Thursday, November 03, 2011

Sentap sikit harituh

Salam.

banyak betul aku bersabar dengan budak ni. semua mintak semua dapat. aku nih yang dah belajar susah-susah, ape pun tak dapat. budak tuh dengan sekolah pun tak pergi, exam ponteng, semua dapat.

sentap sangat sentap teramat.

fine, kenapa nak dengki kan. tapi haritu memang sentap habis (ulang lagi). sampai bila dengar (baru bangun tidur) yang ayah aku willing to give what he wanted, terus macam sakit hati and tiba-tiba keluar hingus dekat mata nih (hujaaaan rahmat, boleh tak?)

takpelah, mungkin tuh je cara nak betulkan dia. padahal bagi aku memang takkan selesai ah masalah dia kalau dok bagi je ape yang dia nak.

sabar, sabar. dan sabar.

Saturday, October 22, 2011

Story Bila Jumpa Specialist

Salam.
Have you read my last post? I know you haven't.
I know you wanted to know my latest update, here it is. Sekarang tengah menaip sambil lap air yang meleleh dari hidung dengan boxer yang baru lipat tak masuk almari. Sangat senonoh, mood resdung sebab makan keuy teow tomyam pedas. awww, sedap kan?
Radiologist, no wonder lah.
Yesterday morning, I went for an ultrasound test at darulehsanmedicalcentre. I met a nurse, sarawakians rasanya. And of course perempuan ! bila masuk je bilik, dia perkenalkan diri. Ceh, syok dekat gua lettew. Lepas tuh dia explain semua benda pasal machine ultrasound tuh. And lidah dia berbelit-belit masa pronounce benda scientific, sumpah comel nurse gemuk tuh. ops
That's not the thing. Lepas tunggu lima minit, Dr Adam (bukan nama sebenar) masuk and perkenalkan diri and terus buat test. Yang siotnya, bosan betul doktor nih, membisu. Gua ingat dia memang dilahirkan bisu lepas bercakap satu perenggan. Memang tak mesra-patient, patutlah jadi radiologist.

Don't claim that you will study medicine.
Bila gua jumpa specialist nephrology, dia bagitau that i'm suspected to have Alport Syndrome. (ini bukan syndrome down okay, serius jauh beza !) So dia tanya whether I had done any research regarding my probs and I say nope. (sumpah malu sikit as future medical students) Then dia bagi kertas pasal symptom-symptom. Lepas tuh dia explain causes plak, and aku dengar dengan muka serious. Tiba-tiba je dia stop and suruh aku explain balik ape yang aku faham, demmm ! (dalam hati macam, apa kau nak aku explain DR Rashidi oi? Aku faham ape dia explain, tapi tak faham nak explain ape. Aku pun explain, satu perenggan tak habis dia mencelah, okay, I just need you to understand your situation so nanti in the future you can explain this to other doctors.

Betul ke kemaluan untuk dilihat oleh orang tersayang je? (abaikan)
So untuk ensure that aku tak ada Alport Syndrome, dia suruh aku buat satu lagi test, CTU kot nama test and test mata. Cuba bayangkan, yang CTU tuh dia kata nanti nak masukkan camera melalui lubang penis untuk sampai ke kidney. Demmm, sakit kot nak kencing nanti! Aku pernah kena benda nih masa darjah dua rasanya and terus sunat. Beb, sunat pakai laser kot ! haha. Tapi aku tak tahulah macam mana dia buat, sebab benda tuh buat dalam keadaan aku tidur. Tapi before tidur tuh aku nampak banyak nurse-nurse cantik dalam operation theatre. Oh, maknanya dia dah tengok gua punya. segan (cerita zaman budak-budak)

Tolong doakan nurse dalam OT minggu depan nanti lawa-lawa okay? And hopefully aku tak sedar waktu tuh, kalau tak seganlah nak berhadapan dengan dunia. nihla maksud aku, kemaluan bukan setakat untuk orang tersayang, tapi orang yang sayang dekat kita macam nurse and doktor. sebab diorang tak nak kita mati. hahaaaaaa. Kalau perempuan nak bersalin pon doktor tengok, ke tak? hehe.

Sorrylah kalau rasa benda ni tak patut cerita. Kalau jijik sangat, tolong sebut jijik 10 kali.

will be continued. . . nak balik kelantan. bye





Friday, October 14, 2011

Blood in my urine.

Ya Allah, kali nih memang dugaan besar, check dekat dr tiba-tiba blood still ada dalam urine, ingatkan dah hilang.

Okay, before korang dok pikir air kencing aku warna merah semua, baik aku bagitau awal-awal yang the blood in my urine is not visible. Warna sama je macam korang punya okay? orang kata warna air kencing sama, tapi penyakit lain-lain.

Kalau dalam article penyakit nih orang panggil microscopic hematuria. Semalam dok pelik jugak, natang ape lah doktor nih dok membebel, tak dapat tangkap. rupa-rupanya hematuria. Nak baca surat  yang dia tulis pon tak faham, buruk sangat tulisannya.

Kalau tengok dekat causes dia scary jugak, boleh jadi bladder cancer la, kidney cancer la, prostate cancer la, tapi yang konfem bukan mandul. yang nih memang kena bold, maksudnya i'm still available (;

The probs if I still have blood in urine masa medical checkup MARA nanti, I might not be able to further my study in aussie. T.T

But luckily lambat lagi comdate untuk fly and bolehlah buat treatment banyak-banyak. dengan harapan ada treatmentlahhhh. Tengok, banyak hikmah fly lambat nih, syukur sangat.

And i'm so happy that my dad's bos agree to pay for my treatment, terharu gila. Okay, itu je kot? Salam

Tuesday, October 11, 2011

Super Sister's Graduation Day

Assalamualaikum !

The day before, and before that (Sunday) we went to IIUM for my eldest sister's graduation day. Before that I was having a great lepak night with my friends in subang, so I ended up tidur at 4 am. Then I woke up at 8 am to fetch my another sister at ktm batu tiga. Sangatlah mengantuk. Wait, this is not the motive of today post okay.

Along the way, we're stucked in traffic jammed, luckily my sister wasn't with us in the car, or else she'll  miss her big event. The best part was I saw one old man coming out from Nissan Serena, then when a motorcyclist lalu he stopped the guy. Rupa-rupanya he asked the motorcyclist to give his son a ride. Sumpah dah macam dekat Indonesia dah, naik Ojek.

You're now viewing in Bahasa Melayu . . .

Cuaca sangat panas, dengan mengantuknya lagi and kena berjalan jauh dari tempat parking, memang rasa bosan sangat. Nasib baiklah ni kakak sendiri,  kalau tak memang dah balik dah. Serius takkan pergi majlis-majlis macam ni.



Thursday, September 29, 2011

Watch Out Who's Your Reader !

Salam readers,

I'm yet to be announced as dead. Just so not really into updating my daily activities. And yeah, today post is about unexpected readers.

