Monday, May 31, 2010

Jambori PRS KPM & KM

Salam ;) sy baru balik dari Botanical Garden, Ayer Keroh-Melaka. sy ada "camping trip" untuk Pembimbing Rakan Sebaya Kolej Professional MARA & Kolej MARA. Actually, at first sy tak beriya pun nak pergi sana, sebab sy rasa tersisih (jujur gila) dan sy tak rasa its a good situation bila bergaul dengan budak2 kpm. tapi tak, semua nih tak betul.

sy rasa sangat selesa bersama Interactive Peers. seriusly, dulu tak macam nih, I don't think that i'm being accepted, especially dr kalangan budak lelaki (okay, ini jujur dan mungkin perasaan aku je). But after the camp trip, its totally differents, and aku rasa doa aku dah termakbul, alhamdulillah ;). kalau dulu, jangan harap ak nak bercakap dengan certain2 people, tp now, aku boleh berbual and even bergurau, and maybe berkat kepala botak aku sampai aku jadi sami (gelaran) dekat surau sana. kui3. thanks to IP, aku tak pernah diberi peluang macam nih. so, aku rasa konflik2 dulu semua dah selesai, alhamdulillah. mungkin konflik dalaman aku sorang je.

sy juga sangat selesa dengan budak2 KPM. walaupun ada yg lagi tua, umur 20, 19 and yg muda umur 18, kitorang sangatlah rapat. senangje mesra ;D and this situation buatkan aku sangat2 rindukan diorg sekarang !

hari pertaama, sampai2 je dekat campsite, aku nampak junior dari mrsm terendak. then another junior from mrsm tun ghafar baba. tak sangka, kitorg boleh berada dlm satu program. then, petang tuh ada briefing sikit2 and ice-breaking. ktorg tertipu dengan cara pembahagian kumpulan, at last aku tercampak ke group yg takde budak laki dari banting, and i don't know how to start the conversation. tp aku start jugak ahh, walaupun tgk org depan ngan belakang aku muka seram2. aku sempat message mmber banting sbelah lg. kui3. tp actually diorg sme okay je. then, lepas tuh, ak terpilih untuk jd biro kerohanian (tak boleh belah) sebab tuh je yang tinggal. after that, ada aktiviti buat bendera, then solat asar berjemaah. malam tuh ada ceramah dr Us. Sulaiman, and best, tp syaitan lebih banyak keliling aku, so ak tertidur.. kui3. lepas tuh ada LDK 1. the main topic is to introduce what is actually PRS and kaunselor and penceramah tuh asyik gunakan Shahir AF8 as an example.

malam tuh jugak, ada night walk. agak best sebab dalam hujan and sangat gelap. at one time, kitorg dilepaskan dlm group and tak ada lampu langsung. so memang sangat gelap. kitorg diberikan satu lilin je, and we were the first team dilepaskan. so kitorang jalan slow2, tak nak bagi lilin mati, and tuhje la cahaya kitorg malam tuh.. jalan punya jalan, tiba-tiba hujan.. makin mencabar and gelap gila, dengan air hujan dah tutup spek mata aku... alas kitorg sampai jugak, tp tengok2 group2 lain semua dah sampai.. nampak sangat diorg gne shortcut. tp mmg sangat cool malam tuh, coz kne jaga lilin lagi and berkenalan antara satu sama lain dalam gelap. so cool.

hari kedua pun ada mcm2 aktiviti, ada explore race and rempuh halangan. rempuh halangan nih kitorg masuk paya, busuk nak mampos.. tp nasib baik lepas tuh hujan...

overall kem ip sangatlah cun !

Friday, May 28, 2010

bila berduit XD

money is everything.

dulu, jadi fakir miskin. alhamdulillah, rezeki makin bertambah.
bolehlah buat pergi jalan Youth Carnival hari nih ;)
esok pulak ada kem IP dekat Botanical Garden Melaka.
semuanya nak duit.

semalam dah resah gelisah dah,
bila ayah balik, tp hilang diari. ingatkan dah takkan dpt duit,
tp alhamdulillah, diari dah jumpa, duit pun ada. kui3

duit, duit. memang nak benda kena ad duit (*tak semua)
takde duit, duduklah kaw sorg2. tak ke mana.
tp kadang2 pelik gak, camne ah budak2 nih boleh enjoy gilaaa
duit diorg slalu masuk kaaa ?
kaya betul.


