Thursday, April 30, 2009

Journey to Kota Bharu~

O.k

Aku baru jer ingat nak bwat post bengang kat sini,
tp bru je td mak ak cakap pukul 4.00a.m
smue angkatan ZAIDI balek kampung~

WAaa.aaa
Aku nak check upu,
ak x ske jd org terakhir check upu..

mcam mne nih?
ap ak leh buat..
ak x rase btolak kul 4.00a.m esok,
ak rase mesti pukul 6.00am bru btolak,
pastu bila plak nak sampai??

pkul 2 ptg?
lmbt tuh..
upu kul 12.00 tgh hari.

Skali lg ak bengang..
tp dah takdir,
or mungkin takdir..
esok ak balek jgak kelantan~

sape2 bdak klantan..
x nak jumpe ak ker??
kat kb mall ke??

jomla,
Deeya ??
*hehe ngade nih.

seriously,
kg ak dekat jer dgn KB Mall.
nme je kg, tp tengah-tengah bandar..

tp best..
ceeh, masuk story kg plak,

xpe..
nnt ak amek byk2 gamba eyh~

ak sbenarnye nk pegi jumpe nenek ak,
die skit..
dlu die x sdar..
tp da sehat skit..
after buat dialysis,
tp nenek ak marah gle kat anak die yg suruh doktor buat dialysis.
haha~
xpe, tuk kebaikan jgak yer..

so korunk,
spe2 yg leh tlg ak checkkan??
please msg me k~

Okey, citer betul pasal Uitm~

Haha,

semua orang frust ble dpt tahu yg diorang x dpt uitm.

lagi-lagi yang memang pilih uitm as first & second choice macam aku.

sape x frust huh??

kalo uitm pun x nak trime aku,

x kan yg third choice lak nak trime ak??

dah ah third choice uia,

konpem2 die amek bdak2 yg mmg apply first & secong utk uia.

tuhlah yg ayah ak btau..

lepas tuh,

kalau ak 10 pun x dpt,

dia nak result mcm mne??

x kan nak jd macam nik tuh..??

gilo apo.

dia sorg je ar yg masuk u mcm tuh.

nak jimat duet??

ade lak kwn2 frust jgak,

siap kte nak cuti dr blogging *deeya, hehe

tp, smue org cbe buat andaian..

mayb x update,

even ak call member anak lecturer pon x dpt,

n cousin ak anak lecturer x dpt gak..

rpe2nye,

nih result untuk bdak yg apply mse expo uitm aritu~

ak dpt msg forward dr cousin ak, ayh die lecturer

siot btol.

tertipu,

*agaga*

xde la siot, bgus la tuh,

kang x dpt sedih lg.. hehe

bikin kaget jek**

Wednesday, April 29, 2009

FRUSTTTTT [ ak x dapat uitm!! ]

tadi aku tengok post kawan aku

Amalina

Permohonan die untuk Uitm berjaya.

Aku pun try jugak,
yakin jer dapat.

bukak la
http://istudent.uitm.edu.my/intake
tgk2

No KP Anda : 91012810****

Harap Maaf,
Permohonan anda ke Universiti Teknologi MARA adalah tidak berjaya.





Calon-calon yang gagal mendapat tawaran di UiTM boleh mengemukakan rayuan secara online.

Klik disini untuk membuat eRayuan


Sunday, April 26, 2009

3A1 Day Out~

"Reunion 3A1 beb!"


asalnya idea si zeckie, tapi aku dengan bangganya lantik diri sendiri jadi
ketua program
.

sorry, gila kuasa pulak.

mula-mula ramai pulak nak join,
last-last sembilan saja yang join.
kiranya separuh dari budak kelas
3A1-MRSM Terendak

tapi not so bad,
dapat jumpa balik after two years.
memang happy.

first-first sampai luqman,
bertolak dari ktm labu lagi,
sampai pukul 9.00am dekat Mid.
gila babeng awal,
nih maksudnya semangat.

haha


then aku pulak sampai


mesej budak-budak lain,
lambat gila.

tunggu punya tunggu,
budak-budak ini sampai.

