Monday, June 22, 2009

happy!


aku happy!!!

















bukan sebab dapat masuk
KMB(abi)

tapi, kawan-kawan aku yang x dapat MARA dulu
dia dapat KMB~~~

so makin bertambah rakyat tgb.

Syahid Haqeem & Haziq Tajuddin

dua-dua nih memang power dari aku,
ini aku tak boleh challenge. seriously


and tadi, my last time

tanak nasi

jemur baju

kemas rumah

& macam-macam

mak aku pun buat pulut durian tadi,
hoho.. macam nak gi overseas jer.
harap2 camtuhlah..

pasal aku~

oh yeah, tadi baca blog orang
and dia tulis pasal dah bersedia habis untuk ke KM(babi)

nasib baik aku terbaca,
kalau tak.. memang lepas mandi bogellah gayanya

actually aku lupa nak tarok tuala dalam list
& selimut

haha, nasib baik yer kawan.
tak rugi aku follow blog kaw

then satu lagi letak essay yang buat
untuk interview mara

aku rasa macam patut jer aku letak kat sini
sebab lepas nih konfem hilang essay tuh

so kalu nak baca, silakan.

tapi, kalau perasan.
essay nih sebenarnya aku edit jer dari internet
aku combined semua skalik

haha ;)

nina yusrina, my ex-classmate pon tak caya
nih my essay. sebab dia kata ayat power (drpd aku)

haha, klasmate aku thu, aku lemah english

Muhammad Fariz Bin Zaidi

910128-10-****

Part I : Introduction And Strength


Since I could remember, medicine is the ideal career for me. The sight of seeing other people suffer from their illness and the thought of that it allows us to help make a big difference in other people's lives makes me want to be a doctor. It gives personal satisfaction, and other people are benefited as well. A lot of medicine is teamwork, and I can work well in a team.


Studying in a prominent boarding school like MJSC has definitely made me an independent and adaptable person. It has also enhanced my time management skills as I had to balance out between my academics and co-curricular activities. This was proven when I was elected to be the Welfare Bureau of the Student Representative Council 2007/2008. Being the Student Representative Council has taught me to be well-disciplined, organized and systematic. It has also made me physically and mentally prepared for any oncoming challenges whatever they may be.


Moreover, I have learnt to view any prevalent issues or situations as 2 sides of a coin when I actively participated in several inter-school Malay debates. Not only that, I have also developed an analytical mind of which I believe is paramount in the medical profession that requires us to make split-second decisions especially in life-threatening situations.


Furthermore, I gained immense leadership skills as the President of the Brass Band team. I learnt through experience to maintain my composure under any circumstances and to work with minimum supervision.


Part II : Study Plan And Future Plan


If I were to be given a chance of getting the MARA scholarship, I want to study in the International Baccalaureate (IB) program at MARA College Banting. After finishing the IB program for 2 years, I want to pursue my study and read medicine at the United Kingdom . I will study there for 5 years. Upon graduation, I will do 2 years of housemanship in Malaysia . After that, I’ll serve the government for a period of 3 years as a senior officer. Next, I will enroll myself into Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to get my master.


I am not sure what field I will go into, but I am inclined to do surgery as I am aware of the shortage of surgeons in Malaysia and the backlog of cases needed to be sorted., however, I will re-evaluate my choice as when the time comes. Based on my qualities and my ambitions to contribute to the healthcare of the nation, I believe that medicine is my ideal choice and I would appreciate the opportunity by MARA to study medicine overseas

Sunday, June 21, 2009

kesian, 2 hari, selesai & father's day


satu : kesian

"SELAMAT DATANG KE KOLEJ MARA B!!!! hahaha!!!! (kesian)"

ini dari senior kmb
bayangkan, betapa teruknya hidup di sana

compare to those yang ambil IB dekat Sri KDU
macam : syafiq kisas & fatin shazea

diorang apartmen (hostel **mcm x de s)
siap ada tv, set sofa & mcm2

happy dowh.

