Tuesday, February 14, 2012

First Day Of Orientation

Salam people,

Yesterday agak penat. Well, orang famous pergi mana-mana tempat mesti ada orang nak jumpa. Plus isteri tengah sarat mengandung lagi, anak siap cirit lagi. Aku pun busy dengan orientation.

Well, first day orientation, first time masuk university. I like it, I like the university very much. Well, I think it's just like UiTM Shah Alam lah, ceh, itu je aku tahu. Univ ni dalam hutan, dikelilingi pokok tinggi-tinggi *dah tuh hutan dikelilingi apa pulak kan?*

Agak hijau pemandangan, bangunan buruk di luar, tapi lawalah. Ceh, semua yang dekat obersea semua nak lawa.

Oh btw, orang dekat sini gemuk, gemuk. So bolehlah mereka yang gemuk merancang untuk menetap di sini. Join the grouuuup ! Hooya. Mana tak gemuk, carbonated drink jual dekat supermarket 2.25L, demm besar. Even a dietician sendiri gemuk.

Oh, so semalam buat student ID, bukak akaun bank and beli pre-paid. Finally ada jugak nombor. Tapi beli pun konon-konon nak call Malaysia, but tak guna pun lagi. Tak tahu nak call siapa, family Skype je, baru syiok. Ada request nak dengar suara artis?

Oh, I met a lot of International Students. yes, and I am International Celebrity as well. This orientation was mainly for International student & artist *nak jugak* yang join Faculty Of Health. Ada from South Korea, Singapore, China, Canada, Libya & paling ramai of course Malaysia.

Sukanya jumpa Korean cakap pasal artis korea. And depa pun dok talking pasal aku. Ceh, berangan.

Actually semalam ada tutorial, nak biasakan diri untuk problem based learning (pbl). So we were divided into four groups. And ada due tutor, local people, seniorlah. Memanglah, peninglah, tak faham ! Ceh, aku tak dapat nak tangkap bila discussion. Sedih ;( Sedih waktu huh lah. Esok nak ken a present, demmm.

And malam tuh kami pi rumah senior, Dr Megat, ceh nampak macam tua, padahal baru 27 tahun. Bertuah cikgu dekat Malaysia sebab dapat dia. Ceh, siapa nak kahwin dengan ana, *tiba-tiba tukar kata ganti nama* boleh lah isi form. download dekat link yang aku post sebelum ini ye.

Oh, pergi rumah senior makan nasi ayam. Sedap, rumah cantik, kitorang siap main pool lagi. Stylo mylo lahkan. Dahlah tak reti main.

Okay, mungkin itu sahaja. Member lain still sedap tidur, but the seniors semua dah busy preparing untuk pergi hospital.

Monday, February 13, 2012

The Kaki Kerusi

Salam reader, good day!

I'm sorry okay, I'm so jakun being in Australia and wanted to write everything here. Eh, menyampah eh?

Semalam memang stylish, bangun tengah hari. 

Senior bawak pergi Stockland, a small shopping mall, tapi semua benda pun ada. Groceries, electrical appliances, shirts and all. The place quite okay lah, paling dekat dengan rumah. Macam-macam karenah jumpa dekat sana, yang topless (lelaki ah) and kasutless. And actually dekat sini banyak gila je benda halal. 1/10 je halal. Buat masa nih tak jump lagi babi halal, sedihkan? *budus* New thing dekat situ, boleh bayar sendiri. cantek ahh.

Then pergi rumah senior kedua dekat Crescent Street. Rumah agak nice, exclusive. Kami makan roasted chicken, and actually bend huh beli dekat Woolies, ready-cooked. Kulit roasted chicken huh tak boleh belah, sedap! Masin secukup rasa. Tak payah pergi Kenny Roagers laaa jawabnya, Ada jealous? belum lagi, baru sikit.

Petang pergi main bola sepak. Dengan kaki "kerusi"-nya aku nih, terpaksa jugak main. Padahal aku memang suka ah main, cuma tak suka kalau orang memilih nak main dengan siapa diorang nak. ceh, terasa. For two hours kitorang mandi, sumpah terbaik. Dahla lama gila tak bermain, and now terasa muscle-muscle meronta.

Malam pulak kitorang makan nasi ayam, prepared by Huda and Azfar. Sedap, manis secukup rasa. Terbaik ah diorang nih. Then pergi Masjid pulak, sebelah free mason hall. Jumpa Syeikh, and dengar dia cakap, tapi sorreaah, I tak faham sangat. laju sangat cakapnya. Hoho.

And after this nak pergi orientasi for health and science students. babai !



Sunday, February 12, 2012

"Kumpulan Cerita My First Time"

Salam,

kalaulah anda faham di sebalik tajuk post untuk kali ini. kalau faham baguslah, kalau tak faham tak apa, google sahaja. tapi aku tak naklah bertanggungjawab apa yang kau orang jumpa and explore seterusnya.

