Wednesday, October 17, 2012

1 : Erti Hidup Berhousemate

Memandangkan ini adalah blog, makanya apa yang ditulis 'tidak' bersandarkan situasi sebenar. #eh

Ini cerita yang datuk ceritakan pada saya, bukan situasi saya. Ia masih mekar dalam ingatan, kerna saya begitu tersentuh dengan cerita datuk.

Perlu ke saya ceritakan tentang datuk terlebih dahulu? Tak payahlah.

Datuk cakap,

"Ada ke patut, masa nak pergi dengar ceramah, naik satu kereta sama-sama, tapi bila ceramah dah habis, tengok semua housemate yang lain dah balik" 
"Kecewa betul atuk ni tau!"  
"Kalau nak balik, nak tumpang kereta orang lain dan tapi tak cukup ruang untuk atok, bagilah tau atok dulu, ini tidak, terus balik, tak dengar khabar berita langsung" 
"Zaman atok ni hah, bukannya main dengan message berbayar pun, zaman atok ada whatsapp, free lagi" 
"Dah maju dah, setakat mesej tu, apalah sangat. Bukannya suruh menjerit-jerit nak bagitau"
Datuk betul-betul emosi. Duduk dengan housemate Malaysia pun terasa macam duduk dengan locals pula, semua buat hal masing-masing. Kalaulah duduk dengan Malaysian hanya sekadar nak makan makanan Malaysia, mungkin tak perlu kata datuk.

1 comment:

SuE RaY said...

Datuk kene cari housemate baru ni..
Kalau datuk rasa terperangkap tahun ni, tahun depan apetah lagi..

Nenek selalu pesan,
"distance makes the heart grow fonder"
Jauh2 sikit mmg anti-social, tp hati tenang, senang nak belajar..

Tp nenek belajar sekolah pondok je..
Xde bercampur dgn org pun..
So nasihat kurang berguna, mungkin..