Zuhairah and Syahrin


Safwan


Sarah


Atikah


Azureen


Aryff

budak nih msg aku pukul 10.40 am,
cakap 10 minit lg sampai,
last-last pukul 12.03 pm baru sampai~

mula-mula kami borak-borak,
duduk dekat food court,
sambil-sambil tunggu yang lainlah.

lepas itu
pergi beli tiket wayang.

aku, safwan & luqman
pergi beli tiket
nak tengok cerita "coming soon"
brader penjual tiket itu,
tak habis-habis tanya kami ada tak identiti yang tunjukkan yang we all 18 y.o
mati-mati dia cakap nanti ada pemeriksaanlah.
last-last tak ada pulak!
rasa macam nak saman je ~

talking about that movie,
memang seramlah sebab cerita hantu thai.
hantu dia mana-mana je nak muncul.
selamba badak dia je.
tapi ending dia macam tersangkut.

before tengok movie,
kami main bowling dulu.
aku strikes la jugak ey,
walaupun baru kali ketiga main.


yang tak tahan,
Aryff dengan gaya tersendiri,
bila dapat strikes..
pegang hidung, haha~

kali nih safwan la paling hebat
&
azureen sebaliknya * agagaga (;

after tengok movie,
sembahyang-sembahyang
dan
makan-makan.


lama jugak waktu nih,
borak-borak.
semua tunjuk taring masing-masing.
i mean perangai dulu ar,
memang rindu gila dengan telatah lama.

from left : zuhairah, azureen, fariz & aryff

from left : fariz, aryff, luqman & safwan


from left : sarah, syarin, atikah, zuhairah & azureen



ini last picture before semua orang berpisah~

Saturday, April 25, 2009

Selangor ke Kelantan nih ?

TERUK betul

SELANGOR LWN KELANTAN

"Selangor menang ?? **** off!!"

Aku tahu aku orang Selangor,

tapi darah KELANTAN masih segar bugar dalam diri.

btw, o.k ar tuh Kelantan masuk Final

Kualiti aku sebagai menantu

Fariz just took the KUALITI ANDA SEBAGAI MENANTU quiz and got the result: Perasan Bagus, Suka Bodek & Berlagak!!!..

Perasan Bagus, Suka Bodek & Berlagak!!!:

Anda sentiasa memastikan kebajikan mertua anda terjaga.
Anda akan pastikan bekalan makanan mencukupi untuk setiap bulan.
Anda kerap menziarahi mereka dan menyediakan wang belanja untuk mereka setiap bulan.
Anda akan membawa mereka melancong di tempat2 yang ada class sesuai dengan status anda sebagai pegawai besar di syarikat/ pejabat anda.

Hakikatnya, anda buat semua tu untuk menjadi 'Menantu Popular Abad Ini'.
Anda mahu nampak lebih hebat dan glamour di kalangan ipar duai dan saudara mara anda.
Ya, anda akan menang bergaya sekiranya dibuat undian sms.

'Biar pape asal bergaye', adalah motto hidup anda.
Anda akan berhenti berbakti dengan mertua anda sekiranya mertua anda terlupa/ berhenti mempromosikan kebaikan anda atau orang sekeliling tak sedar/ peduli tentang bakti anda tersebut.

Anda memang sesuai menjadi ahli politik satu parti yang sedang banyak kekosongan ahli sekarang ini. Pergilah mendaftar!!!

Tak dapat menerima kenyataan? Tepat sekali!
Anda memang PERASAN BAGUS & BERLAGAK. Tu sebab anda pilih jawapan-jawapan yang suka bodek.

Words from f a r i z :

betul ke nih ? haha.

Friends, is it forever ?

kami : budak drama



Inilah geng pertama dekat tgb.

Mula-mula sebelum terpilih masuk team ini,

aku jadi "papa".

Lepas itu jadi "tukang cuci".

Akhirnya aku jadi sebahagian daripada
DRAMA TEAM



Masa pemilihan karakter diorang bagi aku doktor,

sebab diorang kata muka aku macam doktor.


Lepas itu orang kata muka aku sama pula macam si NENEK,

sekarang dikenali sebagai fithot





kami : budak kulintangan

Equatorial Hotel



Friday, April 24, 2009

Bulan Perpisahan

bulan MEI yang bakal tiba

merupakan bulan PERPISAHAN

semua orang menuju ke destinasi masing-masing

semua orang buat hal masing-masing


ini bukan apa yang aku inginkan :

kawan lama

tinggal kenangan

kawan lama

akan dikenang

kawan lama

semakin hilang dalam ingatan

*tapi inilah yang aku lihat daripada pengalaman terdahulu

*pengalaman kakak-kakakku


Thursday, April 23, 2009

METROJAYA SALES!~

-Cerita Semalam-

"Mi, Ayoh.. hari ini sampai 26 April ada Metrojaya sales sampai 70%!." Aku bagitahu parent aku.

