa. For two hours kitorang mandi, sumpah terbaik. Dahla lama gila tak bermain, and now terasa muscle-muscle meronta.

Malam pulak kitorang makan nasi ayam, prepared by Huda and Azfar. Sedap, manis secukup rasa. Terbaik ah diorang nih. Then pergi Masjid pulak, sebelah free mason hall. Jumpa Syeikh, and dengar dia cakap, tapi sorreaah, I tak faham sangat. laju sangat cakapnya. Hoho.

And after this nak pergi orientasi for health and science students. babai !



Sunday, February 12, 2012

"Kumpulan Cerita My First Time"

Salam,

kalaulah anda faham di sebalik tajuk post untuk kali ini. kalau faham baguslah, kalau tak faham tak apa, google sahaja. tapi aku tak naklah bertanggungjawab apa yang kau orang jumpa and explore seterusnya.

Hari-Hari Terakhir Di Malaysia

Of course bila hari-hari terakhir rasa sayu pulak nak tinggalkan rumah. dah tujuh bulan duduk membosankan diri, buat kerja rumah, jadi bibik or supermak, kerja sekejap and macam-macam. tiba-tiba masa yang panjang hilang. 

dalam hati nih selalu fikir, apelah aku nak cakap dengan parent bila nak fly nanti. dahlah selalu emotional, durhaka, durjana, okay melampau. sampai kadang-kadang terfikir nak buat surat tulis apa yang patut rather than cakap open masa dekat airport. tapi semua pun tak buat.

terima kasih kawan yang datang ceriakan suasana dekat rumah. makcik pakcik jangan ceritalah, meriahkan suasana kewangan semasa, bersyukur sangat dapat kazen-mazen yang kaya-kaya ni. nak kaya senang, selalulah buat makan-makan nak belajar ke luar negara. cehh, jangan tiru gaya saya.

malam sebum fly, Asyraf Onn, Haziq Zubaidi and Shauqi Hilmi datang. lama jugak dok dalam rumah, macam masuk rumah tak reti-reti nak keluar. pukul 1.00 am baru keluar rumah. tapi memang kenangan paling manislah, tak pernah lagi orang balik lewat malam, almaklum rumah aku bukan clubbing ke apa. kedatangan diorang memang memeriahkan suasana, dengan sorang-sorang ada good public relation, rasa termotivasi pulak nak jadi seceria itu. 

masa dekat airport memang agak menggelabah mula-mula bila beg orang KLIA tak bagi lebih dari 30kg, padahal each of us bawak 35kg. Finally dengan budi bicara dalam satu jam berjaya pun bawak 35kg. and seriously, aku tak sempat nak cakap apa-apa sangat dekat family, rasa sangat tak sabar nak turun bawah, and pergi tinggalkan family macam biasa. tapi bila dah menunggu boarding dekat bawah, and after calling my mom, barulah nak mintak maaf and tiba-tiba air mata mengalir. waktu tuhlah nak fikir bila lagi nak peluk mak, ayah and all siblings. okay, sekarang pun mood sayu tiba-tiba.

dalam airoplane lagi best, berak sampai tiga kali. menarik betul, tiba-tiba ada suasana nak berak, dalam plane pulak tuh, hampeh! dah la first time masuk tandas bau taik srikandi sri lanka hampeh gila, busuk! siap ada sisa lagi, tak tahan betul. at first ingatkan tandas memang bau macam tuh, tapi lepas aku guna wangi semacam je, betul-betul busuklah depa ni. nasib baik la ada simpan sanitizer.

Di Sydney

dekat airport menarik jugak, ada tiga orang pegawai kastam tanya soalan. aku jawab dengan penuh sopan-santun, suara yang perlahan, volume dua daripada sepuluh. haha, terkejut kau kena tanya soalan dalam bahasa inggeris, tak reti nak jawab.

best part bila ada yang tanya pasal makanan apa yang aku bawak, aku pun cakaplah instant food. then dia tegur, kan ada banyak instant food, instant yang macam mana yang awak bawak and bla, bla, bla soalan dia. pergh, terdiam sementara, mana la aku reti bahasa inggeris nih, pusing kepala satu minit nak jawab apa. finally cakap curry powder and all. then terus pergi tempat check, diorang suruh letak beg laptop dekat bawak, and anjing dok bau. dalam lima saat je dah lepas. tak bukak beg langsung, kuasa Allah (;

sampai-sampai Sydney dah malam. keluar kastam tengok ada senior ramai-ramai, terharu. and pegawai MARA pun ada, sempoi gila. lepas tuh bergambar sikit and terus naik happy cabby. 52 AUD seorang untuk pergi Newcastle. Dekat Sydney tak sejuk lagi waktu tuh, biasa-biasa.


Di Newcastle

sampai Newcastle memang sejuk sangat, on the way pergi rumah senior, kiri kana rumah besar-besar. terbaik! keluar dari bas, sejuk gila, padahal sejuk aircond la, dalam 15 degree celcius mungkin. masuk rumah senior punt terpegun, besar, dengan balkoni bentuk "U" lagi, tempat solat lagi, terbaik! and pemandangan waktu malam yang sangat indah dari balkoni.

senior memang semua baik-baik. first night soap bagi kami tilam, depa sanggup tidur atas kerusi. dengan hidangan nasi beriyani lagi and teh panas masa tengah sejuk. terbaik sungguh!

okay, itu sahaja pengalaman buat masa sekarang. member lain semua tengah tidur. aku pun nak sambung tidur.