Thursday, May 27, 2010

Goh Tong's Trip Sket


Salam readers, okay ? mestilah kan, dah baca blog aku mesti okay punye.
semalam aku and empat member len pergi melawat Goh Tong.
Dia okay, sihat dalam kubur dia.

tapi kami orang tak puas hati banyak ahh,
semua rides die dah lembap dan tak bermaya.
aku rasa nih semua sebab bini dia tak buat kerja ahh,
sejak Goh Tong meninggal tinggalkan nama,
semua roller coaster dia dah lembap. nak jimat duit ke hape ? satu persoalan
bukan setakat lembap, rumah hantu pun dah takde hantu, dah jadi mcm rumah tanpa bekalan elektrik tnb plak, or mayb die nak suruh rasa macam mne hidup tanpa tnb.
sengal ayam betul

waktu pergi sne semalam, gua memang dikelelilingi oleh Sammy Velue dari India. cun2 siot.
mane taknya, set2 hindustan. kasta tinggi. haha. tapi diorg nh semuanya tak reti nak beratur. main masuk je. pekerja2 tuh plak sengal, marah2 tourist guna bahasa kasar.
memalukan aku je X(

overall, aku suka ah pergi sne, tp hopefully thats gonna be my last visit sampailah aku dah berkerjaaya. dah bosan kot. kali keempat dlm 3 tahun. aku nak main terbang2 pulak nanti. tp duit kena penuh ah plak an.

tp yg tk bole blah, semalam aku miskin gle, budak2 nih plak jenis yg makan je kerja.
sampai genting skyway nak makan.
ak mula2 nak jimat, mintak ah mee goreng rm4.
entah mcm mne, ak mintak ayam add-on dia charge ak rm11.
ak punye plak plg mahal. memang miskin tak sedar diri.
then, lunch pn diorg nk msuk dlm aktiviti kt sne, aku sorg je makan roti. sedih gle
dinner pn sme mse dkt kl sentral. tp kali nih ak mmg save money ah.
aku buknnye takde duit, tp tk sangke ah plak perut sorg2 besar mcm tuh.
b4 dis pergi stakat makan roti gardenia skali je.


papepon, terbaik ah jalan ngan dorang. tak pernah kenal pn, tp dis is where the bond is made.

Monday, May 24, 2010

senior yang baik ;) - Arina

Salam,
Arina mengaku aku baik. lepas nih aku akan datang melamar dia.

So wahai junior2, kami semua baik. anda tak perlu cuak dengan IB. sebab IB cool. pernah satu masa dulu aku gelar IB Babi. tapi tak lagi. hidup dekat IB interesting, boleh join macam-macam and kalau kelab yang korang join tuh aktif dan best, konfem enjoy !

Nak kasi contoh ? kelab Interactive Peers , Malaysian Performing Arts Club and macam-macam lagi. Tapi tak senang taw nak join kelab-kelab nih, ada interview. orang-orang cool je boleh masuk ;D.

and lagi yang best pasal IB is mathematic dia. dulu masa Semester satu ktorang (senior yang baik hati) kena ambil Math HL, tapi now Math SL. Serious gua cakap lu, senang giler (as compared to HL). So konfem lah korang tak stress.

nak tau lagi ? nantikan dari senior yang baik hati. *thanks Arina bagi aku title

update skett

kelab-kelab mnarik lain : Cambodian Project, Fish4Life X)

serius, bilik dia kat sne ketat skit (kecik) tapi okay ah untuk hidup.

Sunday, May 23, 2010

skinhead & babi

majulah skinhead untuk negara!

"apsal mau potong ini macam ?"

eh mamat nih, aku punya pasal lah, busy body pulak.

