Wednesday, October 17, 2012

1 : Erti Hidup Berhousemate

Memandangkan ini adalah blog, makanya apa yang ditulis 'tidak' bersandarkan situasi sebenar. #eh

Ini cerita yang datuk ceritakan pada saya, bukan situasi saya. Ia masih mekar dalam ingatan, kerna saya begitu tersentuh dengan cerita datuk.

Perlu ke saya ceritakan tentang datuk terlebih dahulu? Tak payahlah.

Datuk cakap,

"Ada ke patut, masa nak pergi dengar ceramah, naik satu kereta sama-sama, tapi bila ceramah dah habis, tengok semua housemate yang lain dah balik" 
"Kecewa betul atuk ni tau!"  
"Kalau nak balik, nak tumpang kereta orang lain dan tapi tak cukup ruang untuk atok, bagilah tau atok dulu, ini tidak, terus balik, tak dengar khabar berita langsung" 
"Zaman atok ni hah, bukannya main dengan message berbayar pun, zaman atok ada whatsapp, free lagi" 
"Dah maju dah, setakat mesej tu, apalah sangat. Bukannya suruh menjerit-jerit nak bagitau"
Datuk betul-betul emosi. Duduk dengan housemate Malaysia pun terasa macam duduk dengan locals pula, semua buat hal masing-masing. Kalaulah duduk dengan Malaysian hanya sekadar nak makan makanan Malaysia, mungkin tak perlu kata datuk.

Saturday, October 13, 2012

Isu menarik sebelum exam : Pintu

*Mengeluh*

Tengah dalam mood exam ada juga yang nak timbulkan isu.

"Wei.. keluar Mmg jenis tk reti tutup pintu ke apa" M 
"Dh tutup la" I 
"Tak tutp pintu, tak kunci pintu. Apebenda laaa" L"Ada la tu yg baru keluar" L 
"Suka hati korng la" I 
"Apabenda nak marah kalau tak buat. Nak ckpnya, sape2 pun yg keluar lepas ni tutp la pintu, dan kunci" L
Itu ekstrak perbualan dalam 'group whatsapp' rumah sorga. Tak tahu rumah siapa, bukan rumah aku lah yang pasti.

Benda simple, hanya kerana pintu. Dibiarkan terbuka, tidak tertutup apatah lagi berkunci. Dan ini perkara biasa. Selalu berlaku. Tapi, rasanya ini kali pertama nasihat diberikan dalam group tersebut oleh penghuni rumah sorga.

Malang sekali, isu ini menjadi besar bagi segolongan 'kecil' ahli rumah sorga. Kenapa? Aku pun kurang pasti. Kata orang, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Tapi aku rasa bukan si 'kecil' yang memakan cili, tapi pedasnya terasa oleh si 'kecil' sampai ke hujung rectum.

Dalam sedang sibu menelaah ilmu diwaktu petang, tika mana mood kurang ceria, terdengar suara sumbang.
"woi, tutup pintu tuh""jangan lupa kunci"
Kalau sekali mungkin boleh ditafsirkan sebagai 'sedang menyesuaikan diri' dengan mengingati rakan-rakan yang lain.

Tapi dua, tiga kali disebut secara lantang, hairan juga. Hairan. Agaknya sensitif sungguh. Jenis 'Hypersensitivity' yang mana satu pun tak dapat dikenalpasti.

*mood memblog sebab dah kurang mood belajar, tapi tak nak tidur*


Tuesday, October 02, 2012

Penulisan & Lari

Pernah situasi ini berlaku?
"weh, kau ada blog tak?"
"aku nak bacalah, nak belajar menulis" 
"eh, ada, tapi malulah"  *dengan rasa bangga tetapi segan-segan kucing*
"ni dia url website aku, ..." *segan tetapi bangga memberi* 
"eh, takdelah, memang tak ada pun" *betul-betul segan dan betul-betul tak nak bagi*
"budak tuh ada, dia punya terbaik kot!" *cuba mengalih perhatian dan mengampu orang  lain secara berlebihan* 
"bolehlah, tapi dah lama tak aktif" *mengiyakan*
Tak pernah?