Thursday, January 19, 2012

Takziah buat farizzaidi

sedih sangat, baru-baru nih farizzaidi meninggalkan kita. ;( lama tak dengar khabar berita dari dia.

"mesti awak rindu kite kan?" kata fariz zaidi

"                                        " jawab awak

"kita tak kemana, kita bekerja sebulan setengah, sangat busy" kata fariz zaidi

"lain kali awak bagitaulah kita, kita miss you sangat-sangat ;(" jawab awak

okay mencarut! (mengarut).

maksud I takziah farizzaidi sebab dia dah beralih dari

(1) www.farizzaidi.blogspot.com --->  (2) www.mufazai.blogspot.

kohnonnya dulu beralih dari (2) ke (1) sebab nak private blog, tak nak bagi kawan-kawan terdekat baca. tapi sikalang (chinese new year, sila faham) tiba-tiba ada member yang mahu dikenali sebagai XXY (ini bukan untuk bapok ke? dia yang nak) yang tak pernah terbaca ini blog, dapat link. haish.

tapi memang jadi perangsanglah untuk berblog semula. sebab ada satu reader baru. lagipun sudah lama tak blogging. rugi. menyesal. hilang semua memori menarik. haish

jadi, tunggu apa lagi? dapat peluang bersama farizzaidi setiap hari di sini !

Thursday, November 03, 2011

Sentap sikit harituh

Salam.

banyak betul aku bersabar dengan budak ni. semua mintak semua dapat. aku nih yang dah belajar susah-susah, ape pun tak dapat. budak tuh dengan sekolah pun tak pergi, exam ponteng, semua dapat.

sentap sangat sentap teramat.

fine, kenapa nak dengki kan. tapi haritu memang sentap habis (ulang lagi). sampai bila dengar (baru bangun tidur) yang ayah aku willing to give what he wanted, terus macam sakit hati and tiba-tiba keluar hingus dekat mata nih (hujaaaan rahmat, boleh tak?)

takpelah, mungkin tuh je cara nak betulkan dia. padahal bagi aku memang takkan selesai ah masalah dia kalau dok bagi je ape yang dia nak.

sabar, sabar. dan sabar.

Saturday, October 22, 2011

Story Bila Jumpa Specialist

Salam.
Have you read my last post? I know you haven't.
I know you wanted to know my latest update, here it is. Sekarang tengah menaip sambil lap air yang meleleh dari hidung dengan boxer yang baru lipat tak masuk almari. Sangat senonoh, mood resdung sebab makan keuy teow tomyam pedas. awww, sedap kan?
Radiologist, no wonder lah.
Yesterday morning, I went for an ultrasound test at darulehsanmedicalcentre. I met a nurse, sarawakians rasanya. And of course perempuan ! bila masuk je bilik, dia perkenalkan diri. Ceh, syok dekat gua lettew. Lepas tuh dia explain semua benda pasal machine ultrasound tuh. And lidah dia berbelit-belit masa pronounce benda scientific, sumpah comel nurse gemuk tuh. ops
That's not the thing. Lepas tunggu lima minit, Dr Adam (bukan nama sebenar) masuk and perkenalkan diri and terus buat test. Yang siotnya, bosan betul doktor nih, membisu. Gua ingat dia memang dilahirkan bisu lepas bercakap satu perenggan. Memang tak mesra-patient, patutlah jadi radiologist.

Don't claim that you will study medicine.
Bila gua jumpa specialist nephrology, dia bagitau that i'm suspected to have Alport Syndrome. (ini bukan syndrome down okay, serius jauh beza !) So dia tanya whether I had done any research regarding my probs and I say nope. (sumpah malu sikit as future medical students) Then dia bagi kertas pasal symptom-symptom. Lepas tuh dia explain causes plak, and aku dengar dengan muka serious. Tiba-tiba je dia stop and suruh aku explain balik ape yang aku faham, demmm ! (dalam hati macam, apa kau nak aku explain DR Rashidi oi? Aku faham ape dia explain, tapi tak faham nak explain ape. Aku pun explain, satu perenggan tak habis dia mencelah, okay, I just need you to understand your situation so nanti in the future you can explain this to other doctors.

Betul ke kemaluan untuk dilihat oleh orang tersayang je? (abaikan)
So untuk ensure that aku tak ada Alport Syndrome, dia suruh aku buat satu lagi test, CTU kot nama test and test mata. Cuba bayangkan, yang CTU tuh dia kata nanti nak masukkan camera melalui lubang penis untuk sampai ke kidney. Demmm, sakit kot nak kencing nanti! Aku pernah kena benda nih masa darjah dua rasanya and terus sunat. Beb, sunat pakai laser kot ! haha. Tapi aku tak tahulah macam mana dia buat, sebab benda tuh buat dalam keadaan aku tidur. Tapi before tidur tuh aku nampak banyak nurse-nurse cantik dalam operation theatre. Oh, maknanya dia dah tengok gua punya. segan (cerita zaman budak-budak)

Tolong doakan nurse dalam OT minggu depan nanti lawa-lawa okay? And hopefully aku tak sedar waktu tuh, kalau tak seganlah nak berhadapan dengan dunia. nihla maksud aku, kemaluan bukan setakat untuk orang tersayang, tapi orang yang sayang dekat kita macam nurse and doktor. sebab diorang tak nak kita mati. hahaaaaaa. Kalau perempuan nak bersalin pon doktor tengok, ke tak? hehe.