I'm so glad that one of my reader is actually a celebrity. Does anyone have readers like mine? I bet you all don't have. *proud melangit* And the coolest thing is, she did comment on my blog. So sweet right? She's not my friend since childhood or even a friend when I was in mrsm and all. I don't really know her before. But I knew her after we went to the same college. Gladly, I'm her first Fan , and the one who created the fan club. But now she's so popular. She have like 510 friends and it's not just from Malaysia, but worldwide.

Hehe, bodohlah hangpa pi baca semua nih. karut marut belaka. Tuh Nurbazilah Ariffin. Ada 510 kawan dekat facebook. Jadi artis sebab sama-sama berlakon waktu hari kemerdekaan KMB.
Okbye.

Ohoooi, belum habis,

unexpected readers is my sister. haha, macam mana kau boleh baca blog nih, habis privacy aku. bosan sungguhlaa macam nih.

and another unexpected readers adalah budak2 yang aku kutuk dekat sini. hahaha, bukan sekarang la, now tak kutuk dah, tapi post still ada. kenangan orang kata.

Thursday, September 08, 2011

raya and f r i e n d s forever ?

Salam,

Semalam gua beraya di rumah siti nurhaliza, memang terbaik ! cun gilaa, rugi aku lahir lambat, kalau tak dah tackle awal-awal. okay, takpe, abaikan. tapi nak citer jugak, rumah siti bapak besar, and banyak kot dapat duit rayaa, rm 10 sorang. banyaklaah kan, artis kot, kalau semua orang pun dia nak bagi, tak nak pokai lagi.

tapi gua taknak ah citer panjang-panjang pasal siti, nanti kantoi gua menipu. sudah-sudahlah tahun lepas siti datang umah gua, tahun nih gua melebat lagi pergi rumah dia plak. adoy, kaki menipu betul.

gua actually pergi beraya rumah member-member lamaaa. konvoi raya rumah kawan-kawan zaman ribena dulu, budak kelas darjah enam baiduri, budak tip top dari ladang kelapa sawit *dulu mmg ttdi jaya ada ladang kelapa sawit*. semua hebat-hebat je sekarang.

actually seingat gua, tuhlaa kelas yang gua paling tak produktif, senyap-senyap gitu. almaklum, zaman dulu-dulu gua sangat-sangat penyenyap, ikut kata cikgu. hikhikhik. tak macam dekat mrsm, satu kelas gua bising. tapi, reunion kalinihh menguatkan baliklaa bond, eventhough gua still senyap. alim-alim gitu.

gua bukan nak citer raya sangat, gua nak citer pasal memberlaah kan. kadang-kadang, or mungkin selalu, orang cari gua just untuk temankan die bila tak ada orang lain nak hangout dengan depa. kiranya lastmen on call laa. hampeh kan? harituh ada yang nak fly, negara gua takleh bagitau, nanti kantoi-meloloi. dia ajak gua pergi beli barang nak fly, gua memang taknaklaaah, tapi bila fikir balik yang ini mungkin pertemuan terakhir *cehh, mcm lepas nih langsung tak mo jumpa* gua dengan rela hati ckp gua okay. tp dia ckp, dia confirmkan balik nak kuar dengan gua, dia try cari orang lain, sebab kononnya gua tak fly lg, nanti menyusahkann. and lepas tuh langsung tak habaq, nampak sangat gua nih dianggap sebagai reserve friend, hampeh punye manusia. btw, gua dah banyak bekerja dengan budak nih, memang takleh pakai, sebab mengharapkan orang aje.

lagi satu, ini orang lain, baru je nih. dia kasi post status dia, cakap pasal itu ini. orang lain komen dia balas, gua komen, haram tak balas. pegidaaah. orang macam lu bolehlaaaa pergi ...

ohhh tuhann, harap-harap gua tak buat macam tuh dekat kawan-kawan gua yang lain. bagila petunjuk kalau gua berkelakuan begitu.

sekian

Friday, August 26, 2011

sebelum FLY pergi i-City

Salam *.*

gua baru pulang dari kota pembaziran. hari-hari berjuta-juta lampu led yang kononnya menjimatkan penggunaan tenaga eletrik terpasang. membazir, gua tak suka pembaziran !

serius. daripada duk membazir macam tuh, baiklah pasang elektrik dalam hutan, kasi meriah sikit dekat orang-orang utan. lu orang tak tahu yang orang utan dok merengek, menyumpah seranah sebab kerajaan malaysia sampai sekarang tak provide tenaga elektrik dekat depa. ini tak adil ! lu orang tak ambil berat langsung tentang hak asasi manusia ( manusia itu orang ) *okay, tak lawak -.-"*

kalau boleh tak perlulah nak membazir sangat, tutup ajelah lampu-lampu tuh, lagi-lagi bulan ramadhan bulan yang mulia nih. ade ke patut lu kasi turun harga tiket masuk kereta daripada RM10 jadi RM1 ? sumpah tak patut ! menggalakkan maksiat betul. memang penuh kapel-kapel. hampeh.

tapi kalu gua datang sana, gua tak kesah kalu lu mahu kasi bukak itu lampu. sebab gua akan ke overseas, gua akan promote satu dunia. ceh, hampeh. 

ini bukan storynyaa, gua just nak habaq yang dah dua kali dalam bulan ramadhan gua bawak member-member gua yang duk jauh-jauh sana mai pi i-city. tadi gua bawak budak perlis (anuar and husni), kelmarin gua bawak budak kedah (izhar and muqmin), memang dah boleh jadi tour guide dah. *dengan harapan dapat duit, tapi tak dapat TT_TT* takpa, takpa, kita kena ikhlas. cehh, terpaksa. 

takpalaah, budak-budak nih nak pelai dah, gua nih plak lepas nih takdak member dah, jumpe depa pun kena tunggu lima tahun lagi, itupun sekoq-sekoq dah sibuk jadi doktor. kenangan je laah.

Thursday, August 25, 2011

jangan nak main tuduh-tuduh !