Bagus. Baru boleh berkongsi. Kalau pernah, dan rasa malas nak baca tulisan ini, jangan tutup browser. Orang kata, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke hujung lengan. Kau dah baca sebahagian, teruskan sajolah ye dak.

*lempang*

Sebenarnya aku boleh letakkan diri aku dalam situasi ini,
"eh, takdelah, memang tak ada pun" *betul-betul segan dan betul-betul tak nak bagi*
"budak tuh ada, dia punya terbaik kot!" *cuba mengalih perhatian* 
Memang betul. Seboleh-bolehnya nak elakkan orang lain di sekeliling untuk baca. Sebab banyak sampah. Penuh dengan emosi, cacian semata-mata.

Boleh jadi sebab beberapa perkara.

Pertama. 

Sebab terlalu nak menjaga hati dan perasaan orang lain dekat dunia realiti. Sampaikan tak sanggup nak meluahkan rasa marah secara direct. Atau mungkin sekadar menegur kesilapan. Akhirnya, lepaskan di blog atau twitter mungkin.

Selalu terjadi pada anda mungkin?

Kedua. 

Mungkin sebab nak tunjuk baik depan-depan, hakikahnya hati busuk (busukkah hatiku?). Kosa kata 'Mungkin' perlu ditekankan balik kalau-kalau ada yang tak terlepas pandang.

Ketiga.

Pasti sekali sebab dah kerap menegur, tapi terus berlaku. Kerna dah muak dengan perangai yang serupa setiap detik, setiap masa. Terpaksa meluahkan melalui sesawang blog atau twitter. 'Pasti' bagi aku tak semestinya pasti bagi kau.

Keempat. 

Point keempat ditulis menggunakan font bewarna putih. Kerna isi kandungannya terlalu mendalam maksudnya dan boleh mencetuskan pergaduhan.

Kau boleh baca kalau kau bijak dan tahu caranya.











Kelima

Point kelima juga ditulis menggunakan font bewarna putih. Maaf jika menyusahkan.








Mungkin setakat itu sahaja kali ini. Bosan bukan.

Monday, October 01, 2012

Malas & Telefon

Heran betul.

Beli handphone bukan main mahal, bukan main banyak function. Siap boleh lukis-lukis, buka facebook, video call and macam-macam. Tapi, bila orang call, bila orang message, naharom tak angkat, tak reply.

Dulu memang aku heran. Sekarang aku tak heran kenapa orang buat camtu. Aku siap terikut-ikut untuk buat macam tu.

Sebab apa?

Sebab orang kalau call mesti ada something dia nak request. Nak mintak tolonglah, nak suruhlah, nak mengarahlah. Bosan.

Tactic biasa yang orang guna,
mula-mula message 'ada dekat rumah tak?'
Bila reply 'yes' even 4 jam lepas tu,
dia reply 'tolong aku buat ini, tolong aku buat tu...' 
Dang!

Tapi tak semua orang buat macam ini. Tak semua orang bila di-call tak berbalas, bila message tak di-reply, sebab biasanya orang yang sama je buat benda ni. Bosan, bosan.

Tuesday, September 25, 2012

Membazir

Harini sekali lagi membazir. Bukan setakat membazir duit, tapi membazir masa lagi!

Dang! Dang! Dang! I hate this feeling ;(

Duit habis sebab buat investment yang tak berbaloi. Investment yang kau dah agak macam kena tipu, tapi kau buat juga. Pergh, memang pengaruh ayat ni kuat betul. Nasib baik aku invest benda paling murah. Haish.

Time habis sebab dok sibuk buat website untuk hansock, last-last website tu macam tak berapa sesuai untuk semua lapisan umur. Arghhhhhh.

Takpe, make sure belajar dari kesilapan. Jangan buat lagi lepas ni.

Saturday, September 15, 2012

AMARAN

Penggunaan bahasa Inggeris di dalam
blog ini tidak diselia oleh cikgu bahasa Inggeris. Sebarang salah guna tatabahasa mahupun kosa kata adalah di atas risiko masing-masing.

