Saturday, September 25, 2010

penderitaan minggu pertama berakhir

alhamdulillah, minggu nih dah beres (;. kalau tak siang malam assignment.
penat sangat, tapi belambak lagi kerja. yang penting TOK presentation dh habis,
walaupun maybe kena buat semula ;(

seminggu dekat kmb aku dah banyak habiskan duit utk air nescafe,
memng taknak kayalah syarikat one now one nescafe.
aku pun boleh mati bilabila je sebab overdose.


Thursday, September 16, 2010

terlepas pandang laman web menarik dan raya bersama artis

rakanrakan, sampai hati selama nih tak bagitau ada laman web menarik. sedih, dalam saturibu rakan dalam list facebook, sorang pon tak bagitau aku pasal laman web nih. takpelah, nak mintak maaf pon tak gunaa. korang boleh belahh ah, tak payah nak mintakmintak maaf dah. (**menggila)

takpelah, aku kongsi je dengan korang. anggaplah nih duit raya aku tahun 2010 and seterusnya. amek nih http://teamaryzs.com/. dekat situ, macammacam benda haram korang boleh dapat. video haram, mahupun muzik haram. haha. sebab ini semua download punya pasal. kesian dekat orang yang buat filem dan musik tuh, tak kayalah diorang. (**patutlah tak byk artis buat open hs)

tadi baru je kris dayanti datang beraya dekat rumah aku, almaklumlah ayah aku kerja indonesia. dia jemput semua artisartis indonesia kemari. tak kesahlah kalau orang indonesia marah sama orang malaysia, kami orang malaysia semua sayang anda semua yang beragama islam mahupun bukan. peace no war! so, back to kris dayanti, dia kata raya tahun nih sangat meriah, sebab dia dapat jemputan dari ayak aku, tapi yang paling best dia habaq dekat aku, sebab dia dapat jumpa aku face to face. awwwww, segan kan ? haha. merah habis lah muka aku waktu tuh (padahal kulit gelap) selama nih dia kata baca blog aja, now face to face. and dia habaq lagi, berjuta-juta artis dekat negera seberang nak jumpa aku, nak salam-salam dengan aku, tapi aku dah cakap awal-awal, kalau nak pegang tangan, tak boleh ! dosa tau. so diorang pon berwebcam jelah tadi, lagipun tiket airasia yang murah semua dah habis.

so aku nak pesan dekat sini, lain kali book tiket awalawal, jangan sampai terlepas tiket murah, lagipun next year je aku ada dekat malaysia, another five year insyaallah di Ireland.

so after kris makanmakan, dia pujipuji mak aku punya masakan, dia kata sedap. padahal orang gaji aku yang masakkan. then dia cakap, siti nurhaliza jemput aku pergi rumah banglo dia. aku pun terkejut macam mana dia boleh kenal kekasih hati aku duludulu tuh, then dia explain yang diorang pernah berduet dulu. aku pun dalam hati, patutlah tak kenal, selama nih siti bagitahu aku semua benda, now since die kahwin dengan datuk tak cerita satu haprak pon. oh yea, dah jadi bini orang. tp takpe, dia dah invite aku pergi open house dia esok. hoho, korang jangan jealous ye. nantikan gambargambar aku dan siti (;




lets EE-ing

just start my Extended Essay, and not thinking of touching other assignment for today. bosan process data. tapi senang saja (;

kawankawan, tolong buat assignment, jangan balik nanti baru nak menggelabah. dengar cakap aku, sebab aku dah banyak kali menggelabahhh..

Tuesday, September 14, 2010

sepupu sepapat yang baru mesra

wohoy, raya tak habishabis lagi. semua membermember banting cakap, raya tahun nih paling bermakna, and aku pun nak jugaklah! yes, dis year memang sangat bermakna. aku actually memang tak berapa nak rapat dengan sepupusepapat belah ayah, banyak cobaan dah makcikpakcik aku buat, makanbesar sinisana sinisana, tapi tak rapatrapat. setakat kenal batanghidung, rambut kerinting atau tak and cacat atau tak.

but this year, totally different. kitorang jadi rapat, lagi mesra, lagi serasi, lagi meriah, awww. maybe because ada family day kot plus main futsal lawan antara family. dahlah team family aku perempuan je tiga orang. haish. mungkin dari situ lah kitorg senang bercakap, senang bertutur. cehhh, macam selama nih tak pandai bercakap je. so, tahun depan kenalah buat lagi ...