S a l a m  r e a d e r s (:
   
mung ade pernah kene tuduh, maksud gua kena tuduh meliwat, dituduh pakai tudung *maksud gua tudung salji*, dituduh pakai seluar dalam *ehh, ada masalah ke -.-"* dan macam-macam lagi. 

ceh, tajuk tanak tak matang lagi. gua bukan ape, baru-baru nih, ade sorang kakak gua ni kena tuduh macam-macam. perempuan simpanan, perempuan berwajah wanita, perempuan berhidung dan macam-macam, gua panas ! gua panas ! *ini bukan cerita sebenar*

cerita kakak gua cam gini, ada satu hari tuh *perlu ke, dah macam buat essay darjah satu* kakak gua tolong buat kerja tempat kawan dia (dalam officelaah) sebab kawan kakak gua MC. esoknya, kawan kakak gua yang laki tuh dok tertanya-tanya kakak gua samada nampak atau tak broadband dia. bukan apa, broadband dia hilang. gua tak kisah lagi nak tanya, tapi brader tuh dok tanya kakak gua dua kali, tiga kali, empat kali pasal broadband. ceh, nampak sangat dok syak kakak gua mencuri. (btw, kakak gua baru masuk kerja dua minggu)

panas la hati gua, bila dia cerita, itu baru gua, belum kakak gua. ada ke patut tanya banyak-banyak kali, macamlah keluarga gua nih lahirkan pencuri-pencuri berkaliber. kalau curi juta-juta tak ape lah jugak, inikan setakat modem RM49 aje, aduh, tak senonoh bai.
malam tuh, waktu kakak gua storey, kakak gua yang lain (sister) pun emo sekalilaah, yang sister gua nih soh kakak gua habaq dekat brader tuh, bapak kiterrrr (gedik sikit perempuan) boleh beli 10 ganti balik ! and cakap bapak kiterrrrrrr (gedik gile) kerja *********** ! cehh, amek kauuu, baru tahu sape kite.

ceh, itu je nak storey-de-marry. bukan ape, tak baik main tuduh-tuduh ! nak tuduh takpe, tapi senyap-senyaplaah. orang bukan kemain tolong buat kerja dia, dia tuduh kita macam-macam. aduuh, respectlaah sikit dudde.


Wednesday, August 24, 2011

IB Graduation Day, - f i n a l l y g r a d u a t e d -

s a l a m !

yeay, i'm finally graduated ! 
senang rupa-rupanya  i n t e r n a t i o n a l b a c c a l a u r e a t e nih (:

Gene Elok Daripada Parent ! ;p
ceh, padahal zaman dulu-dulu siap cakap I B   B A B I lagi, sekarang bukan main senang.
normal lah tuh, bila dah berjaya, or tamat buat something. kalau dulu masa dekat mrsm pun, rasa pmr, spm and segala bagai semua susah. tapi bila dah habis, and dapat result gempak, tukar point of view pula. senanglah, apelah.

sampaikan boleh buat motivation program dekat sekolah-sekolah.

"SPM nih senang je, ceeh, Add Math lagi lah, tutup mata boleh jawab" - menipu sangat-sangat
"Abang dulu belajar rileks-rileks je, tak yah tension-tension." - bolehlah kalau nak ikut
tapi itu zaman sekolahlah, I B nih lain macam. kesusahan dia sampai sekarang terasa lagi. tapi itu semua kenangan. kalau junior tanya, kita kena cakap benda elok-elok. kena tipu diorang, tapi for many reasons. sebabnya ?

bagi diorang motivation before masuk sini. lagipun first impression kot, kenalah baik. biar diorang fikir something positive sikit sampai habis IB.

malulah aku kalau cakap susah, takkan tak boleh handle - alasan tak senonoh

kesian MARA kalau budak nih tolak offer, kena susah-susah panggil masuk second and third intake
okay, dah lah tuh, benda dah lepas. siapa tertipu, aku memang takleh nak tolong ;p kalau tak nak rasa tertipu, bacalah blog nih, banyak luahan perasaan tak matang
with lovely chemistry teacher, Puan Azizah (:

calon isteri, umi, pilih-pilih ;D

waaah, with my very critical thinkers (actually critical subject for me - TOK) teacher, Pn Fazlinda. But I got an A for it, yeayyys




Unexpected Anuar, Me, and Syafiq Si Penenang


budak kelas M09C

With Evan, Good Brain One - 45 point kot




With Puan Jarini (:

















Monday, August 22, 2011

Jual Handsock pun boleh busy, rezeki

Salam !

yes! (alhamdulillah) harinih paling produktif jual handsock. pergi pos laju sampai dua tiga kali. Kedah, Penang, Terengganu, semua mai beli dekat "Hasni Handsock". 

memang dari pagi sampai tengah hari sibuk packing, lepas settle satu trip, ada lagi orang order. rezeki, rezeki ;D
tapi tak tahulah untung ke rugi, sebab kadang-kadang aku terlebih bayar duit pos untuk diorang, kadang-kadang pos ekspress kene reject, so membazir banyak jugaklah. tapi sebab kawan kan yang beli, kita pun niat nak menolong orang, lagipun bila depa dok pakai handsock, insyaallah aku dapat pahala. cara berdakwah untuk si pari-pari. ceh, nak join usrah dengan si pari-pari dah tak boleh, ini jelah caranya. hehe ;p

and baru tadi pergi rumah kawan nak hantar handsock. tuan rumah dengan baik hati jemput masuk and waktu tuh ada lagi dua kawan from kmb. mula-mula kasi air teh, lepas tuh biskut tat nenas (dah rayee dahhh diaa) and then buah honeydew pulak. layanan terbaik laah.

actually aku tak sangka boleh berkawan sampai macam nih, dah macam baik gila kami nih. *ceh, tiba-tiba syok sendiri kot* tapi serius, aku appreciate sangat friendship nih. harap-harap berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

oh, alang-alang dah tulis pasal handsock nih, mai la beli "Hasni Handsock". macam-macam warna ada (: sekarang offer, beli 10 percuma 1. woot, woot.

*dengan harapan Hasni Handsock berkembang serata dunia*

Sunday, August 21, 2011

Reunion 6 Baiduri ;]

Salam (:

nak show off sikit *dengan nada tak riak & langsung tak takabbur*, tadi ade gathering reunion dengan classmate mase darjah enam. Alhamdulillah sebab every year dapat buat reunion, tapi tuhlah, everytime mesti ada yang tak dapat join.

last year we did it at sunway pyramid, and this year dekat D'Kayangan buffet Ramadhan (: It was so great to meet up all of them. 

ade yang memang since form one lagi dah tak jumpa-jumpa, macam Nabil Fiqri, Nadia Rosli, Hidaya, Fatimah Kamil, and a few others. itulah, sape suruh masuk mrsm awal-awal lagi, kang dah lame berpisah, jumpa pun segan-segan.

seriously, memang aku rasa tak rapat sangatlah dengan diorang sejak pergi masuk asrama. rasa macam terpisah, even jiran-jiran yang dulu selalu main petang-petang, langsung tak bertegur sapa. so mungkin in the future aku pikir dulu untuk anak-anak aku nanti. or maybe i should advice them untuk selalu gather and hangout.

but in other way round, okay je pergi asrama, banyakkan connection, plus boleh berdikari kot! *ceeh, ayat waktu interview*

and afterall, semalam dah macam boleeh ahh kenal-kenal balik, sesi orientasi balik after seven years berpisah. boleh bawak gurau senda, gelak ketawa, tapi tak sehebat biasa lah, sebab still shy, shy cat. and the event might be the last event kot until another five years since i'm not going to have the same holiday as they have. sedih, sedih.

