Showing posts with label Scholarship. Show all posts
Showing posts with label Scholarship. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

Cepat Gila Diorang Fly!!

-Semalam-

"Kenapa dengan Akram nih, dekat ym tulis aku dapat pergi us, bukan budak-budak form 4 ke yang bawa projek pergi us?" dalam hati aku.

Aku BUZZ!! dia, tapi tak balas.

-Hari Ini-


Aku chat dengan Firdaus Sudin, dia kata Rasyid dapat pergi US bulan 6 under JPA.

"Cepat gila budak ini dapat tawaran, betul ke ini?" rasa macam tak pasti.

Aku tanya Akram sebab dekat ym dia ada lagi tulis aku dapat pergi US. "weh kau dapat JPA ke?"

"Haah, aku saja tahu awal" dia balas.

"Dapat pergi US ke ?" aku tanya.

"Haah, Faiz Talib dan Noryang dapat juga!"dia jawab.

Aku dalam hati rasa macam tak selesa dah. Cepat betul keputusan JPA. MARA bila pula ?? Aku rasa tak sanggup tungu lama-lama. Nak juga dengar berita gembira.

Yang best sekali aku tahu Akram kata JPA banyak ambil budak MRSM untuk program yang fly bulan 6 ini. 30 orang students saja dia telefon.

Wah, best betul!!!!

- UPDATED -

aku message diorang dan diorang buat 4 tahun dekat Vanderbit.

Saturday, April 11, 2009

awal gle babeng.

Weiyh, lame gle aku tak bangun awal mcm hari nih!

Selame nih, mmg la bgn utk solat subuh, tp hari ini aku tak trus landing atas katil balik (;

Punyelah rase rindu utk bangun awal.

Makan² dkat luar ngan family, n now aku nk buat preparation tuk interview.

Papepon nk wish congratez dkat kemba ak sbab lulus JPJ!!
Tahniah ;] fithot

Aku lambt lagi nak smpai tahap tuh.
segan gler

nak kemas² file tuk interview,
tapi blur gle. x tau nak arranged mcm mne.
ade kte ikut tahun, ade kate ikut bhgn.

Oh Tuhan!!

~BANTULAH HAMBAMU YANG HINA INI~

11.37 a.m
BLUR

12.44 p.m
BLUR & frust

1.15 p.m
Akhirnya siap~

Thanks a lot to this people :
1. CapikaEzzati
2.Zeckie

for helping me.

Friday, April 10, 2009

A atau B . yang mana satu nih...?

Okies, aku baru saja lepas buat Ujian Psikologi untuk MARA Interview. Soalan dia agak lebih kurang sebab namapun ujian psikologi. Tapi kalau hendak dikira, dibilang dan diikutkan, dah banyak kali buat ujian psikologi dan semuanya lulus bila buat sendiri tanpa bantuan tetapi berdasarkan kata hati dan pengalaman hidup.

Kadang-kadang ada juga yang perlu fikir sejenak, macam soalan ini :

" Adakah anda akan ketawa apabila mendengar cerita lucah ? " Lebih kurang lah.

Memang tak tahu nak letak A atau B, sebab takut nanti dia blacklist. Tapi aku jawab berdasarkan pengalaman. Haha, tak mungkin aku bagitahu dekat sini.

Masa tengah-tengah menjawab, ayah aku bagitahu,

"Oklah Fariz, nanti ayoh hantar pagi lebih kurang pukul 10.00 am pg kita pergi bangunan MARA," kata Ayoh.

"Ok, baguslah, nanti boleh rehat-rehat and jumpa kawan," aku jawab. "Fariz tengah buat ujian psikologi nih ayoh."

Ayah aku suruh teruskan. Tapi dia asyik bagi tahu aku lebih elok buat dengan kawan, sebab ini MARA judge kita. Tapi aku masih dengan pegangan diri, aku rasa benda ini perlukan kejujuran.

Mak aku pun sama, suruh ayah aku duduk sekali dengan aku, tapi bila aku cakap ini dan itu, ayah aku muka macam malas dah nak layan aku.

Kadang-kadang ak terfikir dan termenung, macam mana kalau ujian ini bukan berlandaskan kejujuran ? Betulkah ujian ini hanya mahukan orang yang perfect dan sempurna ? Semua terdetik. Tapi kata orang, yang sudah itu tak mungkin datang kembali.

Akupun terpaksa akur dan redha, tapi mungkinkah aku akan berasa tenang jika aku tidak mendapat biasiswa MARA semata-mata kerana ujian Psikologi ? Harap-harap tidak.

Tuesday, April 07, 2009

Argh.. Clashed lah !!

Mula-mula tengok myspace and ada bulletin dari Adilah, tajuk "scholar petronas". Click, lepas tuh dia kata dah boleh check. Aku pun tak pergi check sebab confident tak dapat scholar tuh.

Bukan apa, aku lambat apply sebab selalu sangat tak dapat bukak page tuh. Tapi sempat isi borang online application tuh, last-last tengok nak kena bayar RM 20. Esok tarikh tutup, so macam dah tak ada peluang. Lagipun malas nak susahkan parent aku.

Tiba-tiba hari nih aku dapat mesej suruh check dekat internet. Sekali lagi confident gila yang aku tak dapat. Lepas tuh sedara aku tengok-tengok hp aku and dia baca la mesej. Dia pun suruh check takut-takut dapat ke. Aku sekali lagi cakap tak sempat apply pun sebab tak bayar. Dia pun terus type and click laman web petronas.

