Tuesday, October 02, 2012

Penulisan & Lari

Pernah situasi ini berlaku?
"weh, kau ada blog tak?"
"aku nak bacalah, nak belajar menulis" 
"eh, ada, tapi malulah"  *dengan rasa bangga tetapi segan-segan kucing*
"ni dia url website aku, ..." *segan tetapi bangga memberi* 
"eh, takdelah, memang tak ada pun" *betul-betul segan dan betul-betul tak nak bagi*
"budak tuh ada, dia punya terbaik kot!" *cuba mengalih perhatian dan mengampu orang  lain secara berlebihan* 
"bolehlah, tapi dah lama tak aktif" *mengiyakan*
Tak pernah?

Bagus. Baru boleh berkongsi. Kalau pernah, dan rasa malas nak baca tulisan ini, jangan tutup browser. Orang kata, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke hujung lengan. Kau dah baca sebahagian, teruskan sajolah ye dak.

*lempang*

Sebenarnya aku boleh letakkan diri aku dalam situasi ini,
"eh, takdelah, memang tak ada pun" *betul-betul segan dan betul-betul tak nak bagi*
"budak tuh ada, dia punya terbaik kot!" *cuba mengalih perhatian* 
Memang betul. Seboleh-bolehnya nak elakkan orang lain di sekeliling untuk baca. Sebab banyak sampah. Penuh dengan emosi, cacian semata-mata.

Boleh jadi sebab beberapa perkara.

Pertama. 

Sebab terlalu nak menjaga hati dan perasaan orang lain dekat dunia realiti. Sampaikan tak sanggup nak meluahkan rasa marah secara direct. Atau mungkin sekadar menegur kesilapan. Akhirnya, lepaskan di blog atau twitter mungkin.

Selalu terjadi pada anda mungkin?

Kedua. 

Mungkin sebab nak tunjuk baik depan-depan, hakikahnya hati busuk (busukkah hatiku?). Kosa kata 'Mungkin' perlu ditekankan balik kalau-kalau ada yang tak terlepas pandang.

Ketiga.

Pasti sekali sebab dah kerap menegur, tapi terus berlaku. Kerna dah muak dengan perangai yang serupa setiap detik, setiap masa. Terpaksa meluahkan melalui sesawang blog atau twitter. 'Pasti' bagi aku tak semestinya pasti bagi kau.

Keempat. 

Point keempat ditulis menggunakan font bewarna putih. Kerna isi kandungannya terlalu mendalam maksudnya dan boleh mencetuskan pergaduhan.

Kau boleh baca kalau kau bijak dan tahu caranya.











Kelima

Point kelima juga ditulis menggunakan font bewarna putih. Maaf jika menyusahkan.








Mungkin setakat itu sahaja kali ini. Bosan bukan.

3 comments:

SuE RaY said...


pertama:
url blog adalah satu rahsia yang patut diusahakan sendiri melalui kuasa pencarian masing-masing

dan dibaca dalam bilik yang gelap sendirian gaya stalker paling berjaya zaman ini

barulah ayat-ayat yang dibaca akan bermakna dan tak meninggalkan kesan kepada penulis utk dia mengubah gaya penulisannya..

ps:sueray bukan stalker sgt pon (so xyah takut lah.. hee hee hee..), plus komen nih pon satu kesan peninggalan jugak..

kedua:
emosi penanda kita belum hilang kemanusiaan kita

ketiga:
expresi diri penting, baik mengexpresi di alam maya dari menumbuk muka orang yang kurang berakal

keempat dan kelima:
ini tidak adil, macam-macam cara dah diusahakan, semuanya x berhasil..
perlukan lemon dan api mungkin untuk membaca ayat-ayat ghaib ini??

keenam:
x bosan lansung pun,
mendukacitakan mungkin lebih tepat (berdasarkan rujukan keempat dan kelima)

-sorry comment nih ditranslate menggunakan google translate, so ayat-ayat nye dodgy sikit..
=)

great post!
hee hee..

mufazai said...

Cuba untuk mention @SuE RaY macam di twitter. Tapi tak mampu.

Pertama.

Ada jugak yang faham. Tapi mesti ada yang cakap,
"kalau tak nak bagi orang baca, privatekan sahajalah!"

Tapi mungkin kalau privatekan tak dapatlah pulak nak pertukaran idea, cadangan, nasihat daripada orang lain. Lagi-lagi bagi orang yang pemalu untuk bersuara ni.

Kedua

Banyak lagi emosi, tapi terpaksa ditapis jugak! Ahh, tak seronoknyaaaa.

Ketiga

;) mampu tersenyum shj

Keempat & kelima

biarlah rahsia

Keenam

tapi sudah hilang gaya menulis yang dulu. ceh, macam pernah ada

SuE RaY said...

x dimention pun jumpa jugak.. =)

when you feel like writing, just write..
whatever comes out, its you, your thoughts, your words, your way..

Hope you keep writing, malu-malu pun, your words mean something..
=)