Sorrylah kalau rasa benda ni tak patut cerita. Kalau jijik sangat, tolong sebut jijik 10 kali.

will be continued. . . nak balik kelantan. bye





Friday, October 14, 2011

Blood in my urine.

Ya Allah, kali nih memang dugaan besar, check dekat dr tiba-tiba blood still ada dalam urine, ingatkan dah hilang.

Okay, before korang dok pikir air kencing aku warna merah semua, baik aku bagitau awal-awal yang the blood in my urine is not visible. Warna sama je macam korang punya okay? orang kata warna air kencing sama, tapi penyakit lain-lain.

Kalau dalam article penyakit nih orang panggil microscopic hematuria. Semalam dok pelik jugak, natang ape lah doktor nih dok membebel, tak dapat tangkap. rupa-rupanya hematuria. Nak baca surat  yang dia tulis pon tak faham, buruk sangat tulisannya.

Kalau tengok dekat causes dia scary jugak, boleh jadi bladder cancer la, kidney cancer la, prostate cancer la, tapi yang konfem bukan mandul. yang nih memang kena bold, maksudnya i'm still available (;

The probs if I still have blood in urine masa medical checkup MARA nanti, I might not be able to further my study in aussie. T.T

But luckily lambat lagi comdate untuk fly and bolehlah buat treatment banyak-banyak. dengan harapan ada treatmentlahhhh. Tengok, banyak hikmah fly lambat nih, syukur sangat.

And i'm so happy that my dad's bos agree to pay for my treatment, terharu gila. Okay, itu je kot? Salam

Tuesday, October 11, 2011

Super Sister's Graduation Day

Assalamualaikum !

The day before, and before that (Sunday) we went to IIUM for my eldest sister's graduation day. Before that I was having a great lepak night with my friends in subang, so I ended up tidur at 4 am. Then I woke up at 8 am to fetch my another sister at ktm batu tiga. Sangatlah mengantuk. Wait, this is not the motive of today post okay.

Along the way, we're stucked in traffic jammed, luckily my sister wasn't with us in the car, or else she'll  miss her big event. The best part was I saw one old man coming out from Nissan Serena, then when a motorcyclist lalu he stopped the guy. Rupa-rupanya he asked the motorcyclist to give his son a ride. Sumpah dah macam dekat Indonesia dah, naik Ojek.

You're now viewing in Bahasa Melayu . . .

Cuaca sangat panas, dengan mengantuknya lagi and kena berjalan jauh dari tempat parking, memang rasa bosan sangat. Nasib baiklah ni kakak sendiri,  kalau tak memang dah balik dah. Serius takkan pergi majlis-majlis macam ni.



Thursday, September 29, 2011

Watch Out Who's Your Reader !

Salam readers,

I'm yet to be announced as dead. Just so not really into updating my daily activities. And yeah, today post is about unexpected readers.

I'm so glad that one of my reader is actually a celebrity. Does anyone have readers like mine? I bet you all don't have. *proud melangit* And the coolest thing is, she did comment on my blog. So sweet right? She's not my friend since childhood or even a friend when I was in mrsm and all. I don't really know her before. But I knew her after we went to the same college. Gladly, I'm her first Fan , and the one who created the fan club. But now she's so popular. She have like 510 friends and it's not just from Malaysia, but worldwide.

Hehe, bodohlah hangpa pi baca semua nih. karut marut belaka. Tuh Nurbazilah Ariffin. Ada 510 kawan dekat facebook. Jadi artis sebab sama-sama berlakon waktu hari kemerdekaan KMB.
Okbye.

Ohoooi, belum habis,

unexpected readers is my sister. haha, macam mana kau boleh baca blog nih, habis privacy aku. bosan sungguhlaa macam nih.

and another unexpected readers adalah budak2 yang aku kutuk dekat sini. hahaha, bukan sekarang la, now tak kutuk dah, tapi post still ada. kenangan orang kata.

Thursday, September 08, 2011

raya and f r i e n d s forever ?

