Friday, August 26, 2011

sebelum FLY pergi i-City

Salam *.*

gua baru pulang dari kota pembaziran. hari-hari berjuta-juta lampu led yang kononnya menjimatkan penggunaan tenaga eletrik terpasang. membazir, gua tak suka pembaziran !

serius. daripada duk membazir macam tuh, baiklah pasang elektrik dalam hutan, kasi meriah sikit dekat orang-orang utan. lu orang tak tahu yang orang utan dok merengek, menyumpah seranah sebab kerajaan malaysia sampai sekarang tak provide tenaga elektrik dekat depa. ini tak adil ! lu orang tak ambil berat langsung tentang hak asasi manusia ( manusia itu orang ) *okay, tak lawak -.-"*

kalau boleh tak perlulah nak membazir sangat, tutup ajelah lampu-lampu tuh, lagi-lagi bulan ramadhan bulan yang mulia nih. ade ke patut lu kasi turun harga tiket masuk kereta daripada RM10 jadi RM1 ? sumpah tak patut ! menggalakkan maksiat betul. memang penuh kapel-kapel. hampeh.

tapi kalu gua datang sana, gua tak kesah kalu lu mahu kasi bukak itu lampu. sebab gua akan ke overseas, gua akan promote satu dunia. ceh, hampeh. 

ini bukan storynyaa, gua just nak habaq yang dah dua kali dalam bulan ramadhan gua bawak member-member gua yang duk jauh-jauh sana mai pi i-city. tadi gua bawak budak perlis (anuar and husni), kelmarin gua bawak budak kedah (izhar and muqmin), memang dah boleh jadi tour guide dah. *dengan harapan dapat duit, tapi tak dapat TT_TT* takpa, takpa, kita kena ikhlas. cehh, terpaksa. 

takpalaah, budak-budak nih nak pelai dah, gua nih plak lepas nih takdak member dah, jumpe depa pun kena tunggu lima tahun lagi, itupun sekoq-sekoq dah sibuk jadi doktor. kenangan je laah.

Thursday, August 25, 2011

jangan nak main tuduh-tuduh !

S a l a m  r e a d e r s (:
   
mung ade pernah kene tuduh, maksud gua kena tuduh meliwat, dituduh pakai tudung *maksud gua tudung salji*, dituduh pakai seluar dalam *ehh, ada masalah ke -.-"* dan macam-macam lagi. 

ceh, tajuk tanak tak matang lagi. gua bukan ape, baru-baru nih, ade sorang kakak gua ni kena tuduh macam-macam. perempuan simpanan, perempuan berwajah wanita, perempuan berhidung dan macam-macam, gua panas ! gua panas ! *ini bukan cerita sebenar*

cerita kakak gua cam gini, ada satu hari tuh *perlu ke, dah macam buat essay darjah satu* kakak gua tolong buat kerja tempat kawan dia (dalam officelaah) sebab kawan kakak gua MC. esoknya, kawan kakak gua yang laki tuh dok tertanya-tanya kakak gua samada nampak atau tak broadband dia. bukan apa, broadband dia hilang. gua tak kisah lagi nak tanya, tapi brader tuh dok tanya kakak gua dua kali, tiga kali, empat kali pasal broadband. ceh, nampak sangat dok syak kakak gua mencuri. (btw, kakak gua baru masuk kerja dua minggu)

panas la hati gua, bila dia cerita, itu baru gua, belum kakak gua. ada ke patut tanya banyak-banyak kali, macamlah keluarga gua nih lahirkan pencuri-pencuri berkaliber. kalau curi juta-juta tak ape lah jugak, inikan setakat modem RM49 aje, aduh, tak senonoh bai.
malam tuh, waktu kakak gua storey, kakak gua yang lain (sister) pun emo sekalilaah, yang sister gua nih soh kakak gua habaq dekat brader tuh, bapak kiterrrr (gedik sikit perempuan) boleh beli 10 ganti balik ! and cakap bapak kiterrrrrrr (gedik gile) kerja *********** ! cehh, amek kauuu, baru tahu sape kite.

ceh, itu je nak storey-de-marry. bukan ape, tak baik main tuduh-tuduh ! nak tuduh takpe, tapi senyap-senyaplaah. orang bukan kemain tolong buat kerja dia, dia tuduh kita macam-macam. aduuh, respectlaah sikit dudde.