tapi since aku dah biasa dengan suasana yang bakal aku tempuhi
rilek jer lah kan.

cme stu jer.

aku akan pergi kolej,
tapi xde kolam renang pulak

tak macam sekolah dulu
siap ada kolam renang lagi (sorry promote tgb *hehe)

dua : 2 hari


orang lain semua post cerita sedih
ini nak tinggal
itu nak tinggal

aku pulak tengah enjoy duduk rumah
cuba menikmati setiap detik indah di rumah
katil yang sempurna,
tidur yang hebat

mandi bila-bila

& macam-macam lagi

tiga : selesai

sudah siap pack barang
3 bag & satu baldi

smart je

empat : father's day


takda yang special pon
macam tak sambut sangat
sebab birthday ayah bru je lepas 0606


cuma beli baju & tie untuk dia
tapi, dia bayar sendiri

hehe ;)


Saturday, June 20, 2009

wtf, kantoi, rasa bersalah & lawak kot ;)

one : satu

sorry to the owner,
i copy & paste without ur permission


Ustaz ***** ruined my mood that night,
he said "kamu lah ******* tuh?"
"errr.... ye.... kenapeee?" (cuak giler dohhh)
"saya dengar kamu la yg kutuk2 saya tu?
kamu xsuka saya?"
"errrr... mane ader ustaz,..."
"kamu jangan bohong, saya baca semua kat portal mrsm tgb tuuu,"
"mane aderr" jantung aku dah terhenti. semua vein dah pecah.bapak ah. ending yg sangat awkward!
dinner yg sgt sweet dgn arif, tetibe si ***** plak malukan aku. nasib baik, miss *** dgn cikgu ****** ader kat situ,


and more

hurmm... i'm getting more and more annoyed with the wardens.
ustaz ***** plak cakap kat rollcall
"kalau dapat 4 flat pun, kurang ajar dgn cikgu nak buat ape?"

two : dua (explaination)

okay, yang atas tuh

petikan from one of my junior's blog

seriously, dia memang pandai (jeles di sini)

aku memang admin
untuk portal tuh

&

for me, portal tuh memang untuk budak-budak nih
bersuara, komen, kritik apa yang tak kena lah

then macam banyaklah ketidak-puas-hati-an
budak-budak nih, especially mse batch my junior lah

antara benda yang aku rasa kejam macam

1. roll-call malam
2. tak leh masuk dorm after kelas
3. pakai kasut ke masjid
4. sembahyang atas tar

& banyak lagi (aku tak sure)

then bila diorang banyak post
luahkan perasaan, tetiba jer
"ada cikgu join"

then die tegur pelajar

aku tak tahu lah sapa yang salah
even aku pon ada jugak rasa x puas hati, walaupun benda dah berlalu
(sorry to say)

tapi aku harap sangat,
jangan letak kami title sebagai
"derhaka kepada guru"

bukan itu yang kami mahu,
tapi cuba cikgu mendalami perasaan mereka
dalam kondisi yang macam-macam
dengan nak kena cuba capai impian maktab tercinta

okay stop, mesti korg blur kn ?
(aku pun sama)

three : tiga (bersalah)

now memang aku rasa bersalah
aku ke penyebab benda nih berlaku ? (sebab create portal tuh)

cikgu marahkan aku ke?
(ya allah, hidupku panjang lagi & aku percayakan keberkatan)

aku tak bermaksud &
tak berniat

cuma sekadar luahan dari hati
sebagai seorang pelajar
&
untuk diambil perhatian

apa patut aku buat sekarang ?


four : empat (lawak kot)

saya : tengah chat dengan seorang gadis, future kmbianz

perempuan : satu lagi nak tanya, cadar & sarung bantal awak bawak corak-corak ke ?
(diubah daripada kaw -- > awak *lebih romantik)

fariz : tak kesah

perempuan : haha, tak malu tanya lelaki sejati, awak satu bilik dengan saya, jangan lupa!

fariz : haha =)) boxer bawak berapa banyak ?

perempuan : erm, saya tak pakai boxerlah, erm.. free. Haha, amek nih

itulah dia, sedikit-sebanyak
benda yang buat aku tergelak hari nih!