Friday, June 22, 2012

TreeTop Adventure Park - Winter Break (1)

Hey mate *gaya orang aussie*

So, semalam aku cerita plan yang sepatutnya secret but at the end semua gambar pun upload dekat facebook, so apa bezanya?

tak ada beza

as a result from that,
orang akan fikir yang bukan-bukan pasal kita
aku akan fikir yang bukan-bukan pasal tanggapan orang
and tak meriah la! kalau ramai lagi meriah.

so semalam kitorang pergi TreeTop Adventure Park, dekat je dengan tempat kitorang tinggal,
dalam 15 minit.

so apa yang bestnya dekat sana?

sebab ada aku *wink, wink*
okay itu satu hal, yang kedua itu tempat aktiviti lasak, and aktiviti hilangkan gayat.

basically semua aktiviti dekat situ dekat atas pokok, guna tali and macam-macam task.
ada banyak level, dari yang senang sampai susah. and gua cakap sama lu, banyak gila flying fox! and you'll never experience it in Malaysia. or mungkin ada dekat Skytrex Bukit Cerakah? aku pun tak pernah pergi situ.

at first aku ingat tempat ni macam tak ada apa sangat after tengok website ni http://www.treetopadventurepark.com.au/

tapi terbaik gua cakap sama lu, terbaik!

bayaran dalam 40 AUD kalau student, kalau adult non-student 45 AUD

first thing jejak situ of course bayar, and then isi boranglah.
then dia bagi tutorial pasal safety kita, sebab semua benda kita buat sendiri after that tanpa pengawasan diorang including masa nak buat flying fox semua tuh. Everything is on your own! menarik, tak pernah ada macam ni dekat Malaysia. *or mungkin aku tak pernah rasa*

Then kitorang try lah level dari bawah, Green, lepas tuh Blue, lepas tu Red and last sekali Black.

Setiap kali habis satu level, memang rasa macam taknak go on dah, sebab mencuakkan. Tapi sebab rasa macam bayar RM120 kot, so kena la try semua. Masa Green, Blue and Red kitorang terus continue, tapi before Black kitorang stop and makan and solat. Plus memang recommended untuk take a break dulu.

Bila nak start je Black level, nak naik tangga pun dah tinggi, tapi rilek lagi. Lepas go on, go on, and go on and sampai orang depan tiba2 nak angkat bendera putih. tapi still jalan lagi. waktu tuh dok fikir bila lah nak habis, plus banyak pulak drama-drama tak larat, penat and macam-macam.

Tapi seriously, waktu ni memang menguji minda, and kitorang tolong-menolong satu sama lain *ayat skema jawapan* jerit-jerit bagi tips.

Basically if you guys datang Newcastle, try this thing!

Wednesday, June 20, 2012

You can't tell anyone

So this is the problem living here, I can't tell anyone what is our plan or my friends' plan.

This is a big problem for me, coz I can't let others know what I am doing. Hello, I ni artis okay, ramai nak tahi pasal I, apa I buat, apa kawan I buat, apa I tak buat, and you know what, kalau macamnihhlahkan, tak de maknanya I ada twitter. *blogging like celebrity*

Bukanlaaah macam tuh, tapi kalau setakat kau nak pergi jalan-jalan and kau taknak bagitau langsung dekat orang lain tuh kenapa? Macamlah ada orang yang nak ikut kan. Takdelah pulak nak kena hebohkan, tapi kalau setakat orang tanya, mungkin tak perlu nak bagi jawapan berbelit-belit kot.

I'm seriously, agak kuciwa sikit, sikit jee, tak banyak mana.

Kita kan hidup bermasyarakat, ceh

Monday, June 18, 2012

First Medical School's Exam

Heyyyyy, *cubalah sopan sikit bagi salam*

Finally exam week is over! Over! yeah, I had just gone through first medical school examination.
First semester for first year, coolkan?
Tak cool langsung.

Why? Why tak ...
Ini exam paling teruk pernah aku pergi, belajar punya nak rak, *rak kasut, rug rat ke ...* tapi bila dapat soalan, terdiam, terduduk *memanglah duduk pun kan...*, termangu, terpinga, terkentut *ini serius*, and terkesima. pap

Susah gila doh exam, exam lain tak pernah sesusah ni, upsr ka, pmr ka, spm ka, ib ka, yang semua aku dok dapat stret high grade tuh *blushing*, semua senang ahhh kalau nak compare dengan yang ni.