"Beli bila perlu je." Balas mak aku.


Aku teruskan aktiviti aku.

Aku rilek je!!

-Cerita Hari Ini-

Pukul : 5.48 p.m

Ayah aku call.

"Fariz, nak gi Metrojaya sales tak, ayoh balik terus ambil Fariz."

Aku pun mestilah jawab nak! Terus siap-siap.

Sebelum ayah aku sampai, aku siap remind adik aku yg umur 5 tahun.

[Jangan beli toys!!!!]

Aku siap bagi free cubitan "contoh" kalau dia beli juga. Haha, dia angguk.

Ayah aku sampai, bunyi hon terus gerak~~

Sampai sana dalam pukul 6.20p.m. Gila ramai orang, nak cari barang punya susah.

Bergesel kiri kanan, kata orang macam tersentuh kulit BABI. Itu tak apa lagi, kalau duduk sebelah In**a, bapak busuk gila.

Aku jalan-jalan, mula ingat dah tak nak beli, sebab nampak semua tak interesting, Aqilah cakap ada TL, Body Glove, WC semua, tapi aku tak jumpa pun bila round-mary-go-round.

Last-last aku dengar "HAPPY HOURS", aku terus gerak dekat tempat yang sales 80%, Body Glove nih.. usha-usha, semua tak lawa. Adalah satu rm13.00. Murah siot, ambil la satu.

Lepas pandang belakang, aku tengok TL, dush. Cepat-cepat aku tukar tempat. Eh, nih lagi lawa, murah gila pula. Aku nampak o.k, amik. Sampai lima sekali.

Pergi pula cari ayah aku, tunjuk satu-satu dekat dia. Semua dia kata lawa, dia cakap ambil je lah. Haha, punyalah terkejut aku. Tak pernah beli terus banyak-banyak. Entah muat ke tidak pun aku tak pasti. Main ambil saja saiz M. Huhu, promoting saiz badan ini. Nanti kalau nak bagi hadiah birthday sesuai sangat lah.

Ada banyak lagi jenama lain, semua yang famous-famous. Kira o.klah. Cuma tak semua yang 70% off. Ada yang 50%, so aku macam tak berminat pula.

Wednesday, April 22, 2009

Penat Berdiri 3 Jam

Aku dah tak larat nak menaip.
Tadi baru habis kelas teori n praktikal.

waktu nih aku dah duduk dah,
tuh yang sempat snap picture diorang


ramai-ramai nih macam ada orang
mati je~ (;

Tuesday, April 21, 2009

Serlahkan kegilaanku

3 perkara yang anda rasa gila
- orang fanatik artis.. serius aku tafaham.. minat2 sude..
- orang yang bijak.. serius, tidur,tidur,tidur.. exam gempak!!
- lipas, lipas dan lipas. memang gila dengan kewujudan lipas

3 perkara yang boleh buat anda gila
- masok hospital gila
- makan ubat utk menjadi gila
- duduk tengah panas semata-mata berkawad!!
- lipas.. gila kalau dia terbang dekat aku!~

3 perkara gila anda pernah lakukan
- nak bunuh diri.. kecik-kecik dulu *kononnye merajuk
- bawak beg berat pergi kembara terbilang *sakit gila bahu aku, tuhan saja yang tahu..
- atas pentas buat line dancing!~

3 perkara gila anda teringin lakukan
- jadik ahli politik
- jadi doktor.. gila jugak nih!
- makan mangga yang masam gila-gila

3 perkara gila anda tidak akan lakukan
- menjadi orang gila
- terjun gaung atau tebing.. bangunan kire ok lagi XD
- derhaka pada mak.. gila2.. tak cium syurga nnt

3 perkara gila yang mencuit hati bagi anda
- tengok nenek orang menyanyi dan menari atas stage
- peserta fear factor.. gila tol nak try makan sume bende tp bangang la gak derang nie kan
- tengok orang jalan-jalan tak sedar seluar koyak! haha

3 orang gila yang anda ingin tag
- khas kepada moon, zeckie, ninie, aqilah, amalina [korang x gila sgt]
- kepada follower2 skalian
- dan seluruh rakyat malaysia

Monday, April 20, 2009

Cepattttttt [tengking nih]

Pukul 12.02 tgh hari, aku terjaga dan terus ambil telefon bimbit, 15 new messages. Lalu kulihat di paparan skrin, jam menunjukkan pukul 12.02pm. Aku terus bergegas keluar dari bilik dan masuk ke bilik sebelah.