Friday, June 19, 2009

yeay! gagal

hahah, terima kasih wish aku post lepas
tapi aku dengan suka hati nak cakap
aku gagal! (bangga nih)

bengong, bukit jer gagal,
seriously lupa cikgu ajar
cepat sangat aku brek.

dan dan jer.

tp, alhamdulillah
jalan raya lulus, maksudnye
aku boleh yakinkan ayah aku yg aku boleh drive

dia langsung x yakin ngan aku
padahal, aku dah slalu curi2 bawak kete


Thursday, June 18, 2009

pre-test JPJ & award

one : satu

salam, tadi ade pre-test jpj lah kan
sebab esok my test (x rse confident langsung)
mana taknya, dah sebulan baru nak test
lama gila tunggu, & dah lost gila

tak ingat apa yang belajar
& tadi pon agak sengal-sengal sikit

cikgu nye pon asek marah2 jer (aku terdiam)
sakit hati kot, tapi dia cool

so esok test (doakan aku!)

two : dua

berita gumbira, ayah aku dapat new job
tapi dekat Indonesia
but then aku dah masuk kmb
tak dapat nak ikut (aduh, sedih)

three : tiga

cikgu driving td ckp,
kalau nak jd doktor

jd yang macam ini :

1. jangan jadi doktor duit
2. kaji Quran & amalkan (bezalah skit, insyaallah)

four : empat

ini award dari cik yanti (future kmbianz)
wah die ingt aku, thx!






& for sure, aku memang kedekut
x nak kasik korg!

Wednesday, June 17, 2009

Mak,Datuk Husam Musa & Terperangkap

ini bukan skandal okay

tempat : Skypark (Terminal 3 Subang Airport)

satu : 1

semalam. hantar umi, dia nak balik Kota Bharu
(atuk ada operation)
then masa nak check in,
aku nampak pemimpin yang disegani (semua aku respect, kecuali najis)
Datuk Haji Husam Musa (kenal tak ? **pemimpin Pas)

aku tak adalah sampai nak pergi depan dia
peluk dia, cium dia, salam dia **ingat aku gay ke ?

tapi memang respectlah,
kenapa tak naik MAS ? naik Fireflyz je
or maybe Firefly 0 km (iklan kalaw korang perasan)

dua : 2

"ayoh, tuh Husam Musa kan ?"

"entahlah, malas nok cagho(**lebih kurang ambil peduli maksud dia)"

"hurm, yelah tuh, tak kisah pon"

"fariz kisah!"

kakak aku jer tertanya-tanya
sebab dia tak kenal pon

tiga : 3

"Faiz, orang tuh dulu Perdana Menter!"

"yang mana ?"

"yang baju warna hitam tuh"

"tipulah.."

dia lari dekat ayah aku

"abe nih penipu"

aku tergelak sakan

empat : 4

kitorang satu family masuk tempat untuk berlepas
nak hantar mak aku,
bila masuk jer pintu (yang bukak sendiri tuh)
ada satu family,

"nasib baik kita dapat keluar"

ayah aku pon dah pelik
dia ingat pintu takkan terbuka kalau dari dalam
tapi aku cakap,
ada papan keluar, tak logik lah tak bukak pintu tuh

..............................................


umi dah masuk tempat berlepas
kitorang patah balik

so sampai tempat nak keluar,
tiba-tiba

"eh, x bukak la pintu nih!!"

aku jalan lambat-lambat dari belakang (seganlah terperangkap!)
kakak aku lambai2 (mengharapkan simpati)

lama jugak tunggu
sebab macam tak ramai orang,
semua orang nak balik
tak ada pon yang nak masuk tempat berlepas

aku pon join lambai2 (muka segan)
last2 ada sorang mak cik, or kakak
datang.

dia tergelak-gelak masa nak datang
kitorang pon memang segan silu

then dapat jugak keluar.