Mungkinlah, mungkin betul orang tua-tua dok cerita, zaman depa dulu, budak first class ja kerajaan dok hantaq pi Australia, second class macam bapak aq pi England sana, yang third class pi Amerikano, yang world class dok diam-diam dalam Malaysia.

Australia ni sistem belajaq susah nak habaq, ceh.
Padahal sebab aku tak dapat jawab exam terus setuju seratus persen, terus dok sebar pasal benda ni.

By the the, *sedap gak bunyi*
dekat UoN (university of newcastle, australia) kami belajar perubatan *perubatan gittew* secara problem based learning.
So every week akan ada opening and closing, dapat bahan, diskusi, and persembahan *presentation*
And lecture seminggu ada sehari je full, best kan?

Ahh, memang best.
satu kau dapat communicate dengan locals, tapi kalau english kau haram jadah teruk, kau jangan risau, sebab depa akan cakap english kau power jugak walaupun macam bangang teruk. lepas tuh semua locals pun akan ada skema jawapan jawab lebih kurang camni :

"I don't know how am I going to learn something in second language as you are" cehhh

part tak best bila nak exam, kau tak tahu deep mana kau kena belajar.
and time exam, kau tak tahu nak jawab exam. ceh

so sem ni kami ada 3 + 1 exam

1) Medical Science,

compress semua Anat, Physio, Pharma, Histo dalam satu paper
exam, susah ....

2) Proffessional Practise,

ethics, camne nak solve issue hospital, professional semua
soalan semua MCQ, haram jadah susaaaaah ....

3) Public Health

kononnya soalan paling senang, tapi kali ni haram jadah,
susahhhh... sumpah not as expected.
among three exam penting ni, yang public health ni first SAQ aku dah pening, tricky gila babi. second SAQ aku tak faham bahasa, third, fourth, fifth senang tapi aku dah tak berdaya nak buat betul2

4) Elective IT

dia negative marking, aku harap lulus ah walaupun tak dapat jawab.

CEHHHHH,
semua tak dapat jawab, nampak sangat ang ni bodoh fariz. *tak baik tau baca yang ni, sebab macam doakan je ;'(*

So yang gilanya, satu exam fail, kena repeat the whole sem. mampos tak mampos camgitu ;(
harap-harap tak fail.

tapi, apekan daya kalau itu takdir. aku dah berusaha, and now aku bertawakkal. masih berdoa and terus berdoa. korang pun jangan lupa doakan.

And I'm very proud having both my parent supporting me at the back. My dad even baca yassin during my exam, terharu gitu. And my mom selalu pulak bagi kata-kata semangat.

seriously, sejak duduk jauh-jauh ni, hubungan makin rapat. makin banyak kami berbincang. berbincang macam dah dewasa, tapi aku betul-betul rasa macam baby kepada parent aku. cehhh. peeeegiiidahhh

okay, itu ja story telling harini.







Saturday, May 26, 2012

Last Medical Consultation

Salam!

I know, I know, its been a long time since I last wrote.

Tengok, dah guna bahasa inggeris, hebatlah tuh?

Okay back to the topic. So for the whole first sem, kitorang kena buat medical consultation untuk enam kali. Basically just buat history taking ir direct translatenye 'mengambil sejarah'. Okay hudoh bunyi.

So masa first and second session kitorang kena buat in a group. Bayangkanlahhh, betapa nervousnya aku kena converse in english depan orang-orang aussie ni, dah la english teruk, berterabur, lepas tuh tak faham ape patient cakap.

Btw, for the third till fifth session kitorang buat in pairs, much better! But seriously, before hari jumaat ( since medical consultation hari jumaat ) aku memang nervous habis! Nasib baik air kencing ni aku boleh kawal, kalau tak melelehhh.

Oh and semua medical consultation ni buat dekat John Hunter Hospital, a public hospital but dammmn nice!

And our supervisor Dr Khenrij sangatlah awesome! Suka bercerita, each picture on the wall dekat JHH tuh dia explain.

So just now kitorang punya last medical consultation, sepatutnya dalam jadual 1 jam 30 minit, tapi selalunya exceed 2 hours. And the last one just know buat for 4 hours!!