"Faiz, apasal kau tak siap lagi, nanti Pak Cik Nawi datang!!!" Aku jerit di hadapan pintu bilik adikku berumur sembilan tahun yang sibuk bermain dengan PS2.

"Faiz, cepat mandi!!!!!!!" Aku jerit lagi sebab dia tidak memberi sebarang reaksi.


Aku bergegas untuk ke bilik ayahku kerana aku tahu aku masih belum menggosok baju sekolah adikku itu. Dalam perjalanan aku berhenti. Adikku Farhan yang berumur 14 tahun masih sibuk dengan komputer.

"Woi apasal kau ini pentingkah diri sendiri, asal kau tak kejut aku, dah pukul 12.04pm. Faiz nak pergi sekolah, nanti van datang macam mana ?" Tengking lagi.


Dia tergamam sementara dan meneruskan aktivitinya.

Aku meneruskan langkahku dah mengambil seluar sekolah adikku. Kemudian adikku masuk ke bilik dan mencari-cari baju sekolahnya. Lalu kuterus menyuruhnya mandi terlebih dahulu. Sebelum dia melangkahkan kaki ke dalam bilik air, dia cuba untuk menerangkan sesuatu, namun aku tidak mampu melayan dan terus menyuruhnya mandi sesegara yang mungkin dalam nada yang geram.

"Abe tak faham, abe tak faham." Ungkapan yang cuba diberitahu kepadaku.


Namun aku membiarkannya sahaja kerana sebenarnya fikiranku yang sedang bercelaru. Aku terus menggosok, sambil itu aku menyuruh Farhan untuk tolong bukakan pintu rumah dan pagar kerana aku risau Faiz akan ketinggalan van.

"Fariz, kunci dekat mana ?" Dia memekik dari bawah.

"Manalah aku tau, kau carilah!" Aku balas.

Selesai sahaja aku terus turun bawah dan siapkan air sarsi untuk dijadikan bekal. Faiz turun ke bawah dan cepat-cepat ke pintu rumah. Dia meminta duit dariku, lalu kuterus lari ke atas dan mengambil duit RM2 di dalam bilikku.

Kemudian aku turun dan letakkan duit itu di sebelahnya. Aku berasa lega sekali dan duduk di atas kerusi.

Kemudian, adikku datang ke arahku dan menyuruhku untuk membetulkan ikatan kasutnya yang baru saja dibeli. Sebaik sahaja selesai, van buruk lalu dihadapan rumahku dan membunyikan hon.

Tiba-tiba adikku merungut sekali lagi.

"~!#!@$@^%&$$%&^$% makan ubat." Dia merungut.


Aku tak faham apa yang cuba diberitahu. Aku mengarahkannya untuk pergi ke van secepat yang mungkin.

"#^$*(%%#%^# abe tak faham." Dia cuba memberitahahu aku sekali lagi.


Aku cuba untuk memahami dan aku dapati bahawa adikku ingin memakan ubat terlebih dahulu.

"Pak Cik Nawi, Faiz nak makan ubat kejap." Aku cuba memberitahu pak cik van.

"!#!$@ apa ?" Dia balas.


Aku ulang kembali, dalam hati aku rasa pak cik ini agak tak betul.

Aku terus mengekori adikku ke dapur untuk mengambil ubat dan aku medesaknya agar lebih cepat. Dia tercari-cari ubat di dalam peti dan aku kurang faham, adakah dia mempunyai ubat ataupun saja mereka cerita kerana tidak mahu ke sekolah.

"A'iz cari ubat apa, ke tak nak pergi sekolah ?" Aku tanya lagi.

"Ubat demamlah, abe tak faham!!!" Dia cuba memberitahu.

Aku terus mengambil alih tempatnya dan mencari ubat yang berwarna merah jambu. Lalu kucapai sudu nak menuangkan ubat ke atasnya dan aku sumbat ke dalam mulut adikku itu. Dia tercari-cari air di dalam peti.