Status Permohonan

Tahniah!

Anda telah disenarai-pendek bagi mengikuti Program EDUCAMP.

Anda dikehendaki menghadiri Program EDUCAMP seperti berikut :

Tarikh : 15 - 16 April 2009

Lokasi : Universiti Teknologi PETRONAS
Tronoh, Bandar Seri Iskandar, Perak

Adalah juga dimaklumkan bahawa anda telah di senarai-pendek untuk mengikuti program berikut:

Program : Universiti Teknologi PETRONAS

Kursus : Kejuruteraan Petroleum

Haha, terkejut tengok status tuh, dah la bayar pun tidak. Tapi aku perasan Educamp clashed dengan interview MARA. So call ayah aku tanya pendapat, dia suruh call balik orang petronas.

Feedback dia,

Adik boleh datang UTP sebelum pukul 8.00pm. Haha, tak logik dek akal. Tolak je lah. Lagipun aku dapat local punya program. Aku nak FLY. hUhu
Borang Permohonan Kemasukan ke Universiti Teknologi PETRONAS dan/atau Pinjaman Bolehubah PETRONAS

Doktorkah ?

Dah lama tanya-tanya, tertanya-tanya dan bertanya. Dari dulu buat temu janji, hari-hari berjanji dan aku mungkir janji. Teruk betul perangai aku. Sorry Naayen [nicknamekah?] banyak sangat perkara nak buat, belum lagi lulusan seorang doktor tapi dah sibuk macam PM.

Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua. Dah selangkah ke alam doktor, padahal interview pun belum lagi. Tapi, pertemuan bermakna kali pertama buatkan banyak benda beres! Lega hati, suka hati dan happy semacam. Cuma perlu effort lebih untuk practice depan cermin dan tengok muka sendiri berjam-jam mungkin ? At least, Essay & Soalan siap dengan sempurna.

Terus-terang dengan rasa rendah diri seikhlas hati nak ucapkan jutaan terima kasih untuk Naayen yang banyak sangat & teramat bantu Fariz. Detail betul advices dia. Tambah lagi dengan buku "THE LIFE OF A DOCTOR", yang banyak membantu.

Tapi, bila baca buku tu dari awal sampai habis terdetik pula, "betulke aku nak jadi doktor ?"
Bukan senang nak jadi pelajar perubatan, bukan mudah nak lulus graduan sebagai doktor tapi hidup sebagai seorang doktor sesuatu yang mulia.

"Life is short and the art of medicine is long, oppurtinity is fleeting, judgement difficult and experiment dangerous. The physician must do the right thing at the right time"

Tapi, aku teruskan niat. Sebab bukan semua orang dapat jadi doktor dan terdetik untuk jadi doktor. Mungkin aku calon bertuah.




Online Sponsorship Application

Monday, April 06, 2009

TAK TAHU NAK KATA APA!!

Wah, hari ini buat julung kalinya buat ujian selepas 4 bulan rehatkan diri dekat rumah. Punyalah susah CRTB test nih. Memang PNB betul-betul nak budak yang pandai, cerdik, pintar, cerdas, and macam-macam personaliti yang buatkan aku nih langsung tak bermakna.

Sampai-sampai terus parking kereta dekat area parking KLCC. Keluar dari kereta nampak menara PNB yang tersergam indah dan terus buat jatung aku berdengup kencang! Belum apa-apa lagi dah gementar, padahal bukan interview pun. Sampai dalam pukul 7.15am, so aku dengan parent aku pergi singgah sebentar di Restoran Mamak Lotus. Roti telur pun jadilah nak hilangkan lapar.

Pukul 9.05am terus bergerak pergi menara PNB, masuk lobby nampak budak-budak menungu, pakai smart-smart confirm aku dan mereka semua satu tujuan. Ayah aku ragu-ragu lagi, so dia pergi tanya pak guard berbaju putih. Lepas dah konfiden, parent aku tinggalkan aku dan terus jumpa kawan dia CEO PNB, tapi bukan untuk urusan scholarship, jumpa saja-saja.

Pukul 9.00am datang Kak Lin yang call aku harituh, dia suro kami semua register dulu. So, aku dapat sesi yang kedua sebab sepatutnya aku datang 1 April lepas. Sesi kedua mula dalam pukul 10.00am, tapi pukul 9.30am dia dah suruh naik tingkat 38.

Sebelum naik, adalah budak laki datang dekat aku. Dia salam dan aku pun sambutlah dengan rasa senang hati. Dia kata macam pernah nampak muka aku, tanya punya tanya rupanya die budak MRSM Taiping. Mungkin jumpa waktu CSR Rebung la kot. Tapi sampai balik aku tak tahu nama dia. Teruk betul. Dia datang dari Kota Kinabalu, jauh betul.

Pukul 9.45am macam tuh, ada briefing sikit pasal Critical Reasoning Test Battery (CRTB). Aku dah tersenyum-senyum bila dengar Test Battery sampai orang yang tengah briefing tegur. Lawak betul. Ada tiga ujian kena buat : -

1. Mathematic
2. Verbals
3. IQ Test

Seriously, ujian satu, dua dan tiga semua aku tak berapa pasti boleh buat ke tidak. Haha, kalau korang nak tahu ujian dia tanya aku.