Tuesday, June 16, 2009

rambut & gulung


semalam lupe nak bagitau
secara rasmi, rambut aku telah hilang (dibeli rm100)

mungkin terkejut ? (agaknya)
tapi itulah kenyataan & satu yang pasti
dibeli orang

kalau my friends,
maybe diorang perasan, setiap kali ke sekolah
rambutku tak pernah panjang
asal balik dari cuti, kene tebang

jadilah aku budak botak
tapi seringkali diperli, dihina, dikutok
'rambut maggie'
(x bermaksud, ak x kesah sebenarnye)

korang cakap ap yg anda suke,
sebab sy okay sje. dis is mine, n unik kan ? haha

kronologi sket

after spm : botak (untuk interview pre-spc)

plkn : botak (wajiblah kan)

interview mara : botak (sebab after plkn)

but the thing is
ble aku botak nihlah banyak rezeki dtg

spm,pmr,upsr,bwp,ldp

sume sebab botak. haha

p/s : ranking top blog iluvislam aku dah naik 1 anak tangga

100th followers & bdak US


oh, tak sangka now dah 100th followers (bangga skit)
thanx sbab jd pembace setia


nothing much bout today
but i had started talking with my mum
no, i didn't talk to her
but she asked me to do something for her

so i just do what she asked lah (bout previous entry)

then just now,
i did managed to chat with some of my friends,
which had already fly to USA
& of course, now they were at America

seriously,
ak sgt excited, & really hopes that i will get the chances too
hopefully (kne struggle for IB)

I'll try my best.


Monday, June 15, 2009

maafkan saya


terima kasih banyak-banyak
nih jer yang mampu aku ungkapkan
setelah memberi nasihat post yang lepas

sorry sebab lambat reply korang punya post
aku sangatlah takde mood
(zati ckp aku period, kuang hajar!!)

mungkin aku lelaki pertama period,
itu yang Dr. Izzati Mazlan discover, haha X)

Dr. mne lah yg pelik mcm izzati tuh.



Saturday, June 13, 2009

neraka tempat aku


Tlg belajar ckp elok2 dgn umi ayoh.
Tau dok umi kecik hati dgn fariz esp. pasal semlm.
SYURGA BWH TELAPAK KAKI IBU.
Klu umi x maaf, dlm neraka lah kamu nanti


mesej khas dari insan bergelar ibu kepada fariz

Friday, June 12, 2009

zina < tinggalkan solat



# satu perkara kita perlu tahu

orang yang tinggalkan solat dengan sengaja + tak menyesal
= dosa lebih besar dari zina

sebab-sebab :

1.
mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan,
2. bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.


Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :

"Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah "

"orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka."

#konklusi


bukan bermakna kita boleh melakukan maksiat
tapi kita kena sedar dosa meninggalkan solat

[untuk peringatan diri sendiri dan pembaca]



Thursday, June 11, 2009

awal pagi & gila SPM

Hye & Good Morning
(only for morning readers, if not neglact it)

I'm bored

ceritera spm

aku nak citer balik pengalaman dulu, pengalaman gila

satu : 1

khamis & jumaat

before SPM, kitorang ada kembara terbilang (betulke ?)
aku bawak bag besar gila (bag naik gunung dulu, haliq sme beg ngan aku)
jalan about 8 km kot (penat gila)

aku bawak bag tuh sampai abis perjalanan
orang lain sume kasik kereta angkut (tunjuk macho! *haha)
lepas tuh, sampai je tapak kem
habis sengal-sengal badan dibuatnya, sakit gila tahu (aku tak sengal)

tapi, aku saja yang tahu
tuhan pon tahu jugak
tapi aku kuatkan diri lah kan

dua : 2

after abis kem ari sabtu pagi ada add math punya class
tiba-tiba aku macam menggeletar dalam dewan (air-cond) *bold disitu, bangga lah aku
ramai yang perasan keadaan aku, diorang tergelak-gelak
amirul pulak (desk-mate waktu tuh) dah segan gila dok sebelah aku, **kuang ajar x ? haha..
then cikgu nora perasan, sebab budak2 lain bgtau (baik hati budak tgb)
tiba-tiba aku dpt kawal keadaan