"saya cuti lah bro, tak pernah buat botak"

"hah ?" dia ulang dalam 3-4 kali sebab tak faham dengan jawapan aku.

maybe nih punca kita slalu cakap dia tak paham bahasa. fullstop. conclusion, sekarang aku dah botak licin. rambut aku permintaan sangat tinggi, harga pun berpatutan. nih semua sebab harga saham Sime Darby jatuh, and semua orang mula bertukar fikiran and beli saham rambut aku. ceewah, bangga lah pulak!

cerita tentang babi.

"bang mintak ice-blended mocha satu"

"ok, ini jelly mau letak ?"

"cop, halal ke tuh ? "

"halal-halal2"

"okay2, letak"

ergh, boleh tanya nak letak ke tak nakk, dah aku beli rm4.50 mesti la nak set dengan jelly tuh, nak untung free plak. fullstop.

(actually, kedai nih tauke cina ah. sebab dia tanya pelik sket, mcm jelly tuh tak halal plak.)

juara dan isteriku

salam readers,
saya nak buat pengakuan sikit. hari nih first time tengok Final Akademi Fantasia. Yes, persembahan ada yang menarik, dan ada yang kureng. macam biasa, aku tak pernah suka budak-budak AF. tak semua berkualiti.

tapi, tadi bila dia umumkan juara, si Shahir menangis. woo, tak macho la brader. Haish. Aku actually waktu tuh tengah feeling jugak, macam manalah kalau aku dapat 37 point for my sem II result (berangan) , sah2 happy gila! bersyukur tak terhingga. and apalah perasaan aku if aku dapat pergi Ireland, gila kentang kan ? so maybe tuh yang si Shahir rasa kot. berbaloi lah dia nangis, dapat kereta, pergi amerika, pergi disneyland & macam-macam.

tapi tengok juga kisah sedih dia, aku dengar siap kena tendang UIA lagi. kesian kan? overal ak minat si daus lagi, sebab lucu & menarik. ok fullstop. so itulah kisah si juara.

pasal isteri lain pulak. just now aku pergi pasar moden. dah tak main lah pasar busuk-busuk nih, sekarang ada pasar dalam kedai. AgroBazaar. so, aku tercari-cari buah mangga yang masam. aku mengidam dowh, dah lama stop makan sebab takut hilang ingatan masa exam.

then aku pergilah tanya sister yang jaga kedai tuh.

"nih mangga masam ke kak ?"

lah, tak baca ke bang, tuh bukan mangga tuh buah ***** (tak tahu). malulah aku. so aku tnya balik dekat mana buah mangga yang masam.

"tuh, dekat belah sana, ada banyak jenis. abang beli untuk orang rumah ke?"

pergh, aku tak reti dah nak balas apa. ada ke patut panggil aku abang, and cakap beli mangga untuk orang rumah.manalah aku kawin lagi oii.

then pandai2 lah aku kelentong. malu ah nak cakap yang ak yang mengidam kan mangga, biasanya orang perut boncit je yang makan mangga masam. so dari awal sampai akhir dok panggil aku abang, aku nih punyelah heran, muka muda macam nih die ckap dah kahwen,

so kawan2, bagi mengelakkan orang lain selalu salah faham, marilah kita cepat2 kahwin! so takdela mudah terasa nanti.

Saturday, May 22, 2010

fakir miskin ke Genting

"ayah, fariz nak keluar hari rabu", tanpa memberitahu hala tuju.

"nih sorg lagi anak orang kaya, duit ada tak ?"

"ada-ada, dlm bank about rm130"

"okay, jangan nak mintak duit sebelum 28 May, sekarang semua tengah miskin"

so, petanda dia ada. aku akan jadi orang miskin dekat genting nanti. ;(

Friday, May 21, 2010

kesian dapat IB

"HAHA. padan muka, padan muka dapat!"

senior-senior ( *ops, bakal senior) dah plan banyak benda nk gelakkan budak-budak yang dapat IB, especially those yang dapat kolej mara banting. teruk sangat ke ? lu tengok la sendiri. fullstop.

tak. sebenarnya tak teruk. life dekat IB sama je macam dekat MRSM (*sorry, i budak maktab okey). Assignment, assignment & assignment. cuma dulu kitorg ade math HIGHER LEVEL. but now, dah ada pilihan, standard or higherlevel. so, aku tak rasa IB tuh sesusah dulu. so, aku rasa budak-budak yang bakal masuk nih pun takkan rasa terbeban sangat.

cuma, biasalah ada EE, TOK & CAS. tiga penyakit nih. yang lain takda masalah. so, siapa-siapa yang dah dapat kmb tuh, korang patut gembira. kita dapat pergi UK/IRELAND/CZECH/AUSTRALIA/NEW ZEALAND. orang lain tak, diorang tak banyak pilihan.

so, congratez yang dapat.