Salam,

Semalam gua beraya di rumah siti nurhaliza, memang terbaik ! cun gilaa, rugi aku lahir lambat, kalau tak dah tackle awal-awal. okay, takpe, abaikan. tapi nak citer jugak, rumah siti bapak besar, and banyak kot dapat duit rayaa, rm 10 sorang. banyaklaah kan, artis kot, kalau semua orang pun dia nak bagi, tak nak pokai lagi.

tapi gua taknak ah citer panjang-panjang pasal siti, nanti kantoi gua menipu. sudah-sudahlah tahun lepas siti datang umah gua, tahun nih gua melebat lagi pergi rumah dia plak. adoy, kaki menipu betul.

gua actually pergi beraya rumah member-member lamaaa. konvoi raya rumah kawan-kawan zaman ribena dulu, budak kelas darjah enam baiduri, budak tip top dari ladang kelapa sawit *dulu mmg ttdi jaya ada ladang kelapa sawit*. semua hebat-hebat je sekarang.

actually seingat gua, tuhlaa kelas yang gua paling tak produktif, senyap-senyap gitu. almaklum, zaman dulu-dulu gua sangat-sangat penyenyap, ikut kata cikgu. hikhikhik. tak macam dekat mrsm, satu kelas gua bising. tapi, reunion kalinihh menguatkan baliklaa bond, eventhough gua still senyap. alim-alim gitu.

gua bukan nak citer raya sangat, gua nak citer pasal memberlaah kan. kadang-kadang, or mungkin selalu, orang cari gua just untuk temankan die bila tak ada orang lain nak hangout dengan depa. kiranya lastmen on call laa. hampeh kan? harituh ada yang nak fly, negara gua takleh bagitau, nanti kantoi-meloloi. dia ajak gua pergi beli barang nak fly, gua memang taknaklaaah, tapi bila fikir balik yang ini mungkin pertemuan terakhir *cehh, mcm lepas nih langsung tak mo jumpa* gua dengan rela hati ckp gua okay. tp dia ckp, dia confirmkan balik nak kuar dengan gua, dia try cari orang lain, sebab kononnya gua tak fly lg, nanti menyusahkann. and lepas tuh langsung tak habaq, nampak sangat gua nih dianggap sebagai reserve friend, hampeh punye manusia. btw, gua dah banyak bekerja dengan budak nih, memang takleh pakai, sebab mengharapkan orang aje.

lagi satu, ini orang lain, baru je nih. dia kasi post status dia, cakap pasal itu ini. orang lain komen dia balas, gua komen, haram tak balas. pegidaaah. orang macam lu bolehlaaaa pergi ...

ohhh tuhann, harap-harap gua tak buat macam tuh dekat kawan-kawan gua yang lain. bagila petunjuk kalau gua berkelakuan begitu.

sekian

Friday, August 26, 2011

sebelum FLY pergi i-City

Salam *.*

gua baru pulang dari kota pembaziran. hari-hari berjuta-juta lampu led yang kononnya menjimatkan penggunaan tenaga eletrik terpasang. membazir, gua tak suka pembaziran !

serius. daripada duk membazir macam tuh, baiklah pasang elektrik dalam hutan, kasi meriah sikit dekat orang-orang utan. lu orang tak tahu yang orang utan dok merengek, menyumpah seranah sebab kerajaan malaysia sampai sekarang tak provide tenaga elektrik dekat depa. ini tak adil ! lu orang tak ambil berat langsung tentang hak asasi manusia ( manusia itu orang ) *okay, tak lawak -.-"*

kalau boleh tak perlulah nak membazir sangat, tutup ajelah lampu-lampu tuh, lagi-lagi bulan ramadhan bulan yang mulia nih. ade ke patut lu kasi turun harga tiket masuk kereta daripada RM10 jadi RM1 ? sumpah tak patut ! menggalakkan maksiat betul. memang penuh kapel-kapel. hampeh.

tapi kalu gua datang sana, gua tak kesah kalu lu mahu kasi bukak itu lampu. sebab gua akan ke overseas, gua akan promote satu dunia. ceh, hampeh. 

ini bukan storynyaa, gua just nak habaq yang dah dua kali dalam bulan ramadhan gua bawak member-member gua yang duk jauh-jauh sana mai pi i-city. tadi gua bawak budak perlis (anuar and husni), kelmarin gua bawak budak kedah (izhar and muqmin), memang dah boleh jadi tour guide dah. *dengan harapan dapat duit, tapi tak dapat TT_TT* takpa, takpa, kita kena ikhlas. cehh, terpaksa. 

takpalaah, budak-budak nih nak pelai dah, gua nih plak lepas nih takdak member dah, jumpe depa pun kena tunggu lima tahun lagi, itupun sekoq-sekoq dah sibuk jadi doktor. kenangan je laah.

Thursday, August 25, 2011

jangan nak main tuduh-tuduh !

S a l a m  r e a d e r s (:
   
mung ade pernah kene tuduh, maksud gua kena tuduh meliwat, dituduh pakai tudung *maksud gua tudung salji*, dituduh pakai seluar dalam *ehh, ada masalah ke -.-"* dan macam-macam lagi. 