oh, btw my classmate ada yang belajar medic dekat russia, alex, cairo, and aussie (aku lah tuh). ada yang buat neuroscience dekat canada (scholar university pulakk), engineering dekat aussie and accountacy dekat UK. dekat malaysia pun hebat2. medic, food technology, science forensic, accountacy, dll (: kiranya semua berjaya lah ! *ceeh, kate budak kelas first*

banyak sebenarnya nikmat Allah bagi dekat aku nih. nikmat kepandaian dari kecil lagi. walaupun mase darjah tiga kena tendang kelas dari kelas first to kelas second. And then mase darjah empat masuk pulak kelas last, finally dapat jugak masuk kelas first masa darjah lima (: Plus dengan UPSR 5A lagi walaupun English berterabur. semua nikmat yang Allah bagi after usaha dan tawakkal. *ceeh, macam kecik-kecik tahu je tawakkal tuh ape*

tapi tuhlaa, kalau nak hitung memang tak terkira. kita je sebuk dok pikir pasal musibah, pikir, lepas tuh bukan mengadu dekat tuhan, mengadu dekat tandas sambil buat air. hi hi hi.

okay, itu saaja. nanti nak post gambar (:

Saturday, August 20, 2011

Name blog baru, edisi lama (:

Salam ;]

lama sudah gua tak update (ceeh, ayat lame gila) and finally here i am, with new blog title :

Nikmat Allah Bagi (:
Alhamdulillah, selama ni asyik mengeluh je, mengeluh je, mengeluh je, mengeluh je, mengeluh je ...
bila lagi kita nak tengok nikmat yang Allah bagi dekat kita, banyak sangat-sangat. tak terkira. marilaah showw off nikmat kita, tanda bersyukur.

As far as I know, kalau kita dikurniakan nikmat, kita hebah-hebahkan dan kongsi antara satu sama lain. cara dia macam mana? tolong orang, derma, derma, tolong orang, derma, derma, tolong orang, dll


Monday, August 08, 2011

Murtabak

Salam (:

Harap-harap readers sekalian tak pernah ponteng puasa lagi, jangan ulangi peristiwa dulu-dulu, kalau orang tak ada, curi-curi makan biskut jacobs hi-fibre, minum air dan sebagainya. aku tahu korang memang pro benda-benda macam nih, lagi-lagi bila dah every year practise amalan kurang sihat nih. :D

Jangan lupa, jenguk-jenguk sikit adik-adik kita tuh, diorang pun sama je macam kita, tabiat luar biasa nih dah memang akan diwarisi, hehe. kasi kantoikan je diorang nih, biar malu, tapi mahu. korang kan tahu bila waktu-waktu terbaik untuk diorang curi-curi minum semua, sebab korang lagi expert. sekarang pulak bila gaji maid naik, parent pun tak hire maid dah, lagi selalulah kita nampak budak-budak nih aktif semacam sebab perut dah kenyang.

Oh, topik kita Murtabak. sebenarnya, nak habaq bagi readers yang tak pernah pergi bazaar ramadhan *tak logik langsung*, sekarang nih tiba-tiba ramai plak yang jual murtabak dek cendawan tumbuh selepas hujan *cait, dah lama tak guna peribahasa*.  punca paling utama kehadiran diorang nih sebab kita selalu dok salah dengar RAMADHAN AL-MUBARAK jadi RAMADHAN AL-MURTABAK. Itu pasal orang dok berlumba-lumba buka gerai murtabak, nak dapatkan pahala bulan ramadhan. yang kita-kita nih pulak sebagai pengguna pun sama-sama nak rebut pahala, sambil melakukan fardhu kifayah dengan membeli murtabak. *haaah, pening-pening* itu pasal ramai yang dok beratur panjang dekat bazaar, sanggup tunggu lama-lama.

Okay, dah habis, dah habis topik. salam sayang dari mufazai. muaahx.

Thursday, July 14, 2011

adoy, takde duit, camnee nih T.T

salam readers yang kaya raya,

saya aku puji, so korang boleh transfer duit dekat akaun aku.

camneh citer die, daripada hari selasa lagi member sorang tanye, 'nak pergi tengok harry potter ?' untuk memeriahkan suaasane member yang nak fly tak lame lagi. aku pon ape lagi, 'okay, tadehaal !'

lepas tuh tiba-tiba member suruh aku drive, yelah, before this die dah asek drive je, aku pun okaylah. aku lak lupe yang kereta ade due je, satu mak aku gune, satu lagi kakak aku nak kena pickup adik aku yang pergi sekolah, plus beli lauk sebab bibik balik indon, plus mak aku suruh ..., plus mak aku suruh ... dan ...

aku pun terpakselaaah mesej dengan rasa berat hati, sebab kesian, asyik die je drive, 'weh, naik kete kau eh, ...(censored)...' and mesej skali lagi sebab die tak reply 'weh, ...(censored)..'

then tiba-tiba ade dapat mesej dari member nih, dia suh datang rumah ... dalam pukul 11.30 am, sebab die anto mak die pergi klinik.

aku pun rase mcm die tak perasanlaah kot yang aku dah mesej die. die pun maybe penat kot, hantor adik pi skolah, then hantor mak pi klinik pulak. (positive)

tapi, at that time, aku tak fikir positif lah pulak, maybe sebab dia nak aku bawak kereta jugak, since asyik die je bawak. so aku pun terfikir ...

tak semua orang faham keadaan kita. (terpost dekat facebook) kadang-kadang bila kawan dengan orang kaya, diorang tak expect kita macam nih, tapi takleh nak salahkan dia, sebab mungkin dia tak pernah merasa kan ?

tapi lepas tuh, aku terus fikir positif, anggap dia tak perasan message aku tadi. so aku message lagi. and finally dia pun okay, and suruh aku datang rumah dia.

pengalaman nak sampai rumah dia tuh memang jangan cakaplah, susah benor nak kejut kakak aku yang tengah tidur, sebab nak suruh hantor. aku memang dah patah hati dah waktu tuh, ingat nak bawak je kereta yang satu lagi.

lepas tuh mesej umi, 'fariz bawak kereta sebab tak ada orang nak hantar gi rumah kawan'

then mak umi reply, 'senang je kan fariz, tak fikir sape nak ambil adik semua'

aku pun terfikir jugak, sangguplah kan, sebab tak ada orang nak hantar pergi rumah kawan, sanggup bawak kereta, and biarkan adik balik sekolah jalan kaki, lepas tuh kereta yang kita bawak tuh habis duit minyak and semua. (tiba-tiba duit minyak, tapi yelah)

then aku terus naik atas, kejut lagi kakak aku, and luckily dia bangun and terus mandi.

aku reply balik dekat umi ' memang senang. tapi nasib baik ... dah bangun'

and aku pun terus ke rumah member (: finally. tapi tak stop dekat sini. member pun bawaklah kereta pergi midvalley, and park dekat the gardens. four of us all together. yang tiga-tiga semua kaya-kaya, jangan cakaplah. seorang section nine, dua lagi section thirteen bungalow house. omaigod.

and waktu tuh, diorang calling-calling dengan member yang dah sampai, tanya nak makan dekat mana. pulak tuh dok cerita kedai mahal-mahal, delicious lah, ape lah. haha. (time nih sumpah cuak) aku dah laah bawak rm27, rm27 sahaja. adeyh, dah tuh nak pergi makan kedai mahal (waktu nih belum buat decision lagi).