"saya okaylah cikgu"

then ak menggeletar balik, x dpt nak kawal.
macam parkinson diorang kate

amirul x habis2 cakap aku kne parkinson
seganlah aku (dah ar duduk depan)

so bila rehat jer, aku terus balik bilek
tidur

tiga : 3

lepas tuh, aku discover yang aku demam

aku just minum 100 plus saja satu hari
(nih bukan diet eh, aku x larat & xde orang amikkan makanan untuk aku!)

so malam tuh
aku jadi gila, selalu sangat terbangun

mimpi yang tak elok (bukan basah *haha)
rasa sakit sangat

tekak tak selesa
rasa mual-mual (bukan mengandung!!)

empat : 4

so esoknya (ahad lah)

aku bangun dan masih ada lagi yang prihatin
thanx fer u

Sharifah Dyana Baizura ( x sure ejaan) & her gengs
prasan yang aku tak mandi!! haha,
bukan tuh jer, dia nampaklah yang aku x sehat.

okay, stop.

then pergi jumpa us. nizam
hantar g klinik,
aku x ske hospital kerajaan, lembap.

doc kte,
aku demam mayb sebab nyamuk kat tasek
mse kem harituh

tp bukan wabak ke ape okay.
demam biasa + x ada energy pack

so aku call ayah aku & die datang satu family
jemput aku

pergi juma abg zack.
dapat balik! yeay! (kpale kaw happy, minggu dpn SPM)

lima : 5

aku x bwak banyak buku
aku x boleh baca pon seminggu kat rumah
lepas elok saje demam, lusanya demam balik

&

of course, not well prepared for exam
sbab aku nih pelupa

so sabtu family hantar aku balik tgb

konklusi part nih : senang gila nak balik rumah!

enam : 6

hari isnin petang(esok SPM)

mak aku call

" fariz!! ic mana ?"

aku tetiba cuak gila

"ic ada dekat rumah lah!! apa cuai sangat nih!"

so aku pun try nak call cikgu Juraida & Nora
tapi dua-dua tak angkat

so mak aku decide dia nak hantar
from shah alam ---> melaka (2 hours)

padahal baru je hantar hari sabtu

aku rasa bersalah gila taw.

tp alhamdulillah,
spm okay.

Wednesday, June 10, 2009

darah, anak durhaka & lembap

tajuk yang pelik

satu : 1

aku dah siap buat medical checkup, tunggu result saja

urine test : tak banyak kuar, mungkin sebab mandi dah kencing (warna = kuning cair gila)
blood test : tak sakit & pelik bila orang kata sakit (cucuk 2x)
x-ray : berjalan seperti biasa, tunjukkan badan hot

dua : 2

masa menunggu nak x-ray
aku dengar dua perempuan tua, nampak ada style (aku tunggu jandamu.. haha)
tapi guna bahasa kasar (membahasakan diri aku)

so aku tak naklah layan diorang
aku dengar saja perbualan mereka
"mengutok ibu mertua/betul"

teruk tak ?
mak dia kat dalam wad kecemasan

ceh, perempuan tak kenang budi

tiga : 3

aku ke JPN Selangor (Plaza Masalam)
buat sijil lahir *aku anak angkat

ada artis : Lah
pakaian : dia memang sangat low profile, atau artis tak ada duit kot ? hehe

tapi yang aku nak cakap.
apsal lembap sangat sistem dekat sini hah ?


7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

aku sekadar nak berkongsi apa yang
aku dapat dari ILuvIslam

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

Motivasi

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.



Tuesday, June 09, 2009

politik ?