Thursday, May 20, 2010

sakit bersalin

"sikit lagi, sabar puan, sabar, dah nak keluar dah baby tuh"

Agak-agak macam nih ke rasa orang nak bersalin ? erm, tak boleh nak rasa, sebab aku nih lelaki. tapi now aku dok imagine bini aku, al maklum, tak sabar nak habis paper biology esok. haha. sikit lagi, baca buku, sikit lagi ;)

placement

salam,

minggu nih tengah exam. banyak benda yang nak kena buat. and dah banyak pulak perasaan yang timbul.

cuak bila sebelum exam
depressed bila buat careless mistake
happy terkenangkan tinggal beberapa paper je lagi yang tinggal

now, tengah cuak gila. esok econz. lusa bio. dua lagi. dua-dua subjek membaca. semalam chemistry dah terkantoi. tp alhamdullillah, result memuaskan. tp, rasa sedih, sebab diri sendiri mungkin antara yang terendah. ;(

Tuesday, May 11, 2010

blog

salam satu blog.
bukan dua, mahupun tiga. satu.

apa motif anda tulis blog,
apa motif anda baca blog,
apa motif anda baca dan tulis, atau tulis dan baca ?

jawab sendiri,
saya ada alasan sendiri,
dan mungkin alasan kita sama.

blog saya untuk saya, dan mereka yg teringin nak baca,
mereka yang stylo2, dan open-minded, dan mmg stylo.
tahniah kepada reader. anda reader bertuah.

mungkin blog ini tak berinfo, tak berilmiah,
tp kadang2 mungkin apa yg sy alami, sama mcm apa yg anda alami,
or bakal alami.

okay, ape my point actually ?
camnelah. memangdangkn mungkin kita dulu
or sekarang, satu kolej, satu sekolah, satu pusat tuisyen
or satu agama, satu negara, satu negeri,
tp kalau boleh apa yang ada dlm blog, biarkan terus di dalam blog.

bagi sya, kurang sedap, or kurang reaksi
bila org ckp pasal ap yang ad dlm blog kta.
nak ckp, tak puas hati, or nak minta maaf ke apa,
kita layan dekat sini.

main komen-komen dekat sini.
itu lagi bagus. okay ? deal!

angan-angan

hai, sihat ?
korang dah tengok cermin hari nih ? kalau belum baik pergi tgk skrg.
serius, cepat. baik pergi sekarang. dah, dah, jangan baca, pergi tengok cermin.
ceh, pemalas!

haaaaaaaaaaaa, sebenarnya hri nih gila sikit.
berangan nak habiskan biology, tp mata nih tak tahan.
dats y i layan blog skrg nih, at least tak terus tidur.

moga2 saya dipermudahkn urusan. ;)
penat, penat, ...

Sunday, May 09, 2010

My name is Fariz. I'm not a terrorist !

assalamualaikum dan salam sejahtera,
salam satu blogger. salam satu malaysia (lame)

Pertama sekali ingin saya nyatakan disini terima kasih
tak terhingga kerana masih sudi baca blog saya.
saya terhingin jumpa semua orang yang setia baca blog saya.
orang cool dan stylo saja yang baca betul tak?.
orang hot tidak, kerana mereka sibuk melepak ,
hey, jangan selalu-selalu, nanti kena tembak.