Gila lamaaa, but this time buat dekat different place. Amaroo Aged Care Facility, tempat orang-orang tua an private. I get a retired catholic priest as my patient, very nice person. Mula2 macam tak tahu nak tanya pasal family ke tak, since aku tau priest mana kahwin, tapi lupa plak depa ada siater and brother.

And yeah, kalini buat individually. 40 minutes with the patient was awesome. After that kitorang pergi Newcastle's Cathedral. At first I have no idea what we gonna have, church kot, pelik ah. And rupa-rupanya Dr Khanrij nak cerita sejaraj church pulakkk, terbaik!

Lepas tuh pergi Newcastle Club, a very vintage and exclussice place! Dr belanja tapi air je, ceh. And I had cole insteas of beer. Ceh

Monday, May 07, 2012

Jari Menari

Sibuk main dengan handphone waktu lecture, lepas tuh masa discussion bingung

Wednesday, March 28, 2012

Kena Culik

Salam,

I know that lately I didn't put anything on my blog. You guys don't have to ask for my forgiveness if you didn't access my blog. I don't mind.

At the moment I am not stable at all. Not settle down yet, hopefully one day I will. Insyaallah. Still re-doing certain things, adjusting, evaluating on my time management.

Medicine does culik my life.

At the moment, I found out that the best way for me to stay up is to sleep at 5 - 7 p.m. Exactly the same timing when I was in Kolej MARA Banting. woooo.

okay, see you next time.

I just had Monkey Fav at triple MONKEY or MONKEY MONKEY MONKEY. It taste good!

Tuesday, February 14, 2012

First Day Of Orientation

Salam people,

Yesterday agak penat. Well, orang famous pergi mana-mana tempat mesti ada orang nak jumpa. Plus isteri tengah sarat mengandung lagi, anak siap cirit lagi. Aku pun busy dengan orientation.

Well, first day orientation, first time masuk university. I like it, I like the university very much. Well, I think it's just like UiTM Shah Alam lah, ceh, itu je aku tahu. Univ ni dalam hutan, dikelilingi pokok tinggi-tinggi *dah tuh hutan dikelilingi apa pulak kan?*

Agak hijau pemandangan, bangunan buruk di luar, tapi lawalah. Ceh, semua yang dekat obersea semua nak lawa.

Oh btw, orang dekat sini gemuk, gemuk. So bolehlah mereka yang gemuk merancang untuk menetap di sini. Join the grouuuup ! Hooya. Mana tak gemuk, carbonated drink jual dekat supermarket 2.25L, demm besar. Even a dietician sendiri gemuk.

Oh, so semalam buat student ID, bukak akaun bank and beli pre-paid. Finally ada jugak nombor. Tapi beli pun konon-konon nak call Malaysia, but tak guna pun lagi. Tak tahu nak call siapa, family Skype je, baru syiok. Ada request nak dengar suara artis?

Oh, I met a lot of International Students. yes, and I am International Celebrity as well. This orientation was mainly for International student & artist *nak jugak* yang join Faculty Of Health. Ada from South Korea, Singapore, China, Canada, Libya & paling ramai of course Malaysia.

Sukanya jumpa Korean cakap pasal artis korea. And depa pun dok talking pasal aku. Ceh, berangan.

Actually semalam ada tutorial, nak biasakan diri untuk problem based learning (pbl). So we were divided into four groups. And ada due tutor, local people, seniorlah. Memanglah, peninglah, tak faham ! Ceh, aku tak dapat nak tangkap bila discussion. Sedih ;( Sedih waktu huh lah. Esok nak ken a present, demmm.

And malam tuh kami pi rumah senior, Dr Megat, ceh nampak macam tua, padahal baru 27 tahun. Bertuah cikgu dekat Malaysia sebab dapat dia. Ceh, siapa nak kahwin dengan ana, *tiba-tiba tukar kata ganti nama* boleh lah isi form. download dekat link yang aku post sebelum ini ye.

Oh, pergi rumah senior makan nasi ayam. Sedap, rumah cantik, kitorang siap main pool lagi. Stylo mylo lahkan. Dahlah tak reti main.