ceh, tajuk tanak tak matang lagi. gua bukan ape, baru-baru nih, ade sorang kakak gua ni kena tuduh macam-macam. perempuan simpanan, perempuan berwajah wanita, perempuan berhidung dan macam-macam, gua panas ! gua panas ! *ini bukan cerita sebenar*

cerita kakak gua cam gini, ada satu hari tuh *perlu ke, dah macam buat essay darjah satu* kakak gua tolong buat kerja tempat kawan dia (dalam officelaah) sebab kawan kakak gua MC. esoknya, kawan kakak gua yang laki tuh dok tertanya-tanya kakak gua samada nampak atau tak broadband dia. bukan apa, broadband dia hilang. gua tak kisah lagi nak tanya, tapi brader tuh dok tanya kakak gua dua kali, tiga kali, empat kali pasal broadband. ceh, nampak sangat dok syak kakak gua mencuri. (btw, kakak gua baru masuk kerja dua minggu)

panas la hati gua, bila dia cerita, itu baru gua, belum kakak gua. ada ke patut tanya banyak-banyak kali, macamlah keluarga gua nih lahirkan pencuri-pencuri berkaliber. kalau curi juta-juta tak ape lah jugak, inikan setakat modem RM49 aje, aduh, tak senonoh bai.
malam tuh, waktu kakak gua storey, kakak gua yang lain (sister) pun emo sekalilaah, yang sister gua nih soh kakak gua habaq dekat brader tuh, bapak kiterrrr (gedik sikit perempuan) boleh beli 10 ganti balik ! and cakap bapak kiterrrrrrr (gedik gile) kerja *********** ! cehh, amek kauuu, baru tahu sape kite.

ceh, itu je nak storey-de-marry. bukan ape, tak baik main tuduh-tuduh ! nak tuduh takpe, tapi senyap-senyaplaah. orang bukan kemain tolong buat kerja dia, dia tuduh kita macam-macam. aduuh, respectlaah sikit dudde.


Wednesday, August 24, 2011

IB Graduation Day, - f i n a l l y g r a d u a t e d -

s a l a m !

yeay, i'm finally graduated ! 
senang rupa-rupanya  i n t e r n a t i o n a l b a c c a l a u r e a t e nih (:

Gene Elok Daripada Parent ! ;p
ceh, padahal zaman dulu-dulu siap cakap I B   B A B I lagi, sekarang bukan main senang.
normal lah tuh, bila dah berjaya, or tamat buat something. kalau dulu masa dekat mrsm pun, rasa pmr, spm and segala bagai semua susah. tapi bila dah habis, and dapat result gempak, tukar point of view pula. senanglah, apelah.

sampaikan boleh buat motivation program dekat sekolah-sekolah.

"SPM nih senang je, ceeh, Add Math lagi lah, tutup mata boleh jawab" - menipu sangat-sangat
"Abang dulu belajar rileks-rileks je, tak yah tension-tension." - bolehlah kalau nak ikut
tapi itu zaman sekolahlah, I B nih lain macam. kesusahan dia sampai sekarang terasa lagi. tapi itu semua kenangan. kalau junior tanya, kita kena cakap benda elok-elok. kena tipu diorang, tapi for many reasons. sebabnya ?

bagi diorang motivation before masuk sini. lagipun first impression kot, kenalah baik. biar diorang fikir something positive sikit sampai habis IB.

malulah aku kalau cakap susah, takkan tak boleh handle - alasan tak senonoh

kesian MARA kalau budak nih tolak offer, kena susah-susah panggil masuk second and third intake
okay, dah lah tuh, benda dah lepas. siapa tertipu, aku memang takleh nak tolong ;p kalau tak nak rasa tertipu, bacalah blog nih, banyak luahan perasaan tak matang
with lovely chemistry teacher, Puan Azizah (:

calon isteri, umi, pilih-pilih ;D

waaah, with my very critical thinkers (actually critical subject for me - TOK) teacher, Pn Fazlinda. But I got an A for it, yeayyys




Unexpected Anuar, Me, and Syafiq Si Penenang


budak kelas M09C

With Evan, Good Brain One - 45 point kot




With Puan Jarini (:

















Monday, August 22, 2011

Jual Handsock pun boleh busy, rezeki

Salam !

yes! (alhamdulillah) harinih paling produktif jual handsock. pergi pos laju sampai dua tiga kali. Kedah, Penang, Terengganu, semua mai beli dekat "Hasni Handsock". 

memang dari pagi sampai tengah hari sibuk packing, lepas settle satu trip, ada lagi orang order. rezeki, rezeki ;D
tapi tak tahulah untung ke rugi, sebab kadang-kadang aku terlebih bayar duit pos untuk diorang, kadang-kadang pos ekspress kene reject, so membazir banyak jugaklah. tapi sebab kawan kan yang beli, kita pun niat nak menolong orang, lagipun bila depa dok pakai handsock, insyaallah aku dapat pahala. cara berdakwah untuk si pari-pari. ceh, nak join usrah dengan si pari-pari dah tak boleh, ini jelah caranya. hehe ;p

and baru tadi pergi rumah kawan nak hantar handsock. tuan rumah dengan baik hati jemput masuk and waktu tuh ada lagi dua kawan from kmb. mula-mula kasi air teh, lepas tuh biskut tat nenas (dah rayee dahhh diaa) and then buah honeydew pulak. layanan terbaik laah.

actually aku tak sangka boleh berkawan sampai macam nih, dah macam baik gila kami nih. *ceh, tiba-tiba syok sendiri kot* tapi serius, aku appreciate sangat friendship nih. harap-harap berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

oh, alang-alang dah tulis pasal handsock nih, mai la beli "Hasni Handsock". macam-macam warna ada (: sekarang offer, beli 10 percuma 1. woot, woot.