aku pun ape lagi, mesej-mesej dengan umi, 'umi, ade cimb tak? member-member nih nak makan, fariz betul-betul tak ada duit'

aku pun tak mengharap sangat mak aku nak transfer, tapi die reply 'nanti umi balik ofis umi bank in'. alhamdulillah, syukur sangat-sangat. tak adelah rasa gundah gelana sangat. tapi bila lah mak aku nak transfer duit kan, so aku terus cuak, fikir-fikir timing yang sesuai untuk cakap dekat member yang beli tiket pasal aku nak bayar kemudian.

luckily, diorang just makan dekat food junction. so average harga rm10 je lah. waktu tuh, memang lega habis. at least ada dalam poket rm17. memang still tak cukuplah nak bayar duit panggung rm20
(harry potter 3D). so waktu tengah order makanan tuh, member ade dekat situ, aku pun terus terang cakap dengan dia, .... and dia okay. alhamdulillaaah, syukur.

okay, so takde sangatlaaah interesting pun kan cerita nih, cuma tuhlaaah, orang yang tak ada duit macam aku nih, nak pulak berkawan dengan orang kaya-kaya, macam mana kan? susahlah, orang kaya, eventhough ade setengah tuh macam tak berlagak kaya, but still, diorang punye duit flow laju je and always available lah dalam dompet untuk beli itu and ini.

aku nih, duit tarak. haha, adehh. tapi tuhlaah, tak ingat pulak zaman-zaman dekat kmb dulu, duit memang parent masuk banyak, setiap kali duit takder, mintak, then dapat. mungkin taknak bagi kita tension kan? suka sangat duduk kmb, duit sentiasa dekat tangan. tapi, bila dah cuti, jangan citerlaah, bukan main payah lagi nak dapat duit. tunggu ayah aku balik dari indon je lah baru boleh dapat duit. haha, nasib baik tiap-tiap minggu aku yang hantar dia pergi airport, dapatlaah duit sikit.

okay-okay, takda kena mengena dengan yang mati, tapi yang hidup ada. to reader, kalau macam terperasan 'member' itu adalah dia, jangan nak marah sangat okay? lagipun pasal kekangan hidup aku je pun. sebab ini cerita pun untuk aku refleksi diri sendiri. mungkin boleh jadi pengajaran bila aku dah besar nanti. (:

Wednesday, July 13, 2011

James Cook University Interview - By Asyraf Kori

Oho, so ramai org message aku pasal James Cook University interview (dkt 5 org kot haha3). Alrighty, sebab aku seorang loser yang mmg banyak masa terluang (LOL!), lemme give you a lil' bit of rundown utk interview.

Before anything, sedikit fakta tentang JCU:

- Medic JCU adalah 6 years programme. 6 TAHUN. So mmg kene faham btul2 yek? Plus, korang akan fly Feb 2012. So agak lambat la nanti, start and habis. Gotta think hard here yo!

- In JCU School of Medicine, currently only 26 Malaysians there. Yep, all 6 years of Medical School. Korg kene independent kt sana.

- JCU in Queensland, at the northern part of Australia. So climate dier lebih kepada Malaysia (Hot and Humid) rather than Cold, Cool climate cam kat Sydney. So dier panas skit, lebih kurang mcm Malaysia. Oh, aku ade cakap tak Queensland itu agak hulu? Ha3, jkjkjk. But still, mmg agak hulu lah.

- Requirement JCU for IELTS? All Component 7! But still, klo korg nyer result overall tinggi, and yg lowest pon around 6.5, xyh nk repeat kot (Eg me myself, aku overall 8.0, but my writing is the lowest, only 6.5. No need to repeat again! Ha3)


So how about the interview?

- Its individual (duh!)

- Ada dalam 5 soalan besar akan ditanya. Klo aku nyer interview dlu, 1st question is about why you want to become a doctor etc2. 2nd, 3rd and 4th (x igt turutan) psal qualities u have, your achievements, your take on medical issue plus decision making etc2. And ade lagi la soalan- soalan lain lagi.

- Still, the killer question was at part 5. Final question is all about World Issue. Aku masa tu kne Political Asylum. Oh, yep, aku terketar2 la nak menjawabnye haha3. Serius kene troll kaw2 ngn interviewer. Lots of reading here guys!

- Its around 20 - 30 minutes. Or in my case, its 40 minutes. Mmg hantu tol....



My advice?

- BE YOURSELF. Seriously, dieorg mmg jadi interviewer for a reason. Nak menipu? Want to become other person on that day? Agak2 la ye ha3 They'll see right through you. I can assure that.

- Be awesome. Ape2 pon senyum je. Memetik kata2 Barney How I Met Your Mother, "When I'm sad, I stopped being sad, and become awesome!"

- Be friggin confident! But not blardy stupid sudah. Xpe sangkut2, asalkan confident!

- Oh, aku dh ckp dh senyum? The interviewers are kind plus awesome. They laugh a lot. Like A LOT!

Final words, the usual Good Luck lah kot. Oh and for all of you yg akn interview nanti, make sure you persevere a lot. I know what you're going through now, as me and lots of others pun dh pnh rasa. So...

ALL THE BEST EVERYONE!

p/s:
- It's possible your wish won't be fulfilled, But if you don't wish at all, it definitely won't be fulfilled (Lawrence Craft, Spice and Wolf II)
- In the next year, around this time, What kind of me will be here? What kind of you will be here? (When The First Love Ends, ryo feat. Hatsune Miku)

Tuesday, July 12, 2011

Interview Monash

1st station, dye tnye sal intern, situation, kte seorg intern n kte npk intern yg lain kne mara, ape reaksi kte...
[3:05:37 PM] Mohamad Hazwan: 2nd station, ni yg susa
[3:05:46 PM] Mohamad Hazwan: yg 1st bole jwb
[3:06:17 PM] Mohamad Hazwan: 2nd dyer situation sal legal system, penggunaan DNA dlm probving crime
[3:06:23 PM] Mohamad Hazwan: dye tnye reliable ke x
[3:06:29 PM] Mohamad Hazwan: dye objective x?
[3:06:30 PM] Mohamad Hazwan: unbiased ke?

Interview USM-KLE

nih bukan aku yang interview, but my friend

salam.. jz nak share things yg ktorg dapat time interviw tadi.. hope u can share it with others.. (and plz do keep the informer remains anonymous..)

saja kongsi supaya kita sesama batch boleh fly skali..

