Sunday, October 17, 2010

habis madu sepah dibuang


Dilarang sama sekali mengambil serius terhadap apa yang bakal dibaca selepas ini. terima kasih.

SATU

"Booo, boooo ..."

Antara reaksi sebahagian daripada pelajar semasa seorang calon MPP sedang memberi manifesto. Ini antara reaksi mereka, mungkin protes terhadap mereka yang tidak memakai tudung.

Bukankah kita diajar untuk tidak membenci pelaku, sebaliknya membenci kepada apa yang dilakukan sahaja ? Ini antara satu perkara yang tidak patut ditonjolkan. Malah tindakan penyokong juga melanggar etika malam manifesto. Sebagai nasihat, janganlah senantiasa melabel orang. Tidak bertudung tidak semestinya tidak berakhlak dan tidak boleh dibentuk. Carilah peluang untuk membentuk mereka daripada terus melabel.

DUA

"anda disarankan mengundi ... , ... , ..."

Terasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak. Perkara seperti ini walaupun dianggap sebagai salah satu cara berkempen, tetapi sebenarnya ia telah mematikan sesetengah calon-calon MPP yang lain. Padahal semua calon perlu menerusi manifesto dan lain-lain proses sebelum pilihan raya. Tetapi akhirnya harapan dimatikan dengan mesej yang telah disebarkan oleh sesetengah pihak kepada pelajar-pelajar tahun 2 dan rata-rata tidak turun ke dewan untuk malam manifesto. Tak dinafikan, mesej ini adalah satu usaha yang baik. Tapi mungkin berlaku ketidakkeadilan.

**Mungkin perlu diusulkan agar hanya pelajar tahun satu sahaja yang perlu turun mengundi pada masa akan datang.

TIGA

"Lady Gaga new album released .."

Buang undi pun nak promote-promte Lady Gaga ke ? Tak pasal-pasal jadi undi rosak. Ada juga yang beremosi semasa mengundi.

"Kami nak Syed ...
"

Pelik-pelik. Jadilah pengundi yang lebih bertanggungjawab lepas ini. Dan ada juga yang makin pintar, dah tahu sistem yang kami jalankan untuk detect orang yang membuat undi rosak. Jadi, mereka terus koyakkan bahagian yang bernombor. Tak apa, kami akan membaik pulih sistem.

EMPAT

"okay, kalau tak ada apa-apa, SPR dan calon-calon MPP yang tidak berjaya bolehlah keluar dari bilik ini"
*ayat mungkin tak sama

"habis madu sepah dibuang"
"pergh, kena halau macam tuh je"
"..."

Antara kata-kata yang terdengar selepas keluar dari LT1. Mungkin sepatutnya SPR menutup majlis tersebut sebelum kami diarahkan keluar.

Kadang-kadang terasa juga, siapalah kami. Tak penting, mengada-ngada, blablabla. Habis madu sepah dibuang. Tapi itulah hakikat sebagai seorang SPR. Apabila kerja sudah tamat, anda tidak lagi berguna. Tapi yang penting kami telah menjalankan tugas dengan amanah tanpa sebarang gangguan daripada pihak lain. Harap-harap semua pelajar dapat menerima keputusan MPP yang baru dengan baik. Dan minta maaf atas segala masalah yang timbul semasa proses pilihan raya dijalankan.

LIMA

Banyak pengalaman yang ditimba semasa menjadi ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ia memang satu pengalaman baru dan tidak akan dilupakan. Walaupun memang terdetik untuk mencuba sekali lagi menjadi sebahagian daripada MPP, tapi pengalaman posisi yang baru adalah yang lebih baik.

Maafkan saya kalau ada silap dan salah sepanjang menjadi Presiden SPR Batch Kita untuk sesi 2009. Maafkan kami jika kerana kami mempromosikan borang MPP kepada anda, anda tidak dapat duduk senang semasa menjadi MPP kerana tugas-tugas yang dipikul. Tapi yang pasti anda telah berjaya mengharunginya dan mendapat manfaat daripada posisi tersebut untuk diaplikasikan pada masa hadapan. Insyaallah.

Terima kasih Samuel Kana Anak Lis kerana mengucapkan terima kasih kepada saya. Sangat terharu... (awwww)

Sekali lagi, jangan ambil serius











Sunday, October 03, 2010

terima kasih kawan

kadangkadang rasa aku memang tak akan dapat pergi overseas.
or maybe bukan kadangkadang, tapi selalu

but thanks to kawan, yang sentiasa berikan semangat!

‎"Go confidently in the direction of your dreams. Live the life you have imagined."

Saturday, October 02, 2010

sedih seram gembira

salam (;
serious, cuti aku tak effisyen.
tapi kali nih aku belajar banyak dari masamasa yang lalu.
apa yang aku belajar ? "tak bawak balik buku banyakbanyak"
kan bagus planning. aku bawak satu buku je balik, itupun tak buat

cuti nih aku sibuk dengan extended essay chemistry
mostly budakbudak nih dah settle dah essay diorang,
before cuti lagi, even ada yang siap dalam masa satu malam je,
pergh, yang tuh memang aku jealous. aku satu malam boleh buat introduction je.

cutinih layan lagi extended essay, nampak macam takda harapan
aku takda guideline nak buat. aku serious bengong.
takpalah, mungkin aku ditakdirkan untuk berfoyafoya dirumah,
tak lama lagi nak terbang (harapan), so gunalah masa untuk family kan ? kan ?

tadi baru lepas tengok "doa ramadhan"
aku rasa cerita ulangan, tapi aku sampai nangisnangis
tapi beragakagaklah sampai nak keluar suara kan
air mata tibatiba je keluar.
belakang aku pulak parent aku, aiseh. segan ah kan. haha
so aku controlcontrol, lap dengan baju. haha

tapi serious doh,
ada ke budak kecik simpan duit rm200 untuk beli ayah untuk sehari.
takkan lah tak sayu kan, T.Y

aku sumpah rasa macam kesian.
tibatiba rasa macam tak sesuai je jadi doktor.
tengok orang mati aku pulak nangis. haha

and tadi baru tengok cerita amazing race,
entah edisi ke berapa ah. tapi ada pasangan doktor.
pergh, tak boleh belah, teamteam lain kata :
kita kena ikut doktor tuh, diorang teliti buat kerja, genius, dan ...

haha, tak bangga ke jadi doktor ? muahaha
tapi aku takdalah bangga sangat pun,
memang hasrat nak bantu, buat amal
tapi aku betulbetul nak cipta nama dekat Malaysia. Insyaallah (;

and cerita seram semalam ; HISTERIA
aku tengok sorangsorang je, rumah dua tingkat sunyi pulak
pergh, bulu roma tegang nak mampus lah kan
tapi tak dapat nak tengok partpart last
aku kena teman mak aku amek ayah aku dekat airport.
ada sapasapa ada cd HISTERIA ? bak lah

oh, aku nak teruskan extended essay (;

cuti kasukma

cuti kasukma