Monday, September 13, 2010

cincin daripada pakcik yang tak dikenali

salam, hari nih banyak kisah menarik. tapi aku nak sharing tentang kisah seorang pakcik tua berbaju putih. aku takut benda nih hilang dari ingatan aku, so aku tulislah dekat sini. sape nak baca, baca, kalau tak nak paksa diri untuk baca !

masa raya kedua, aku turun bawah dengan berbaju putih (baju indonesia) yang mna aku memang nampak semat semacam je **bangga nih, kembang hidung. then, aku nmpak pakcik tua yang muka familiar, tapi aku tak berapa nk kenal ada tengah makan dekat ruang makan. then aku terus menghala ke tempat tengok tv. tiba-tiba dia datang. waktu tuh datuk aku dekat tepi, and dia bagi cincin dekat aku, hulur-hulur. aku ape lagi, tolaklah pemberian dia. lagipun takut aku ada benda-benda yang tak elok dalam cincin tuh. then dia bagi lagi, dia kata hadiah, aku tolak jugak. tapi datuk aku suruh terima. so aku pun amek and tak aku pakai sebab besar nak mampus. letak dekat ibu jari kaki baru muat agaknya.

then, tiba-tiba dia salam and tunjukkan alat pengira tasbih. dia hulur dia cakap.
"Assalamualaikum, jangan lupa Allah, jangan lupa Rasulullah. Mati ada dua jer, samadah masuk syurga atau neraka"
tapi aku tak berapa nak jelas dengar apa yang dia cakap, coz gigi dia takda (pengajaran, sila jaga gigi masa muda-muda). then dia mintak aku hantar dia dekat stesen bas, and datuk aku cakap aku tak reti drive dekat sini. and dia minta ayah aku plak hantar, and datuk aku cakap dia nak pergi tempat lain. last-last dia pun balik sendiri.

lepas tuh datuk aku cerita lah dekat aku pasal pakcik nih. dia dulu-dulu masa muda geng-geng jahat. paling jahat. merogol perempuan orang, merompak, mencuri and sampaikan anak sendiri pun dia culik and mintak tebusan daripada mak mertua dia. sampai macam tuh sekali. tapi bila dia kena tangkap, polis cek, dia ada masalah mental. so dia dilepaskan macam tuh je.

then masa dia tua, dia datang kedai buku datuk aku and cakap "ini Md ke ?" datuk aku pun pelik sebab dia tak kenal orang tuh. then dia setiap tiga bulan datang rumah datuk aku, sebenarnya datuk aku nih agak pemurah sket, dia banyak tolong orang-orang lain, sampai orang macam tuh pun dia bawak balik rumah. so setiap kali dia datang rumah dia akan mintak duit, and sampai satu masa datuk aku bagi nasihat pergi kedai ... beli cincin dan jual. then rezeki pakcik tuh plak banyak, dia pun pergi menjual dan beribu-ribu duit dia dapat sampaikan ada one time die plak kene rompak dengan budak-budak jalanan. lepas tuh dia tanya datuk aku lagi, dia kata hidup dia tak bermakna sekarang nih, so datuk aku suruh dia beli jubah and kopiah. datuk aku suruh berdakwah tapi just suruh dia tegur orang and cakap :

"Assalamualaikum, jangan lupa Allah, jangan lupa Rasulullah. Mati ada dua jer, samadah masuk syurga atau neraka"
so, barulah aku tahu yang dia apa dia cakap tuh adalah ajaran datuk aku. memang sangatlah banyak pahala kalau kita ajar orang and orang guna. tapi now pakcik tuh dah bertaubat, cepat orang berubah. anak-anak dia pun dah terima dia balik sebab pakcik tuh bagi anak-anak dia basikal and macam-macam lagi dengan hasil pendapatan dia. so tengoklah, semua orang boleh berubah, daripada jahat kepada baik, daripada miskin kepada kaya. tapi kalau daripada tua ke muda tuh memang tak dapatlah ye.



Saturday, September 11, 2010

sedar diri sikit ~

aku betul-betul tak sangka yang post aku dah buatkan one of my friend yang aku selalu bertegur sapa and anggap sifu dah marah dekat aku. memang betul-betul sedih, tapi aku tahu aku salah and betul-betul salah.

tapi, ada satu dua ayat aku yang kau tak faham. (aku harap kau baca). aku tahu memang salah aku untuk cakap yang pasal christmas tuh, tapi aku ada cakap yang tak semua orang post dekat fb pasal status. so maksud aku nak cakap dekat sini is "tak semua maksud orang akan post dekat status diorang tentang maksud hari raya bagi mereka becoz terlampau bnyk defiinition raya bagi setiap individu".

tapi, takpelah. benda dah berlalu. aku kena sedar. aku mungkin kena delete kebanyakan post-post aku. thanks for ur reminder.