Okay, mungkin itu sahaja. Member lain still sedap tidur, but the seniors semua dah busy preparing untuk pergi hospital.

Monday, February 13, 2012

The Kaki Kerusi

Salam reader, good day!

I'm sorry okay, I'm so jakun being in Australia and wanted to write everything here. Eh, menyampah eh?

Semalam memang stylish, bangun tengah hari. 

Senior bawak pergi Stockland, a small shopping mall, tapi semua benda pun ada. Groceries, electrical appliances, shirts and all. The place quite okay lah, paling dekat dengan rumah. Macam-macam karenah jumpa dekat sana, yang topless (lelaki ah) and kasutless. And actually dekat sini banyak gila je benda halal. 1/10 je halal. Buat masa nih tak jump lagi babi halal, sedihkan? *budus* New thing dekat situ, boleh bayar sendiri. cantek ahh.

Then pergi rumah senior kedua dekat Crescent Street. Rumah agak nice, exclusive. Kami makan roasted chicken, and actually bend huh beli dekat Woolies, ready-cooked. Kulit roasted chicken huh tak boleh belah, sedap! Masin secukup rasa. Tak payah pergi Kenny Roagers laaa jawabnya, Ada jealous? belum lagi, baru sikit.

Petang pergi main bola sepak. Dengan kaki "kerusi"-nya aku nih, terpaksa jugak main. Padahal aku memang suka ah main, cuma tak suka kalau orang memilih nak main dengan siapa diorang nak. ceh, terasa. For two hours kitorang mandi, sumpah terbaik. Dahla lama gila tak bermain, and now terasa muscle-muscle meronta.

Malam pulak kitorang makan nasi ayam, prepared by Huda and Azfar. Sedap, manis secukup rasa. Terbaik ah diorang nih. Then pergi Masjid pulak, sebelah free mason hall. Jumpa Syeikh, and dengar dia cakap, tapi sorreaah, I tak faham sangat. laju sangat cakapnya. Hoho.

And after this nak pergi orientasi for health and science students. babai !



Sunday, February 12, 2012

"Kumpulan Cerita My First Time"

Salam,

kalaulah anda faham di sebalik tajuk post untuk kali ini. kalau faham baguslah, kalau tak faham tak apa, google sahaja. tapi aku tak naklah bertanggungjawab apa yang kau orang jumpa and explore seterusnya.

Hari-Hari Terakhir Di Malaysia

Of course bila hari-hari terakhir rasa sayu pulak nak tinggalkan rumah. dah tujuh bulan duduk membosankan diri, buat kerja rumah, jadi bibik or supermak, kerja sekejap and macam-macam. tiba-tiba masa yang panjang hilang. 

dalam hati nih selalu fikir, apelah aku nak cakap dengan parent bila nak fly nanti. dahlah selalu emotional, durhaka, durjana, okay melampau. sampai kadang-kadang terfikir nak buat surat tulis apa yang patut rather than cakap open masa dekat airport. tapi semua pun tak buat.

terima kasih kawan yang datang ceriakan suasana dekat rumah. makcik pakcik jangan ceritalah, meriahkan suasana kewangan semasa, bersyukur sangat dapat kazen-mazen yang kaya-kaya ni. nak kaya senang, selalulah buat makan-makan nak belajar ke luar negara. cehh, jangan tiru gaya saya.

malam sebum fly, Asyraf Onn, Haziq Zubaidi and Shauqi Hilmi datang. lama jugak dok dalam rumah, macam masuk rumah tak reti-reti nak keluar. pukul 1.00 am baru keluar rumah. tapi memang kenangan paling manislah, tak pernah lagi orang balik lewat malam, almaklum rumah aku bukan clubbing ke apa. kedatangan diorang memang memeriahkan suasana, dengan sorang-sorang ada good public relation, rasa termotivasi pulak nak jadi seceria itu. 