Hari-Hari Terakhir Di Malaysia

Of course bila hari-hari terakhir rasa sayu pulak nak tinggalkan rumah. dah tujuh bulan duduk membosankan diri, buat kerja rumah, jadi bibik or supermak, kerja sekejap and macam-macam. tiba-tiba masa yang panjang hilang. 

dalam hati nih selalu fikir, apelah aku nak cakap dengan parent bila nak fly nanti. dahlah selalu emotional, durhaka, durjana, okay melampau. sampai kadang-kadang terfikir nak buat surat tulis apa yang patut rather than cakap open masa dekat airport. tapi semua pun tak buat.

terima kasih kawan yang datang ceriakan suasana dekat rumah. makcik pakcik jangan ceritalah, meriahkan suasana kewangan semasa, bersyukur sangat dapat kazen-mazen yang kaya-kaya ni. nak kaya senang, selalulah buat makan-makan nak belajar ke luar negara. cehh, jangan tiru gaya saya.

malam sebum fly, Asyraf Onn, Haziq Zubaidi and Shauqi Hilmi datang. lama jugak dok dalam rumah, macam masuk rumah tak reti-reti nak keluar. pukul 1.00 am baru keluar rumah. tapi memang kenangan paling manislah, tak pernah lagi orang balik lewat malam, almaklum rumah aku bukan clubbing ke apa. kedatangan diorang memang memeriahkan suasana, dengan sorang-sorang ada good public relation, rasa termotivasi pulak nak jadi seceria itu. 

masa dekat airport memang agak menggelabah mula-mula bila beg orang KLIA tak bagi lebih dari 30kg, padahal each of us bawak 35kg. Finally dengan budi bicara dalam satu jam berjaya pun bawak 35kg. and seriously, aku tak sempat nak cakap apa-apa sangat dekat family, rasa sangat tak sabar nak turun bawah, and pergi tinggalkan family macam biasa. tapi bila dah menunggu boarding dekat bawah, and after calling my mom, barulah nak mintak maaf and tiba-tiba air mata mengalir. waktu tuhlah nak fikir bila lagi nak peluk mak, ayah and all siblings. okay, sekarang pun mood sayu tiba-tiba.

dalam airoplane lagi best, berak sampai tiga kali. menarik betul, tiba-tiba ada suasana nak berak, dalam plane pulak tuh, hampeh! dah la first time masuk tandas bau taik srikandi sri lanka hampeh gila, busuk! siap ada sisa lagi, tak tahan betul. at first ingatkan tandas memang bau macam tuh, tapi lepas aku guna wangi semacam je, betul-betul busuklah depa ni. nasib baik la ada simpan sanitizer.

Di Sydney

dekat airport menarik jugak, ada tiga orang pegawai kastam tanya soalan. aku jawab dengan penuh sopan-santun, suara yang perlahan, volume dua daripada sepuluh. haha, terkejut kau kena tanya soalan dalam bahasa inggeris, tak reti nak jawab.

best part bila ada yang tanya pasal makanan apa yang aku bawak, aku pun cakaplah instant food. then dia tegur, kan ada banyak instant food, instant yang macam mana yang awak bawak and bla, bla, bla soalan dia. pergh, terdiam sementara, mana la aku reti bahasa inggeris nih, pusing kepala satu minit nak jawab apa. finally cakap curry powder and all. then terus pergi tempat check, diorang suruh letak beg laptop dekat bawak, and anjing dok bau. dalam lima saat je dah lepas. tak bukak beg langsung, kuasa Allah (;

sampai-sampai Sydney dah malam. keluar kastam tengok ada senior ramai-ramai, terharu. and pegawai MARA pun ada, sempoi gila. lepas tuh bergambar sikit and terus naik happy cabby. 52 AUD seorang untuk pergi Newcastle. Dekat Sydney tak sejuk lagi waktu tuh, biasa-biasa.


Di Newcastle

sampai Newcastle memang sejuk sangat, on the way pergi rumah senior, kiri kana rumah besar-besar. terbaik! keluar dari bas, sejuk gila, padahal sejuk aircond la, dalam 15 degree celcius mungkin. masuk rumah senior punt terpegun, besar, dengan balkoni bentuk "U" lagi, tempat solat lagi, terbaik! and pemandangan waktu malam yang sangat indah dari balkoni.

senior memang semua baik-baik. first night soap bagi kami tilam, depa sanggup tidur atas kerusi. dengan hidangan nasi beriyani lagi and teh panas masa tengah sejuk. terbaik sungguh!

okay, itu sahaja pengalaman buat masa sekarang. member lain semua tengah tidur. aku pun nak sambung tidur.