Wednesday, August 24, 2011

IB Graduation Day, - f i n a l l y g r a d u a t e d -

s a l a m !

yeay, i'm finally graduated ! 
senang rupa-rupanya  i n t e r n a t i o n a l b a c c a l a u r e a t e nih (:

Gene Elok Daripada Parent ! ;p
ceh, padahal zaman dulu-dulu siap cakap I B   B A B I lagi, sekarang bukan main senang.
normal lah tuh, bila dah berjaya, or tamat buat something. kalau dulu masa dekat mrsm pun, rasa pmr, spm and segala bagai semua susah. tapi bila dah habis, and dapat result gempak, tukar point of view pula. senanglah, apelah.

sampaikan boleh buat motivation program dekat sekolah-sekolah.

"SPM nih senang je, ceeh, Add Math lagi lah, tutup mata boleh jawab" - menipu sangat-sangat
"Abang dulu belajar rileks-rileks je, tak yah tension-tension." - bolehlah kalau nak ikut
tapi itu zaman sekolahlah, I B nih lain macam. kesusahan dia sampai sekarang terasa lagi. tapi itu semua kenangan. kalau junior tanya, kita kena cakap benda elok-elok. kena tipu diorang, tapi for many reasons. sebabnya ?

bagi diorang motivation before masuk sini. lagipun first impression kot, kenalah baik. biar diorang fikir something positive sikit sampai habis IB.

malulah aku kalau cakap susah, takkan tak boleh handle - alasan tak senonoh

kesian MARA kalau budak nih tolak offer, kena susah-susah panggil masuk second and third intake
okay, dah lah tuh, benda dah lepas. siapa tertipu, aku memang takleh nak tolong ;p kalau tak nak rasa tertipu, bacalah blog nih, banyak luahan perasaan tak matang
with lovely chemistry teacher, Puan Azizah (:

calon isteri, umi, pilih-pilih ;D

waaah, with my very critical thinkers (actually critical subject for me - TOK) teacher, Pn Fazlinda. But I got an A for it, yeayyys




Unexpected Anuar, Me, and Syafiq Si Penenang


budak kelas M09C

With Evan, Good Brain One - 45 point kot




With Puan Jarini (:

















Monday, August 22, 2011

Jual Handsock pun boleh busy, rezeki

Salam !

yes! (alhamdulillah) harinih paling produktif jual handsock. pergi pos laju sampai dua tiga kali. Kedah, Penang, Terengganu, semua mai beli dekat "Hasni Handsock". 

memang dari pagi sampai tengah hari sibuk packing, lepas settle satu trip, ada lagi orang order. rezeki, rezeki ;D
tapi tak tahulah untung ke rugi, sebab kadang-kadang aku terlebih bayar duit pos untuk diorang, kadang-kadang pos ekspress kene reject, so membazir banyak jugaklah. tapi sebab kawan kan yang beli, kita pun niat nak menolong orang, lagipun bila depa dok pakai handsock, insyaallah aku dapat pahala. cara berdakwah untuk si pari-pari. ceh, nak join usrah dengan si pari-pari dah tak boleh, ini jelah caranya. hehe ;p

and baru tadi pergi rumah kawan nak hantar handsock. tuan rumah dengan baik hati jemput masuk and waktu tuh ada lagi dua kawan from kmb. mula-mula kasi air teh, lepas tuh biskut tat nenas (dah rayee dahhh diaa) and then buah honeydew pulak. layanan terbaik laah.

actually aku tak sangka boleh berkawan sampai macam nih, dah macam baik gila kami nih. *ceh, tiba-tiba syok sendiri kot* tapi serius, aku appreciate sangat friendship nih. harap-harap berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

oh, alang-alang dah tulis pasal handsock nih, mai la beli "Hasni Handsock". macam-macam warna ada (: sekarang offer, beli 10 percuma 1. woot, woot.

*dengan harapan Hasni Handsock berkembang serata dunia*

Sunday, August 21, 2011

Reunion 6 Baiduri ;]

Salam (:

nak show off sikit *dengan nada tak riak & langsung tak takabbur*, tadi ade gathering reunion dengan classmate mase darjah enam. Alhamdulillah sebab every year dapat buat reunion, tapi tuhlah, everytime mesti ada yang tak dapat join.

last year we did it at sunway pyramid, and this year dekat D'Kayangan buffet Ramadhan (: It was so great to meet up all of them. 

ade yang memang since form one lagi dah tak jumpa-jumpa, macam Nabil Fiqri, Nadia Rosli, Hidaya, Fatimah Kamil, and a few others. itulah, sape suruh masuk mrsm awal-awal lagi, kang dah lame berpisah, jumpa pun segan-segan.