masa dekat airport memang agak menggelabah mula-mula bila beg orang KLIA tak bagi lebih dari 30kg, padahal each of us bawak 35kg. Finally dengan budi bicara dalam satu jam berjaya pun bawak 35kg. and seriously, aku tak sempat nak cakap apa-apa sangat dekat family, rasa sangat tak sabar nak turun bawah, and pergi tinggalkan family macam biasa. tapi bila dah menunggu boarding dekat bawah, and after calling my mom, barulah nak mintak maaf and tiba-tiba air mata mengalir. waktu tuhlah nak fikir bila lagi nak peluk mak, ayah and all siblings. okay, sekarang pun mood sayu tiba-tiba.

dalam airoplane lagi best, berak sampai tiga kali. menarik betul, tiba-tiba ada suasana nak berak, dalam plane pulak tuh, hampeh! dah la first time masuk tandas bau taik srikandi sri lanka hampeh gila, busuk! siap ada sisa lagi, tak tahan betul. at first ingatkan tandas memang bau macam tuh, tapi lepas aku guna wangi semacam je, betul-betul busuklah depa ni. nasib baik la ada simpan sanitizer.

Di Sydney

dekat airport menarik jugak, ada tiga orang pegawai kastam tanya soalan. aku jawab dengan penuh sopan-santun, suara yang perlahan, volume dua daripada sepuluh. haha, terkejut kau kena tanya soalan dalam bahasa inggeris, tak reti nak jawab.

best part bila ada yang tanya pasal makanan apa yang aku bawak, aku pun cakaplah instant food. then dia tegur, kan ada banyak instant food, instant yang macam mana yang awak bawak and bla, bla, bla soalan dia. pergh, terdiam sementara, mana la aku reti bahasa inggeris nih, pusing kepala satu minit nak jawab apa. finally cakap curry powder and all. then terus pergi tempat check, diorang suruh letak beg laptop dekat bawak, and anjing dok bau. dalam lima saat je dah lepas. tak bukak beg langsung, kuasa Allah (;

sampai-sampai Sydney dah malam. keluar kastam tengok ada senior ramai-ramai, terharu. and pegawai MARA pun ada, sempoi gila. lepas tuh bergambar sikit and terus naik happy cabby. 52 AUD seorang untuk pergi Newcastle. Dekat Sydney tak sejuk lagi waktu tuh, biasa-biasa.


Di Newcastle

sampai Newcastle memang sejuk sangat, on the way pergi rumah senior, kiri kana rumah besar-besar. terbaik! keluar dari bas, sejuk gila, padahal sejuk aircond la, dalam 15 degree celcius mungkin. masuk rumah senior punt terpegun, besar, dengan balkoni bentuk "U" lagi, tempat solat lagi, terbaik! and pemandangan waktu malam yang sangat indah dari balkoni.

senior memang semua baik-baik. first night soap bagi kami tilam, depa sanggup tidur atas kerusi. dengan hidangan nasi beriyani lagi and teh panas masa tengah sejuk. terbaik sungguh!

okay, itu sahaja pengalaman buat masa sekarang. member lain semua tengah tidur. aku pun nak sambung tidur.

Thursday, January 19, 2012

Takziah buat farizzaidi

sedih sangat, baru-baru nih farizzaidi meninggalkan kita. ;( lama tak dengar khabar berita dari dia.

"mesti awak rindu kite kan?" kata fariz zaidi

"                                        " jawab awak

"kita tak kemana, kita bekerja sebulan setengah, sangat busy" kata fariz zaidi

"lain kali awak bagitaulah kita, kita miss you sangat-sangat ;(" jawab awak

okay mencarut! (mengarut).

maksud I takziah farizzaidi sebab dia dah beralih dari

(1) www.farizzaidi.blogspot.com --->  (2) www.mufazai.blogspot.

kohnonnya dulu beralih dari (2) ke (1) sebab nak private blog, tak nak bagi kawan-kawan terdekat baca. tapi sikalang (chinese new year, sila faham) tiba-tiba ada member yang mahu dikenali sebagai XXY (ini bukan untuk bapok ke? dia yang nak) yang tak pernah terbaca ini blog, dapat link. haish.

tapi memang jadi perangsanglah untuk berblog semula. sebab ada satu reader baru. lagipun sudah lama tak blogging. rugi. menyesal. hilang semua memori menarik. haish

jadi, tunggu apa lagi? dapat peluang bersama farizzaidi setiap hari di sini !