From what we heard earlier from the USM people..
...1- pihak usm nak ambik 120 students USM-KLE.. tapi td cuma ad 70 org je yg dtg interview.. insya'Allah, klo korg pegi ad possible besar utk dapat..
2- be prepared.. soalan yg die tny quite unexpected.. it can be the most random questions on earth!! (seriously)
3- pls..pls and pls.. brush up ur MALAY.. bahasa formal dalam bahasa melayu.. coz they’re surely asked you to answer a few questions in MALAY..
stakat ni tu je la kot highlight penting yg ktorg dapat time interview ni.. feel free to ask anything about the interview..

p/s: klo kita tolong org, Allah akan tolong kita balik

Sunday, July 10, 2011

readers yang hensem, cantik ! thanks a lot (:

Salam,

kabare readers yang same hensem macam akuu ? haha. i'm so happy peeps. korang sume dah doaaakn kejayaan aku dekat ib. after two years hidup dekat ib, plus caci maki yang aku luaahkan, plus sokongan korang untuk aku terus mencaci maki orang dalam belog nih, plus aku tiba-tiba insaf tanak caci maki and akhirnya ....

AKU SURVIVE IB SEBAB KORANG ! (alhamdulillaaaah)

okay, nih nak citer sikit nih, IB dapat 39 (: and shockingly theory of knowledge dapat A. aku rasa cikgu pun mesti terkejut gila babeng plus diorang mesti akan cuba report dekat IB sebab aku tak layaak. hahaha.

afterall, result nih sebenarnya agak miracle, rezeki yang allah bagi, and boleh ditarik bila-bila mase. tak pernah sebelum nih dapat 39, but this time allah tunjukkan kuasa (: Alhamdulillah.

so for me, it's a matter of working hard and struggle untuk ape-ape pun yang kte buat, whether dapat result cemerlang or tak, thats another thing.

and agaaaain, thanks reader yang hebat-hebat sebab aku dapat masuk Newcastle University of Australia (: finally kan. banyak kot hikmah-hikmah tak dapat IUMC, PMC and Otago. And aku rasa semua nih rancangan Allah supayaaa aku dapat practise interview dengan tiga university before pergi interview Newcastle.

again, thanks my friends. my life in kmb memang akan jadi kenangan, and kalau boleh nak cari penulis buku yang bolehhh buat cerpen ke, novel ke pasal aku. haha

Friday, June 24, 2011

Fariz need youuu

Salam.

nih memang gila. emosi sekejap dengan seseorang. akuuuu sedih sangat, sedih, sedih, sedih. padahal semalam baru jee doa, doa dan doa agar tak buat dia sakit hati ;(

nih sume sebab gila babeng punye geram, aku pii balas mesej yang tak tentu hala. aku rase sangat berdosaaa.

Wednesday, June 22, 2011

Re-branding belog. wajib bace

Salam,
pergi thailand guna matewang baht,
makan pulak ikan sepat,
reader blog nih hebat-hebat,
pemilik lagilaaah hensem dan semat.
cukup hebat aku puji diri sendiri, sorrylah sekarang mmg trend berpantun untuk bebudak ex-kmb cam aku.
btw, aku dah ubah dari
'Ini Cerita Dari Mulutku' 
jadi
'Fariz Dapat PMC, IUMC, New Castle, Otago & UNSW'
bukan ape pun, sebab name yang sejak zaman spm tuh dah lapuk, lagi satu tak bagi makne pun dekat aku.
siap pernah kene kutuk ada name tuh (cerita lama yang boleh jadi bahan gelak ketawa)
jadi : Luahan Dari Mulutku Yang Lancang Kepada Otakku Yang Tak Berape Nak Islamik

hebat budak tuh, sungguh berinovasi yee. haha ;p
lagipun, name baru sekarang nih at least kau bace jadilah jugak doa ye tak.
manelah tau, berkat doa kau, aku dapat semua unconditional offer daripada semua universiti tuh.
ehh, naye jugaklah aku nak memilih kang. (tp alhamdulillah lah tuh boleh pilih - eksited pulakk)

aku ingat lagi zaman aku rajin mengadap blog ni. sekarang aku selalu tinggalkan blog ni tanpa simpati dan kasih sayang. aku menatang facebook dengan minyak yang penuh.
aku baca status orang dekat facebook kata , dah bosan dengan facebook, so nak main twitter. ramai jugak yang cakap macam tu, so kau tak payah nak perasan la aku cakap pasal kau.
lepas main twitter boleh la main ntah apa pulak.

masa aku kecik-kecik dulu, aku tak main facebook pun. account myspace aku pun mak aku buatkan . terkejut aku tau-tau dah ada..
dia dah buat time dia beranakkan aku lagi sebenarnya.
betul, aku tengok dalam surat beranak aku dia sekali dengan account myspace..

*pengsan


Tuesday, June 21, 2011

New Castle Australia :)

Sukaaaaaaaaaaanya (Alhamdulillah) dah habis interview. Settle semua interview buat mase sekarang. Walaupun tak ada mase nak prepare sangat, tapi still konfiden tadi :)

Basically, interview nih ada dua benda, first part is MMI (Mini Medical Interview) and second part is PQA (IQ & Personality Test).

MMI tuh sebenarnya format baru, dia ada dua session. First session banyak tanya pasal medical thinggy. Antara soalan dia, why you want to be doctor, why do you know about medical profession, do you think it is a secured job, if you don't get medicine, which course would you apply, ... So basically they ask about medical thing :)

Second session plak, dia bagi task, ada situation and we have to make a decision with justification and steps that we take before decision is made. Yang part nih agak susah jugak, sebab sometime kita dah bagitau, tapi soalan seterusnya lebih kurang sama. Tapi insyaallah :)

Btw, both session takes about 8 minutes. The best thing is, kali nih interviewer banyak tanya soalan, tapi macam guided question, and setiap orang dapat soalan same. Haish. Interviewer tak berapa nak reti sangat tanya soalan yang bukan based on apa yang diorang dah prepare, so nampak sangat interviewer tuh macam kaku, eh komen interviewer pulak ; )

Wednesday, June 08, 2011

Otago result is ouuuuut (:

Outttt, out youu go!

Haha, today there were two things 'out'.

First : I went out for a A Picnic ; The Story Of Us at KLCC's park/garden with KMBians of Batch Kita. I jalan-jalan dalam ktm, panjat-panjat lrt stop dekat Ampark Park. Then aku menjerit sepuas hati cari teksi pergi Hosipital PUSRAWI ambil dompet yang dah setahun tertinggal dekat situ waktu buat hospital attachment masa muda-muda. Nasib baik not graduated from medical degree yet, kalau tak, habis tertinggal dompet dalam usus kecil (small instestine) sebab buat beli belah makanan yang siap dicerna oleh enzyme menjadi small, simple form molecules yang siap sedia diserap. Lepas dah ambil dompet, terusss melantak dekat klcc. And banyak gambar kenang-kenangan, walaupun there is nothing much that i got from the event. But i do learn a few things. (: Balik rumah dalam pukul 11 pm baru sampaiii.

Second : Otago result is ouuuuuuuuuuuuuut. And outt you go Fariz! Haha (: I didn't get the offe. I know Allah plan better for me. New Castle Australia nexxxxt. 20 June 2011 ;p But, i still got an offer this time, as a reserved list. Previously my name also in the reserve list for PMC, but they didn't give any letter, but this time, i received an email from the interviewer itself. And i'm so happy! Hahaa (padahal reserve je ponnn)

and below is the content of the letter.