(ayat copy & paste)

minggu nih saya balik rumah,
saya rasa tinggal di hostel pn sama saja,
tak tahu nak buat apa,walaupun belambak benda nak kna buat.

tapi takpa, family first (ceh alasan)
lagipun hari nih hari ibu,
kan elok duduk rumah diam2 dengan ibu.tak begitu ?
sejak bila plak i ada ibu ? i ada ummi saja.

harinih saya duduk dirumah, dari pagi sampai petang.komputer depan mata, bosan.
buku2, nota2 masih tersimpan dlm beg. nice ?
benda common bila ada dekat rumah. so terima je lah.

saya beli hadiah istimewa untuk ibu. cokelat berharga rm**.**
tak mahal, tapi sy kurang mampu untk membeli guna duit sendiri.
so semalam alang2 pergi tesco dgn whole fmly, sy kutip cokelat
n alang2 ayah sy bayar, bayar kan terus cokelat tuh.

so jadilah hadiah hari ibu dari saya menggunkn duit org lain, tak nice ke gitu ?
then, ble bagi dekat ummi, terus suruh bukak.. suruh dia taste, padahl kte nak makan sekali.
(haha)

teruk2. tp takpa, kukuhkan hbgn org kte.

Saturday, May 08, 2010

Outing bersama ;)

secara serius, ini kali pertama gua outing for this semester. selama nih plg okay pun just balik rumah coz rumah sangatlah tak berapa nak jauh ;) tp semalam gua telah outing, bersama-sama rakan dan teman yang tak lama lagi akan menjadi kenangan. gua akan tercampak ke kelas lain, sangat lain dari yang lain. gua akan pergi ke kelas M09C ;( kawan-kawan kelas gua yang lain semua tercampak sekali di m09a or m09b.

jadi semalam mmg seronok. dua ronok. ronok-ronok. ronok-ronok-ronok. kami berjalan ke banting sehinggalah waktu maghrib. susah senang kami harungi, padahal tak susah mana. peristiwa yang gua tak boleh lupa adalah peristiwa makan di restoran mamak. waiter mamak datang dekat gua dan minta order, entah mcm mana mulut gua sangatlah friendly, gua tanya macam-macam : ingat ke order nih ? sedap tak mee goreng mamak ? dan seriusly, mee goreng mamak dia memang sedap! walaupun tengok cara dia masak sangatlah menggelikan, peluh di sana sini, tapi kedai makan tak lari daripada masalah nih, mana-mana pun sama je even dekat kolej mara banting food court, cuma sama ada kita tengok secara live atau siaran tertunda atau tidak sahaja. jadi semalam gua memang menghadap tukang masak, siaran live. itu yang menggelikan hati. sampaikan satu nenek yang sedang berdating dengan datuk pun tertawa melihat expressi muka gua atas reaksi mamak yang masak tuh ;)

tapi, gua serius takut masa makan. mamak tuh buat muka stress dan tak puas hati, dengan makanan untuk budak perempuan pun tak sampai2, akhirnya dak pompuan tak makan. tp mamak tuh memang terussssssss buat muka stress, serius gua rasa cuak. kalaulah ayah gua ada, dah lama dah mamak tuh kena tengking. ;)

then masa tengah tunggu dak perempuan dari sembahyang maghrib, kami kena tazkirah dengan seorang pakcik yang baik hati. sungguh senang dia nak mendekati kami, gua rasa sangat suka sebab approach dia, yakin, dan sporting. kadang2 gua sangatlah mahukan benda nih ada dalam diri gua. banyak yang kami dapat dari dia, antaranya jangan keluar bersama-sama perempuan. hehe.

Friday, May 07, 2010

gua semua betul, orang lain salah

"gua semua betul, lu orang semua salah!"

kadang-kadang bila orang cakap macam nih, gua asyik terasa pada diri gua. betul, gua selalu anggap diri gua betul, orang lain bermasalah. gua tak lari dari mengkritik di belakang tabir dan gua tau, gua perlu berubah.

apa yang gua harapkn, dari seorang rakan, sahabat, adalah teguran sedirect yang mungkin. gua nih jenis yang tak senang nak perasan kesalahan diri sendiri. even ditegur secara general lagilah tak terasa. sebab apa ? sebab gua rasa gua selalu betul. jadi, tolonglah, tegurlah secara direct kepada gua, sesungguhnya gua terima dengan hati yang terbuka dan itulah yang gua nak. kawan yang boleh menegur, bukan asyik memuji. tapi nak puji boleh jugak, cuma janganlah disimpan segala kelemahan-kelemahan yang gua tonjolkan.