Friday, September 10, 2010

hari rayaaaa (;

again, post raya. aku nak minta maaf kalau ada yang betul2 terasa dengan postpost blog yg before nih, lagipun ayat aku pun bukannya serious. tapi mungkin ada yang terasa hati kan, chill la weh, kata raya (; haha.

and again, raya macam biasa. pagi rumah nenek belah ayah, petang belah mak. padahal jiran je kot (; yang best, makan roti jala cicah dengan kuzi kambing. awwwww, sedap kot. ade jugak adegan memalukan, nasib baik sorang je yang perasan. tengah-tengah cium-cium nenek aku, aku ingat tiga kali lah pipi bertembung pipi, last2 nenek aku buat dua kali je. so aku pun main gerak2 muka sorangsorang. tak ke segan ble orang lain nampak. haha.

then sembahyang jumaat tadi tak ramai pon orang, maybe because ada yang dok dengar uraura kalau raya hari jumaat tak wajib pergi sembahyang jumaat because dah dengar khutbah mse sembahyang raya.. aku pun tak sure dengan benda nih.

paling cool, after habis baca doa, aku cepat-cepat lari nak pergi beli colek. lastlast tengok selipar hilang! cis, tak ke bengang, selipar raya paling lawa aku hilang. balikbalik cerita dekat makcikmakcik, oh, diorang kate memang ramai peminat.. aku pun niat sedekahje tapi biarlah rumah dia sampai terbakar (tak baikkkk) haha. takdelah, dah hilang nak buat macam mana. harapharap si pencuri dapat balasan yang setimpal.

petang dah bosan dah, beraya dengan makcikmakcik pakcikpakcik and then tidur. sampailah bangun pukul tujuh. malam main bunga api, lawanlawan antara kampungkampung. nice scenarylah.

Thursday, September 09, 2010

Selamat Hari Raya (;

**edited. sorry

so selamat hari raya maaf zahir dan batin aku ucapkan kepada suluruh pembaca blog ini (; walaupun kita mungkin tak pernah jumpa, tapi insyaallah, satu hari kita akan berjumpa.

sebenarnya bila cakap pasal kenal-kenal dengan manusia nih, i'm one type of person yang kalau boleh semua orang aku nak kenal. cuma i have one problem, i dont know how to start and another thing is that diorang nih nak ke kenal ngan kita. haha, itulah problem nye.

so maybe thats what make me nak jadi doktor kot. kalau orang zaman sekarang, ble main facebook pon dah dikira bersosial, haprakkk.. manada macam tuh. one thing yang aku sangat suka sebenarnya bila join usrah. because memang betol-betol buat kita rapat. tapi, aku tak suka bila time aku kena tanya, coz aku tak reti nak menjawab. and harituh ada join budak-budak nih pergi makan iftar ramai-ramai dekat ukm. memang bestlah, jumpa senior-senior medic yang sangat baik, tapi sebab aku tak masuk pun lagi bidang medic, so tak boleh nak cakap apa. rasa diri nih banyak sangat kekurangan.

so apa lagi, raya nih marilah kita berkenalan antara satu sama lain sambil bermaaf-maafan sebab selama nih tak pernah nak try tanya nama, tempat tinggal dan lain-lain. pergi shopping mall macam kb mall ke, tesco ke, bagi je salam kat orang yang korang jumpa. then salam-salam. ahaha, tak ke menarik suasana macam tuh ? (aku takkan buat benda nih)

Mood XD

orang lain sibuk mood raya. aku mood homework tak datang-datang. ingat semalam nak start, tapi setakat bawak buku turun bawah je. lepas tuh tak buat apa. pergi bazaar. bukak puasa rumah nenek sebelah ayah. and then keluar pergi makan selera cik siti (kerang & colek) lepastuh pergi pasar malam, balik and tidur. takda kerja lain.

hari nih set alarm dah awal dah. bangun still pukul 10 am. lepas tuh sakit kepala. and then online. bilalah pulak nak buat kerja. ish3.

bagilllahhhhhhhh mood. aku tak nak berayaaa (ceewah) aku nak buat homework! *kalau cikgu baca nih mesti terharu.. kih3

Wednesday, September 08, 2010

skrg dekat kampung ;D

okay, aku tahu ramai yg jeles sbab aku dekat kampung. al maklum, bukan smue org ada kampung, kalau yang ada pun cakap je balik kampung, tapi beraya dekat rumah teres. haishh, kampung ke tuh ? ikut suka korang lah.

kampung aku nih plak, kampung dekat tengah-tengah bandar, but still suasana kampung okay. and kampung belah mak & ayah aku dekat dalam satu kampung je. (**konfius lah tuh) maksudnya, kawen berjiran... hahah.

aku teringin jgak nak snap gambar tunjuk dekat kawan-kawan macam mana keadaan kampung berjiran. huhuhu, bangga la pulak kan.

tak tahu lah kan in future aku kahwin dengan siapa, lepas tuh kena berebut nak balik sini sana. haha. mungkinkah ia berlaku ...