*dengan harapan Hasni Handsock berkembang serata dunia*

Sunday, August 21, 2011

Reunion 6 Baiduri ;]

Salam (:

nak show off sikit *dengan nada tak riak & langsung tak takabbur*, tadi ade gathering reunion dengan classmate mase darjah enam. Alhamdulillah sebab every year dapat buat reunion, tapi tuhlah, everytime mesti ada yang tak dapat join.

last year we did it at sunway pyramid, and this year dekat D'Kayangan buffet Ramadhan (: It was so great to meet up all of them. 

ade yang memang since form one lagi dah tak jumpa-jumpa, macam Nabil Fiqri, Nadia Rosli, Hidaya, Fatimah Kamil, and a few others. itulah, sape suruh masuk mrsm awal-awal lagi, kang dah lame berpisah, jumpa pun segan-segan.

seriously, memang aku rasa tak rapat sangatlah dengan diorang sejak pergi masuk asrama. rasa macam terpisah, even jiran-jiran yang dulu selalu main petang-petang, langsung tak bertegur sapa. so mungkin in the future aku pikir dulu untuk anak-anak aku nanti. or maybe i should advice them untuk selalu gather and hangout.

but in other way round, okay je pergi asrama, banyakkan connection, plus boleh berdikari kot! *ceeh, ayat waktu interview*

and afterall, semalam dah macam boleeh ahh kenal-kenal balik, sesi orientasi balik after seven years berpisah. boleh bawak gurau senda, gelak ketawa, tapi tak sehebat biasa lah, sebab still shy, shy cat. and the event might be the last event kot until another five years since i'm not going to have the same holiday as they have. sedih, sedih.

oh, btw my classmate ada yang belajar medic dekat russia, alex, cairo, and aussie (aku lah tuh). ada yang buat neuroscience dekat canada (scholar university pulakk), engineering dekat aussie and accountacy dekat UK. dekat malaysia pun hebat2. medic, food technology, science forensic, accountacy, dll (: kiranya semua berjaya lah ! *ceeh, kate budak kelas first*

banyak sebenarnya nikmat Allah bagi dekat aku nih. nikmat kepandaian dari kecil lagi. walaupun mase darjah tiga kena tendang kelas dari kelas first to kelas second. And then mase darjah empat masuk pulak kelas last, finally dapat jugak masuk kelas first masa darjah lima (: Plus dengan UPSR 5A lagi walaupun English berterabur. semua nikmat yang Allah bagi after usaha dan tawakkal. *ceeh, macam kecik-kecik tahu je tawakkal tuh ape*

tapi tuhlaa, kalau nak hitung memang tak terkira. kita je sebuk dok pikir pasal musibah, pikir, lepas tuh bukan mengadu dekat tuhan, mengadu dekat tandas sambil buat air. hi hi hi.

okay, itu saaja. nanti nak post gambar (:

Saturday, August 20, 2011

Name blog baru, edisi lama (:

Salam ;]

lama sudah gua tak update (ceeh, ayat lame gila) and finally here i am, with new blog title :

Nikmat Allah Bagi (:
Alhamdulillah, selama ni asyik mengeluh je, mengeluh je, mengeluh je, mengeluh je, mengeluh je ...
bila lagi kita nak tengok nikmat yang Allah bagi dekat kita, banyak sangat-sangat. tak terkira. marilaah showw off nikmat kita, tanda bersyukur.

As far as I know, kalau kita dikurniakan nikmat, kita hebah-hebahkan dan kongsi antara satu sama lain. cara dia macam mana? tolong orang, derma, derma, tolong orang, derma, derma, tolong orang, dll


Monday, August 08, 2011

Murtabak

Salam (:

Harap-harap readers sekalian tak pernah ponteng puasa lagi, jangan ulangi peristiwa dulu-dulu, kalau orang tak ada, curi-curi makan biskut jacobs hi-fibre, minum air dan sebagainya. aku tahu korang memang pro benda-benda macam nih, lagi-lagi bila dah every year practise amalan kurang sihat nih. :D

Jangan lupa, jenguk-jenguk sikit adik-adik kita tuh, diorang pun sama je macam kita, tabiat luar biasa nih dah memang akan diwarisi, hehe. kasi kantoikan je diorang nih, biar malu, tapi mahu. korang kan tahu bila waktu-waktu terbaik untuk diorang curi-curi minum semua, sebab korang lagi expert. sekarang pulak bila gaji maid naik, parent pun tak hire maid dah, lagi selalulah kita nampak budak-budak nih aktif semacam sebab perut dah kenyang.

Oh, topik kita Murtabak. sebenarnya, nak habaq bagi readers yang tak pernah pergi bazaar ramadhan *tak logik langsung*, sekarang nih tiba-tiba ramai plak yang jual murtabak dek cendawan tumbuh selepas hujan *cait, dah lama tak guna peribahasa*.  punca paling utama kehadiran diorang nih sebab kita selalu dok salah dengar RAMADHAN AL-MUBARAK jadi RAMADHAN AL-MURTABAK. Itu pasal orang dok berlumba-lumba buka gerai murtabak, nak dapatkan pahala bulan ramadhan. yang kita-kita nih pulak sebagai pengguna pun sama-sama nak rebut pahala, sambil melakukan fardhu kifayah dengan membeli murtabak. *haaah, pening-pening* itu pasal ramai yang dok beratur panjang dekat bazaar, sanggup tunggu lama-lama.