                                                                                                                                                                                                                          7 June 2011.

Mr  Muhammad Fariz Bin Zaidi
c/o Selset New Zealand Centre Sdn Bhd
7 Jalan SS15/7,
47500 Subang Jaya
Selangor
MALAYSIA


Dear  Fariz

 INTERNATIONAL STUDENT SPECIAL PROGRAMME (ISSP)

I enjoyed meeting you at the Kolej recently and have since tried to imagine what it must be like returning to college after you have left and when the place is closed!  I valued the opportunity to learn something of your background, your interests, your dreams and your commitment to study medicine. Thank you for your interest in studying medicine at the University of Otago.  Your interview and essays show that you have prepared your application very carefully and thoughtfully.  Thank you for all that work.  

Choosing a small number of students from among so many capable, promising and friendly people was very difficult indeed, but there are only a limited number of places at the Medical School.   Although I can not offer you a place in the ISSP immediately, would you agree to accept a place on the list of reserves?  That means that should one of the students who have been given a conditional offer of a place not achieve the IB grade of 38, then you would be offered that place in Health Sciences First Year (2012) with the prospect of a guaranteed place in second year medicine in 2013 provided that you met the necessary academic and behavioural standards. 

If you are interested in becoming a reserve, please let me know as soon as possible and I will notify you immediately a “vacancy” arises. 

I hope you do well with your IB exams.

Kind regards.

Yours sincerely

(Dr Warwick Brunton)
Associate Dean (International)

Monday, June 06, 2011

pengalaman terbaik dekat kelantan ; D

memang masyyyuuuk betul. semalam tak tidur untuk save sleeping mode so that bila dalam kereta aku boleh tidur memanjang. pukul 4.30 am dah bertolak pergi segamat hantar adik aku pergi uitm before balik kota bharu. dah lah dari shah alam, memang buat u-turn satu malaysia betullah. by 8.00 am dah sampai uitm segamat, settle hantar adik aku, terus gerak ke kelantan. then jumpa satu warung, berhenti makan pagi.

nampak je warung tepi jalan, tapi makanan yang dia ada punyelah banyak, nasil lemak, mi kuah, mee hoon, soto and macam-macam lagi. dah lah sedap, murah pulak tuh. bayangkan, makan dua nasi lemak plus dua mi kuah dengan tiga cawan air berbagai perasa cuma rm13.60. tak boleh blaaaaaah. bila fikir-fikir balik, untuk celah mana lah mak cik and pak cik nih dapat. haish.

sepaanjang perjalanan memang aku membabi buta tidur je dalam kereta. sampai tempat makan baru bangun. last-last sampai lah jugak kampung yang betul-betul tengah bandar dalam pukul 7.45 pm. akhirnyaaaa :) meriah habis dalam rumah, macam nak sambut raya aidilfitri je esoknya.

okayyy, done with journey to kelantan. aku nak citer pengalaman paling syioook. naik kereta 'big foot' as what ppl here so call. actaully naik kete four will drive yang masuk dalam hutan tuh, punyaaalah tinggi, nak naik pon takde tangge. terbaiknyaaa punya.

kitorang pergi pantai cahaya bulan malam tuh, naik big foot. pergh, memang kiri kanan orang dok pandang, kitorang lalu jeee, terus kepala pusing dekat big foot. mane taknyeee, takde orang bawak kereta nih masuk bandarr.

actually aku ikut makcik bongsu yang baya lebih kurang dengan member dia yang dah kahwin. makan-makan kepok lekor dekat depan pantai. punyelahh ramai manusia dari kolumpur (kl) balik kelantan enjoy enjoy makan malam tuh. then tiba-tiba ada lagi member mak cik aku datang. pasangan kapel yang tengah bergaduhhh, nak tergelakk je tengok. gaduh-gaduh siap dating lagi. haish.

after makanmakan pergi la pulak pasir pekan, lalu track tempat big foot, pergh, punya laaah sakit tulang belulang sebab kereta dok terhenjut henjut. tempat tuh dah laaah gelap, tiba-tiba nampak banyak kereta, tapi ada satu area je berlampu. ade pulak bunyi dikir barat. memang ramailah orang kampung dok melayan, dikir barat pulak memang yang reaaaal punye, takde dah macam dekat kmb tuh. siap dengan tangan diorang gerak canteek punyeee. plus die nyanyi spontan. lame jugak dok tengok dikir barat, sampai ngantuk plak rasenyeee. the best thing dekat situ is the scenary. tempat tuh betul-betul seberang sungai opposite to grand riverview hotel. memang lawalahh, lampu dari hotel tuh kena pantul dek air sungaiii. cun betul, macam dekat kuching plak.

lepas tuh ronda-ronda dekat kota bharu sementara tunggu kakak aku yang sepatutnya sampai pukul 12.00 malam. so pergilah wakaf che yeh, lalu je since ramai gila manusia. first time pon aku masuk situ. memang kerete plate wilayah banyak gilerlahh, aku ingat kalau jual handsock konfem lakuu punye. haha.

then pergi makan, order-order, tunggu dalam 30 minit makanan tak sampai-sampai, minuman je ade. then aku tanye waiter, die kate kitorang tak order makanan. lepas tuh member makcik aku cakap dengan nada memain, 'panassss lahh, tunggu lamerlamer makanan tak sampai'. then waiter tuh siap jawab balik, memang dasar manusia tak gunaaa betul. dah kerja waiter tuh, buat cara waiter, dah lah salah diorang. then bila member makcik aku naik kereta, tinggal aku dengan makcik aku jer, tiba-tiba ada lagi suara sumbang lelaki cakap 'ingak dio jo hok panah, kito dio dok pikir'. memang dahsyat, first time waiter perangai cam taikk. kalaulah bapak aku ada waktu tuh, memang kena tengking habisslah..

erm, tuh je laaah pengalaman menarik. btw, kakak aku sampai pukul 2.00 pagi. gila punya bas plusliner. tapi kte patut ucap tahniah dekat driver bas, sebab memandu dengan penuh hemat  :)

Saturday, June 04, 2011

Interview Otago

salam :)

mengarutnya aku tulis blog selama nih. nampak langsung tak matang, tapi memang pun ; p. tak mengutuk, mencaci, tak mencaci, menonggeng. haish -.-'. takpe, now topik serius sikit, maklumlah, tak ada placement lagi, mesti kena serius.

lepas habis exam besar international bacalaureatte yang dibangga-banggakan tuh, penaja hantar aku pergi birotatanegara. and lepas habis benda alah nih, kena interview otago university. macam-macam benda nak kena buat, tapi tak ada masa nak prepare.

so after btn, aku pun stay secara haram dekat kmb. nasib baik ada member-member lain. nih kerja haram kedua aku buat lepas keluar secara haram setiap minggu untuk balik rumah. ;) and ada lagi kerja haram lain, tapi berdosa tulis dekat sini. hehe.

so pagi hari sabtu, pukul 8.45 am pagi dah tunggu dekat concourse. nampak saudara Fakar bersama ibunya. siap offer nak makan apa lagi, baik betul. pukul 9.00 am masuk bilik mesyuarat. beberapa minit lepas tuh agent dari Selset, Mr Michael dengan Interviewew Dr Warwick pun masuk. Adalah sikit briefing dari Dr Warwick pasal New Zealand.

