Friday, June 22, 2012

TreeTop Adventure Park - Winter Break (1)

Hey mate *gaya orang aussie*

So, semalam aku cerita plan yang sepatutnya secret but at the end semua gambar pun upload dekat facebook, so apa bezanya?

tak ada beza

as a result from that,
orang akan fikir yang bukan-bukan pasal kita
aku akan fikir yang bukan-bukan pasal tanggapan orang
and tak meriah la! kalau ramai lagi meriah.

so semalam kitorang pergi TreeTop Adventure Park, dekat je dengan tempat kitorang tinggal,
dalam 15 minit.

so apa yang bestnya dekat sana?

sebab ada aku *wink, wink*
okay itu satu hal, yang kedua itu tempat aktiviti lasak, and aktiviti hilangkan gayat.

basically semua aktiviti dekat situ dekat atas pokok, guna tali and macam-macam task.
ada banyak level, dari yang senang sampai susah. and gua cakap sama lu, banyak gila flying fox! and you'll never experience it in Malaysia. or mungkin ada dekat Skytrex Bukit Cerakah? aku pun tak pernah pergi situ.

at first aku ingat tempat ni macam tak ada apa sangat after tengok website ni http://www.treetopadventurepark.com.au/

tapi terbaik gua cakap sama lu, terbaik!

bayaran dalam 40 AUD kalau student, kalau adult non-student 45 AUD

first thing jejak situ of course bayar, and then isi boranglah.
then dia bagi tutorial pasal safety kita, sebab semua benda kita buat sendiri after that tanpa pengawasan diorang including masa nak buat flying fox semua tuh. Everything is on your own! menarik, tak pernah ada macam ni dekat Malaysia. *or mungkin aku tak pernah rasa*

Then kitorang try lah level dari bawah, Green, lepas tuh Blue, lepas tu Red and last sekali Black.

Setiap kali habis satu level, memang rasa macam taknak go on dah, sebab mencuakkan. Tapi sebab rasa macam bayar RM120 kot, so kena la try semua. Masa Green, Blue and Red kitorang terus continue, tapi before Black kitorang stop and makan and solat. Plus memang recommended untuk take a break dulu.

Bila nak start je Black level, nak naik tangga pun dah tinggi, tapi rilek lagi. Lepas go on, go on, and go on and sampai orang depan tiba2 nak angkat bendera putih. tapi still jalan lagi. waktu tuh dok fikir bila lah nak habis, plus banyak pulak drama-drama tak larat, penat and macam-macam.

Tapi seriously, waktu ni memang menguji minda, and kitorang tolong-menolong satu sama lain *ayat skema jawapan* jerit-jerit bagi tips.

Basically if you guys datang Newcastle, try this thing!

Wednesday, June 20, 2012

You can't tell anyone

So this is the problem living here, I can't tell anyone what is our plan or my friends' plan.

This is a big problem for me, coz I can't let others know what I am doing. Hello, I ni artis okay, ramai nak tahi pasal I, apa I buat, apa kawan I buat, apa I tak buat, and you know what, kalau macamnihhlahkan, tak de maknanya I ada twitter. *blogging like celebrity*

Bukanlaaah macam tuh, tapi kalau setakat kau nak pergi jalan-jalan and kau taknak bagitau langsung dekat orang lain tuh kenapa? Macamlah ada orang yang nak ikut kan. Takdelah pulak nak kena hebohkan, tapi kalau setakat orang tanya, mungkin tak perlu nak bagi jawapan berbelit-belit kot.

I'm seriously, agak kuciwa sikit, sikit jee, tak banyak mana.

Kita kan hidup bermasyarakat, ceh

Monday, June 18, 2012

First Medical School's Exam

Heyyyyy, *cubalah sopan sikit bagi salam*

Finally exam week is over! Over! yeah, I had just gone through first medical school examination.
First semester for first year, coolkan?
Tak cool langsung.

Why? Why tak ...
Ini exam paling teruk pernah aku pergi, belajar punya nak rak, *rak kasut, rug rat ke ...* tapi bila dapat soalan, terdiam, terduduk *memanglah duduk pun kan...*, termangu, terpinga, terkentut *ini serius*, and terkesima. pap

Susah gila doh exam, exam lain tak pernah sesusah ni, upsr ka, pmr ka, spm ka, ib ka, yang semua aku dok dapat stret high grade tuh *blushing*, semua senang ahhh kalau nak compare dengan yang ni.

Mungkinlah, mungkin betul orang tua-tua dok cerita, zaman depa dulu, budak first class ja kerajaan dok hantaq pi Australia, second class macam bapak aq pi England sana, yang third class pi Amerikano, yang world class dok diam-diam dalam Malaysia.

Australia ni sistem belajaq susah nak habaq, ceh.
Padahal sebab aku tak dapat jawab exam terus setuju seratus persen, terus dok sebar pasal benda ni.

By the the, *sedap gak bunyi*
dekat UoN (university of newcastle, australia) kami belajar perubatan *perubatan gittew* secara problem based learning.
So every week akan ada opening and closing, dapat bahan, diskusi, and persembahan *presentation*
And lecture seminggu ada sehari je full, best kan?

Ahh, memang best.
satu kau dapat communicate dengan locals, tapi kalau english kau haram jadah teruk, kau jangan risau, sebab depa akan cakap english kau power jugak walaupun macam bangang teruk. lepas tuh semua locals pun akan ada skema jawapan jawab lebih kurang camni :

"I don't know how am I going to learn something in second language as you are" cehhh

part tak best bila nak exam, kau tak tahu deep mana kau kena belajar.
and time exam, kau tak tahu nak jawab exam. ceh

so sem ni kami ada 3 + 1 exam

1) Medical Science,

compress semua Anat, Physio, Pharma, Histo dalam satu paper
exam, susah ....

2) Proffessional Practise,

ethics, camne nak solve issue hospital, professional semua
soalan semua MCQ, haram jadah susaaaaah ....

3) Public Health

kononnya soalan paling senang, tapi kali ni haram jadah,
susahhhh... sumpah not as expected.
among three exam penting ni, yang public health ni first SAQ aku dah pening, tricky gila babi. second SAQ aku tak faham bahasa, third, fourth, fifth senang tapi aku dah tak berdaya nak buat betul2

4) Elective IT

dia negative marking, aku harap lulus ah walaupun tak dapat jawab.

CEHHHHH,
semua tak dapat jawab, nampak sangat ang ni bodoh fariz. *tak baik tau baca yang ni, sebab macam doakan je ;'(*

So yang gilanya, satu exam fail, kena repeat the whole sem. mampos tak mampos camgitu ;(
harap-harap tak fail.

tapi, apekan daya kalau itu takdir. aku dah berusaha, and now aku bertawakkal. masih berdoa and terus berdoa. korang pun jangan lupa doakan.

And I'm very proud having both my parent supporting me at the back. My dad even baca yassin during my exam, terharu gitu. And my mom selalu pulak bagi kata-kata semangat.

seriously, sejak duduk jauh-jauh ni, hubungan makin rapat. makin banyak kami berbincang. berbincang macam dah dewasa, tapi aku betul-betul rasa macam baby kepada parent aku. cehhh. peeeegiiidahhh

okay, itu ja story telling harini.