Okay, dah habis, dah habis topik. salam sayang dari mufazai. muaahx.

Thursday, July 14, 2011

adoy, takde duit, camnee nih T.T

salam readers yang kaya raya,

saya aku puji, so korang boleh transfer duit dekat akaun aku.

camneh citer die, daripada hari selasa lagi member sorang tanye, 'nak pergi tengok harry potter ?' untuk memeriahkan suaasane member yang nak fly tak lame lagi. aku pon ape lagi, 'okay, tadehaal !'

lepas tuh tiba-tiba member suruh aku drive, yelah, before this die dah asek drive je, aku pun okaylah. aku lak lupe yang kereta ade due je, satu mak aku gune, satu lagi kakak aku nak kena pickup adik aku yang pergi sekolah, plus beli lauk sebab bibik balik indon, plus mak aku suruh ..., plus mak aku suruh ... dan ...

aku pun terpakselaaah mesej dengan rasa berat hati, sebab kesian, asyik die je drive, 'weh, naik kete kau eh, ...(censored)...' and mesej skali lagi sebab die tak reply 'weh, ...(censored)..'

then tiba-tiba ade dapat mesej dari member nih, dia suh datang rumah ... dalam pukul 11.30 am, sebab die anto mak die pergi klinik.

aku pun rase mcm die tak perasanlaah kot yang aku dah mesej die. die pun maybe penat kot, hantor adik pi skolah, then hantor mak pi klinik pulak. (positive)

tapi, at that time, aku tak fikir positif lah pulak, maybe sebab dia nak aku bawak kereta jugak, since asyik die je bawak. so aku pun terfikir ...

tak semua orang faham keadaan kita. (terpost dekat facebook) kadang-kadang bila kawan dengan orang kaya, diorang tak expect kita macam nih, tapi takleh nak salahkan dia, sebab mungkin dia tak pernah merasa kan ?

tapi lepas tuh, aku terus fikir positif, anggap dia tak perasan message aku tadi. so aku message lagi. and finally dia pun okay, and suruh aku datang rumah dia.

pengalaman nak sampai rumah dia tuh memang jangan cakaplah, susah benor nak kejut kakak aku yang tengah tidur, sebab nak suruh hantor. aku memang dah patah hati dah waktu tuh, ingat nak bawak je kereta yang satu lagi.

lepas tuh mesej umi, 'fariz bawak kereta sebab tak ada orang nak hantar gi rumah kawan'

then mak umi reply, 'senang je kan fariz, tak fikir sape nak ambil adik semua'

aku pun terfikir jugak, sangguplah kan, sebab tak ada orang nak hantar pergi rumah kawan, sanggup bawak kereta, and biarkan adik balik sekolah jalan kaki, lepas tuh kereta yang kita bawak tuh habis duit minyak and semua. (tiba-tiba duit minyak, tapi yelah)

then aku terus naik atas, kejut lagi kakak aku, and luckily dia bangun and terus mandi.

aku reply balik dekat umi ' memang senang. tapi nasib baik ... dah bangun'

and aku pun terus ke rumah member (: finally. tapi tak stop dekat sini. member pun bawaklah kereta pergi midvalley, and park dekat the gardens. four of us all together. yang tiga-tiga semua kaya-kaya, jangan cakaplah. seorang section nine, dua lagi section thirteen bungalow house. omaigod.

and waktu tuh, diorang calling-calling dengan member yang dah sampai, tanya nak makan dekat mana. pulak tuh dok cerita kedai mahal-mahal, delicious lah, ape lah. haha. (time nih sumpah cuak) aku dah laah bawak rm27, rm27 sahaja. adeyh, dah tuh nak pergi makan kedai mahal (waktu nih belum buat decision lagi).

aku pun ape lagi, mesej-mesej dengan umi, 'umi, ade cimb tak? member-member nih nak makan, fariz betul-betul tak ada duit'

aku pun tak mengharap sangat mak aku nak transfer, tapi die reply 'nanti umi balik ofis umi bank in'. alhamdulillah, syukur sangat-sangat. tak adelah rasa gundah gelana sangat. tapi bila lah mak aku nak transfer duit kan, so aku terus cuak, fikir-fikir timing yang sesuai untuk cakap dekat member yang beli tiket pasal aku nak bayar kemudian.

luckily, diorang just makan dekat food junction. so average harga rm10 je lah. waktu tuh, memang lega habis. at least ada dalam poket rm17. memang still tak cukuplah nak bayar duit panggung rm20
(harry potter 3D). so waktu tengah order makanan tuh, member ade dekat situ, aku pun terus terang cakap dengan dia, .... and dia okay. alhamdulillaaah, syukur.