Assalamualaikum, apa khabar sihat ?

**hehe, ini yang selalu Bya tanya dekat her readers.
sori23456

ana (ceewah, sejak bilalah pulak nih) baru saja lepas tengok
siaran langsung "Hujah" dekat TV9 tadi

tajuk hari ini : budaya politik Kelantan (bunyi lebih kurang)

aku suka tengok politik punya hal
aku suka jugak cari gaduh pasal politik (berhujahlah)
walaupun kadang-kadang aku tak ada idea
fakta tak ada, aku tak putus asa
aku call atau mesej kawan satu aliran pemikiran dulu,
barulah berhujah, hehe23456

bukan apa,
susahlah nak beli surat khabar aliran2 nih
nanti ayah aku tegur, haha

tadi hujah antara Ahli Parlimen Shah Alam & MB Pahang

aku respect dekat salah sorang,
dulu pernah untuk my first time,
berucap depan orang ramai & tetamu terhormat
YB Khalid Abdul Samad

gila cool,
10 minit preparation, secara tetiba
tapi aku dapat buat yang terbaik, almaklum
adik aku pun ada sekali waktu aku buat ucapan

dia tiba-tiba mengaku aku as her brother
dekat kawan-kawan masa tuh, haha23456

tapi itu pengalaman berharga lah kan

itu saja kot, salam berpolitik

btw, Akrammuddin yang bakal ke US (under JPA) tuh beberapa hari lagi
suka sangat berdebat dengan aku, tapi kawan tetap kawan lah (;



Monday, June 08, 2009

Fail ?? Tidakk

Fail?? Tidakkkkkk....
"Kenapa aku tak lulus? Nak kata tak belajar aku belajar. Doa pun sudah. Sembahyang hajat pun selalu. Orang lain tak ulangkaji macam aku pun boleh lulus."



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Pernahkah kita begini? Astargfirullah. Pernahkah kita memikirkan hikmah disebalik satu kegagalan itu? Dalam mengharungi rencah hidup yang penuh renyah ini kadang kala kita juga tumpas dan tewas dalam menghadapi halangan. Jika dilihat dari sudut logikalnya, Pelari 110m berpagar pun kadang kala tidak dapat melepasi kesemua halangannya. Tapi pernah kah kita fikir hikmah dan natijah disebalik kegagalan itu?




Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. (Al-baqarah:216)

Lepas tengok ayat ini apa kawan-kawan semua rasa? Mungkin kegagalan itu hikmahnya supaya kita lebih tekun berusaha. Mungkin juga supaya kita tidak mudah lupa siapa yang sebenarnya pemilik kejayaan itu. Mungkin juga hendak mengelakkan kita terus takbur dan sombong dengan kehebatan kita [kehebatan?atau kehebatan pinjaman Allah SWT] Mungkin juga kerana DIA mahu kita terus sentiasa ingat kepada-NYA. Manusia, insan yang mudah lupa bila hidup senang lenang.

Mari kita lihat satu analogi :
Ada seekor monyer yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu. Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas.

Pengajaran:
Jangan jadi monyet. Bukan! Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.

Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya Pertolongan Allah itu dekat. (Al-Baqarah:214)

Astargfirullah, jangan cepat mengeluh. Rupanya kita baru sikit diuji. Lupakah kita bagaimana saudara-saudara kita seperti Bilal Bin Rabah diuji. Lupakah kita bagaimana Mashitah dan keluarganya diuji. Alangkah manjanya kita, cepat melatah bila diuji. Bayangkan pula bagaimana saudara-saudara kita di Palestin sana.

Maknanya, kalau gagal kena gembira ke? InsyaAllah kita cuba tenangkan fikiran, muhasabah dan fikir hikmahnya. Jika gagal tingkatkan lagi usaha dan doa. Akhir sekali, SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PEPERIKSAAN Akhirat dan Dunia, insyaAllah sekuat manapun kita diuji kita harus kuat untuk menghadapinya.

SEMOGA BERJAYA!!