seriously, memang aku rasa tak rapat sangatlah dengan diorang sejak pergi masuk asrama. rasa macam terpisah, even jiran-jiran yang dulu selalu main petang-petang, langsung tak bertegur sapa. so mungkin in the future aku pikir dulu untuk anak-anak aku nanti. or maybe i should advice them untuk selalu gather and hangout.

but in other way round, okay je pergi asrama, banyakkan connection, plus boleh berdikari kot! *ceeh, ayat waktu interview*

and afterall, semalam dah macam boleeh ahh kenal-kenal balik, sesi orientasi balik after seven years berpisah. boleh bawak gurau senda, gelak ketawa, tapi tak sehebat biasa lah, sebab still shy, shy cat. and the event might be the last event kot until another five years since i'm not going to have the same holiday as they have. sedih, sedih.

oh, btw my classmate ada yang belajar medic dekat russia, alex, cairo, and aussie (aku lah tuh). ada yang buat neuroscience dekat canada (scholar university pulakk), engineering dekat aussie and accountacy dekat UK. dekat malaysia pun hebat2. medic, food technology, science forensic, accountacy, dll (: kiranya semua berjaya lah ! *ceeh, kate budak kelas first*

banyak sebenarnya nikmat Allah bagi dekat aku nih. nikmat kepandaian dari kecil lagi. walaupun mase darjah tiga kena tendang kelas dari kelas first to kelas second. And then mase darjah empat masuk pulak kelas last, finally dapat jugak masuk kelas first masa darjah lima (: Plus dengan UPSR 5A lagi walaupun English berterabur. semua nikmat yang Allah bagi after usaha dan tawakkal. *ceeh, macam kecik-kecik tahu je tawakkal tuh ape*

tapi tuhlaa, kalau nak hitung memang tak terkira. kita je sebuk dok pikir pasal musibah, pikir, lepas tuh bukan mengadu dekat tuhan, mengadu dekat tandas sambil buat air. hi hi hi.

okay, itu saaja. nanti nak post gambar (:

Saturday, August 20, 2011

Name blog baru, edisi lama (:

Salam ;]

lama sudah gua tak update (ceeh, ayat lame gila) and finally here i am, with new blog title :

Nikmat Allah Bagi (:
Alhamdulillah, selama ni asyik mengeluh je, mengeluh je, mengeluh je, mengeluh je, mengeluh je ...
bila lagi kita nak tengok nikmat yang Allah bagi dekat kita, banyak sangat-sangat. tak terkira. marilaah showw off nikmat kita, tanda bersyukur.

As far as I know, kalau kita dikurniakan nikmat, kita hebah-hebahkan dan kongsi antara satu sama lain. cara dia macam mana? tolong orang, derma, derma, tolong orang, derma, derma, tolong orang, dll


Monday, August 08, 2011

Murtabak

Salam (:

Harap-harap readers sekalian tak pernah ponteng puasa lagi, jangan ulangi peristiwa dulu-dulu, kalau orang tak ada, curi-curi makan biskut jacobs hi-fibre, minum air dan sebagainya. aku tahu korang memang pro benda-benda macam nih, lagi-lagi bila dah every year practise amalan kurang sihat nih. :D

Jangan lupa, jenguk-jenguk sikit adik-adik kita tuh, diorang pun sama je macam kita, tabiat luar biasa nih dah memang akan diwarisi, hehe. kasi kantoikan je diorang nih, biar malu, tapi mahu. korang kan tahu bila waktu-waktu terbaik untuk diorang curi-curi minum semua, sebab korang lagi expert. sekarang pulak bila gaji maid naik, parent pun tak hire maid dah, lagi selalulah kita nampak budak-budak nih aktif semacam sebab perut dah kenyang.

Oh, topik kita Murtabak. sebenarnya, nak habaq bagi readers yang tak pernah pergi bazaar ramadhan *tak logik langsung*, sekarang nih tiba-tiba ramai plak yang jual murtabak dek cendawan tumbuh selepas hujan *cait, dah lama tak guna peribahasa*.  punca paling utama kehadiran diorang nih sebab kita selalu dok salah dengar RAMADHAN AL-MUBARAK jadi RAMADHAN AL-MURTABAK. Itu pasal orang dok berlumba-lumba buka gerai murtabak, nak dapatkan pahala bulan ramadhan. yang kita-kita nih pulak sebagai pengguna pun sama-sama nak rebut pahala, sambil melakukan fardhu kifayah dengan membeli murtabak. *haaah, pening-pening* itu pasal ramai yang dok beratur panjang dekat bazaar, sanggup tunggu lama-lama.

Okay, dah habis, dah habis topik. salam sayang dari mufazai. muaahx.