okay, so takde sangatlaaah interesting pun kan cerita nih, cuma tuhlaaah, orang yang tak ada duit macam aku nih, nak pulak berkawan dengan orang kaya-kaya, macam mana kan? susahlah, orang kaya, eventhough ade setengah tuh macam tak berlagak kaya, but still, diorang punye duit flow laju je and always available lah dalam dompet untuk beli itu and ini.

aku nih, duit tarak. haha, adehh. tapi tuhlaah, tak ingat pulak zaman-zaman dekat kmb dulu, duit memang parent masuk banyak, setiap kali duit takder, mintak, then dapat. mungkin taknak bagi kita tension kan? suka sangat duduk kmb, duit sentiasa dekat tangan. tapi, bila dah cuti, jangan citerlaah, bukan main payah lagi nak dapat duit. tunggu ayah aku balik dari indon je lah baru boleh dapat duit. haha, nasib baik tiap-tiap minggu aku yang hantar dia pergi airport, dapatlaah duit sikit.

okay-okay, takda kena mengena dengan yang mati, tapi yang hidup ada. to reader, kalau macam terperasan 'member' itu adalah dia, jangan nak marah sangat okay? lagipun pasal kekangan hidup aku je pun. sebab ini cerita pun untuk aku refleksi diri sendiri. mungkin boleh jadi pengajaran bila aku dah besar nanti. (:

Wednesday, July 13, 2011

James Cook University Interview - By Asyraf Kori

Oho, so ramai org message aku pasal James Cook University interview (dkt 5 org kot haha3). Alrighty, sebab aku seorang loser yang mmg banyak masa terluang (LOL!), lemme give you a lil' bit of rundown utk interview.

Before anything, sedikit fakta tentang JCU:

- Medic JCU adalah 6 years programme. 6 TAHUN. So mmg kene faham btul2 yek? Plus, korang akan fly Feb 2012. So agak lambat la nanti, start and habis. Gotta think hard here yo!

- In JCU School of Medicine, currently only 26 Malaysians there. Yep, all 6 years of Medical School. Korg kene independent kt sana.

- JCU in Queensland, at the northern part of Australia. So climate dier lebih kepada Malaysia (Hot and Humid) rather than Cold, Cool climate cam kat Sydney. So dier panas skit, lebih kurang mcm Malaysia. Oh, aku ade cakap tak Queensland itu agak hulu? Ha3, jkjkjk. But still, mmg agak hulu lah.

- Requirement JCU for IELTS? All Component 7! But still, klo korg nyer result overall tinggi, and yg lowest pon around 6.5, xyh nk repeat kot (Eg me myself, aku overall 8.0, but my writing is the lowest, only 6.5. No need to repeat again! Ha3)


So how about the interview?

- Its individual (duh!)

- Ada dalam 5 soalan besar akan ditanya. Klo aku nyer interview dlu, 1st question is about why you want to become a doctor etc2. 2nd, 3rd and 4th (x igt turutan) psal qualities u have, your achievements, your take on medical issue plus decision making etc2. And ade lagi la soalan- soalan lain lagi.

- Still, the killer question was at part 5. Final question is all about World Issue. Aku masa tu kne Political Asylum. Oh, yep, aku terketar2 la nak menjawabnye haha3. Serius kene troll kaw2 ngn interviewer. Lots of reading here guys!

- Its around 20 - 30 minutes. Or in my case, its 40 minutes. Mmg hantu tol....



My advice?

- BE YOURSELF. Seriously, dieorg mmg jadi interviewer for a reason. Nak menipu? Want to become other person on that day? Agak2 la ye ha3 They'll see right through you. I can assure that.

- Be awesome. Ape2 pon senyum je. Memetik kata2 Barney How I Met Your Mother, "When I'm sad, I stopped being sad, and become awesome!"

- Be friggin confident! But not blardy stupid sudah. Xpe sangkut2, asalkan confident!

- Oh, aku dh ckp dh senyum? The interviewers are kind plus awesome. They laugh a lot. Like A LOT!

Final words, the usual Good Luck lah kot. Oh and for all of you yg akn interview nanti, make sure you persevere a lot. I know what you're going through now, as me and lots of others pun dh pnh rasa. So...

ALL THE BEST EVERYONE!

p/s:
- It's possible your wish won't be fulfilled, But if you don't wish at all, it definitely won't be fulfilled (Lawrence Craft, Spice and Wolf II)
- In the next year, around this time, What kind of me will be here? What kind of you will be here? (When The First Love Ends, ryo feat. Hatsune Miku)

Tuesday, July 12, 2011

Interview Monash

1st station, dye tnye sal intern, situation, kte seorg intern n kte npk intern yg lain kne mara, ape reaksi kte...
[3:05:37 PM] Mohamad Hazwan: 2nd station, ni yg susa
[3:05:46 PM] Mohamad Hazwan: yg 1st bole jwb
[3:06:17 PM] Mohamad Hazwan: 2nd dyer situation sal legal system, penggunaan DNA dlm probving crime
[3:06:23 PM] Mohamad Hazwan: dye tnye reliable ke x
[3:06:29 PM] Mohamad Hazwan: dye objective x?
[3:06:30 PM] Mohamad Hazwan: unbiased ke?