kenapa tiba-tiba cakap pasal benda nih ? actually semalam gua dan classmate ada buat sharing session. this is my first time buat sharing session dekat kmb. previously gua handle activity, so tak dapat nak join. kalau before-before this, sekolah lama gua kerap kali buat. jadi gua memahami perasaan classmate gua. tapi dekat sini, selagi tak pernah gua join, selagi tuhlah gua akan terus berpandangan buruk terhadap orang lain. so semalam gua dah faham, mengerti, perasaan setiap orang. semua orang ada sebab kenapa dia berbuat demikian. kita berbeza family background, kita tak sama, itu yang membuatkan diri kita lain-lain dan tak ada apa yang perlu dikritik, dikomen di belakang tabir.

so sekarang gua insaf. gua tahu hubungan gua dengan budak-budak dalam kelas tak seberapa. mungkin kerana gua suka hidup bersendiri. selama gua hidup, hanya dua tiga orang saja kawan yang benar-benar kawan bagi gua. tapi, insyaallah gua cuba untuk perbaiki diri gua. berkawan, bermesra dan mengharapkan tindak balas yang baik dari mereka. kadang-kadang gua rasa, gua kurang diterima, mungkin kerana perwatakan gua. gua tak seberapa, kurang, dan penuh dengan kekurangan. tapi itulah gua, yang kadang-kadang membuatkan diri gua kurang untuk mendampingi dengan orang lain. low confident. berubah. inilah masanya. ;)



Thursday, May 06, 2010

Ireland mari ;)

pagi tadi, gua tak stress sangat. gua dapat result math. kurang memberangsangkan, tapi gua lihat kiri kanan, result gua better lah if compared dgn org lain. gua dapat 20/50. terukkan ? itulah, sape suruh amek higher level. orang lain dpt lg rendah, tp diorg tak struggle sgt : ini apa yg diorg ckp. gua struggle, even if org kte gua tak struggle, tp gua rasa seminggu gua peruntukkan utk math, tp result masih mcm itu. ;( gua tak kisah, ini mungkin petunjuk. tp mungkin gua saje yg ckp petunjuk, gua banyak dgr cerita, nasihat. dia kata, petunjuk nih suruh gua usaha lebih, supaya tk rasa megah dengan result yg gempak (kalau okay). tp gua yakin ini petunjuk untuk tukar kepada math standard level. setelah setiap masa gua dapat rendah, tiada yang patut melainkan yang perlu, yang perlu melainkan yang patut, iaitu gua perlu tukar.

jadi petang tadi kami berdiskusi. afiqah, nadia, arina, azuan dan gua. terharu dengan kata-kata semangat dari mereka. tak sangka, mereka bukan mereka. mereka sangat baik. tiba-tiba rasa diri gua macam dalam perlindungan. thanks mereka ;) diskusi petang tadi sangat hebat, rasa tenang dan menggembirakan. malah merapatkan hubungan kami.

tapi, decision tetap di tangan gua. insyaallah, if takda halangan gua akan terus berpatah balik. moga-moga ambil standard level lebih memberi keuntungan.

tetapi persoalaannya, adakah permintaan gua akan terus ditunaikan ? IB Coordinator bukan sembarangan orang. mulutnya, bukan berniat, tapi satu fakta yang perlu diketahui umum. semua terserah. gua harap harapan gua tercapai.

persoalan seterusnya, mungkinkah gua akan dicampak ke kelas lain selain M09A/MO9B ? yes, probability yang sangat besar. kelas sl dah penuh, mungkin benar akan tercampak ke mana-mana. mungkinkah orang lain dapat menerima kehadiran gua ? gua sendiri tak yakin. tapi ini selanjutnya, yang penting sekarang sem II. placement.

tadi sebelum gua decide untuk tukar haluan, gua hubungi dua orang utama, cousin dan ayah. gua contact cousin dari Ireland, dia direct call dari sana dan menceriakan hati serta menambahkan keyakinan. Ayah gua pula sentiasa bagi dorongan dan berserah kepada keputusan gua. so gua rasa ini keputusan yang tepat. gua yakin dan percaya, gua boleh ;)