Banyak juga yang interviewer tuh dok explain, tapi ada yang aku dok angguk kepala je. tanye orang sebelah, die pun tak faham sangat. actually aku duduk jauh sikit dari interviewer tuh, sebab tuh tak berapa nak dengar celoteh dia.

then, pukul 10.50 Dr Warwick suruh candidate seramai sepuluh orang buat essay pasal "What is a Good Health Profession'. Paling best dalam masa sepuluh minit je. Memang terbaik, dengan kepala otak aku kosong waktu tuh, plus english confirm rasa macam tunggang langgang, tapi alhamdulillah dapatlah buat satu kertas A4.

then lepas buat essay, seorang demi seorang pergi interview sementara yang lain tunggu dekat bilik mesyuarat. And aku orang yang ketiga. memang the first person yang pergi interview itu (name not to be mentioned here) balik bilik mesyuarat dengan muka sangat tension. dia tiba-tiba bagitau kitorang soalan yang dia kena tanya masa interview. at the same time agent tuh dok pelik tengok gelagat member sorang nih, actually waktu tuh agent tengah dok bercerita dengan candidates yang lain.

so tibalah giliran aku pulak. masuk je bilik interview, aku bagi curriculum vitae yang aku dah prepare. Dr Warwick sangatlah suka sebab aku prepare something before interview. Then, dia minta kebenaran daripada aku untuk baca essay yang aku buat tadi. At the same time dia ada garis-garis sikit and aku pun cuak je, garis grammatical error or isi aku?

then dia pun start asking question mana aku tinggal before dia continue tanya based on essay aku. Since aku banyak cakap pasal a good communicators dalam essay, dia pun ada bagi dua situation and macam mana cara untuk aku overcome masalah tuh.

(basically what you need to know is how to handle a real life situation based on ethics semua tuh - not all being ask with this kind of question)

next, dia tanya aku nak specialize dalam ape, lepas tuh dia tanya why we should choose you, what you do in your spare time, boleh ke belajar fizik balik, and macam mana kalau waktu sembahyang jumaat ada kelas. so ini jelah soalan yang dia tanya.tapi, mine was like lama jugak, orang lain dok pelik awat laaa lame sangat dalam bilik interview.

and kat bawak nih adalah soalan-soalan yang aku dapat kumpul daripada senior ;)


Salam fariz,

Interview x susah. Slalunye Dr. Warwick Brunton yg akan interview. He is very fatherly. Inteview die agak lame gak ar. Dlm 8 to 10 questions and around 15-20 minutes or more. x sure plak. Soalan die based on my experience mase tanye beberape seniors dlu, mmg sjibik.. x ubah pon. Like mine:

1) what health means to u? (one and only unexpected question)
2) what if ur class clash with friday prayers? (pape pon utk questions ni, kene ckp yg kau xkan ponteng kelas, mcm2 reasons org bagi, ade yg kate belajar is a part of our duty, ade yg ckp pasal 3 kali solat jumaat tu, kalau miss xpe. so nti alternate. ade yg ckp mintak change wktu class streaming)
3) what if u hv to work in pairs involving physical contact with other opposite sex student? how to treat opposite sex patient who refused to be treated? etc... 
4) describe urself briefly/shortly/in 5 words/in 3 words/etc
5) How do u usually overcome stress?
6) What challenges u might expect when u are in nz?
7) How do u see yourself in next 5 or 10 years?
8) what specialties u wud be interested to do and why?
9) soalan2 klise lain: why medicine? why otago and stuff..
10) ethics.. em cam yg atas2 ni lah. kebanyakannya ethics psal being a student je. medical student to be specified. pasal real docotr life ni x sgt kot. tp prepare je lah. 

so far, yg ni je ak dpt ingat. If there summore, I'l email to u later.

essay. ade 3 prior tu inteview. ni boleh goreng kot. especially on ethics. give ur own views. 
before interview nti die akan suruh buat short essay gak. around 15/20 minutes. Last time I had to do an essay bout the advantages studying in overseas. Topic die general. So shudn't be worry to much.

People kt NZ very friendly. depend la. so far ok jer. xde masalah. lifestyle teenagers diorg kt sini weekdays study weekend drunk. Kt sini ramai gak Malaysians. ade postgrade, senior2 kmb yg amek medic, from intec and other places byk pharmacy, dentist. medic pon ade. So to adapt with life kt sini x susah since ade byk senior yg akan membantu. Before proceed to medicine, kene buat health sc dlu. Since my batch la die buat feb intake. no more july. sbenarnye in terms of time mgkn rugi sket, other uni uk ireland etc sume dh start medicine and we have to have to wait till feb to come and then doing health sc dlu which more or less lebih kurang ib. But maybe there some good point that we might not even know melainkan Allah. walllahualam. insyaAllah.. =)

Salam,
Saiful 



w'salam

you are more than welcome to ask questions.. =)
ni km batch 09/11 ke?
nanti aku tulis info yang probably membantu kat bawah

Otago University
sedikit pasal otago university, uni ni adalah 1 dari 2 med school kat NZ ni. therefore, teaching dia mmg bagus dan dia akan memang jaga standard, so, tak perlulah risau. duduk pun dekat campus dan lifestyle very easy compared to students at other uni in NZ

yang special skit kat sini, program akan dibahagi kepada 2. theory and clinical years. theory 3 tahun akan dibuat di otago university dan clinical years korang ada peluang untuk pindah. so, basically dapat rasa 2 environment yang berbeza which is really interesting.

akan ada health science pada tahun pertama. ini campur dengan student science lain eg. pharm, dent, physio etc.. so, akan dapat byk kawan time tu. second year baru asingkan dengan med student saja.

Interview
1) prepare - do a bit research about new zealand. why do you want to come here.? what's your quality that would make us choose you to study in our uni?

sometimes they ask you about islam and solat jumaat, sentuh patient wanita, solat jika ada kelas etc.

2) essay - buat essay bagus2 dan minta tolong cikgu/ member power BI cek kalau eng tak berapa baik. tapi kalau eng gempak, its cool then!

3) advice - interviewer usually very kind and helpful. they just want to know about yourself and what you want to be. thats it. otago uni nye representative interviewer baik..

tanya dia pasal NZ and chillax je..

tu je kot buat masa ni.. kalau ada nak tanya papa lagi feel free to drop me a mesej or 2.. i would be happy to help..

btw, berapa ramai yang apply university ni?

faizul amer