Aku mengambilkan cawan untuknya dan menuangkan air. Selesai sahaja, kami bergegas ke hadapan.

Kulihat, van kelabu buruk sudah tiada di hadapan rumah. Aku tercari-cari dan aku nampak sebuah objek yang sangat buruk. Betul, itulah van buruk yang sedang meletakkan kenderaannya di sebelah rumah.

Aku tidak pasti apa yang dilakukan oleh Pak Cik Nawi, tetapi dalam hati aku mengesyaki bahawa dia sedang mengambil buah mangga di sebelah rumah.

Aku cukup geram bila memikirkan tentang perkara ini. Di rumahku juga terdapat pokok mangga yang baru berbuah. Sebelum ini, sampai sahaja di hadapan rumah untuk mengambil adikku, dia meminta mangga. Hampir setiap kali dia singgah di depan rumahku. Katanya, dia sudah meminta kebenaran dari ayahku.

Bukannya aku ini kedekut orangnya, tapi itu buah kegemaranku.



Sunday, April 19, 2009

Sekolahku, tempatku

1) Which school did you go to?
Tadika Sayangku
| 1996-1997|

SK TTDI Jaya
| 1998-2003|

SMK TTDI Jaya
| 2004 [satu sem]|

MRSM Terendak
|2004-2006|

MRSM Tun Ghafar Baba
|2007-2008|

2) What classes were you in?
SKTTDIJaya | 5 Baiduri & 6 Baiduri, yang lain lupa|

MRSMTDK |1A1|2A1|3A1|

MRSMTGB |411|511|

3) What was/were your favourite lesson(s)?
Primary |maths & science|

Secondary |Math Mod|Add Math|yg lain ok jer.|

4) If you could remember, what time was your recess?
|masa kelas tasawwur *boleh tidur, haha|kelas BM pun kadang² tidur|EST = Extra Sleeping Time| of course setiap petang & setiap kali waktu prep!!|

5) List down your favourite food/snacks.
|kalau dekat TDK=ikan keli masak lemak cili api|TGB = ayam black papper|


STYLE


1) Did you have a nickname way back in high school?
|yokies|telur *baja ar nih!|

2) How did you wear your socks?
pakai guna tangan, bukan guna mulut

3) Have you been suspended due to the way you put on your uniform?
|waktu sekolah rendah, lupa bawa tie, kena tarik muscle dekat bahu *sakit cikgu!!!|sekolah menengah aku memang selalu *encem|

4) Were you given plenty of reminders about your appearance?
takder plak, aku sentiasa smart!~

5) Who did you look up to when you were in high school?
erm, aku x pandang atas, aku pandang bawah jer.. semua orang rendah! haha

PUNISHMENT

1) Name one memorable scene where you were punished in front of the whole class.
|okeh, aku sayang betul cekgu Amin, masa f4 kena berdiri luar kelas sebab x siap karangan!! weyh, aku busy arr.. x paham ke?? ak BWP.. haha *alasan.|mase primary school, aku kantoi tiru mase quiz subjek english!!, terus kena berdiri dekat luar pakai board, "saya meniru".!! *malu siot.|

2) How many times did you skip class? What were you doing?
x terkira untuk kelas tasawwur, aku ngantuk gle, nseb baik dpt A1. Alhamdulillah, ustaz x marah pun escape, utk adek2 f5, korang pun boleh escape jugak! haha..

3) Give one scene where you escaped from being caught/punished.
aku rase memang slalu kantoi, xdenye terlepas..

4) Did you vandalize any school property?
pernah mse f1, ktorg duduk bangunan sementara, macam duduk rumah setinggan, after siap je kelas baru, terus kick kayu² dinding sampai pecah.. bukan aku sorang je buat eyh, ramai lg..
safwan kaw buat skali x ?? haha *sori.

6) Did you ever make any teacher cry?
cry ?? macam x plak, cekgu buat aku menangis ade lah.. ustazah elyana kasik aku 4 markah je utk course work!!! x patut, bru first time x hantar keje..!! *kejam gle..

7) Who were your favourite teachers?
MRSMTDK |ckg aziz|us wahab|us azhar *tp aku risau kelas arab, slalu fail|

MRSMTGB |ckg suhaily|ckg suriana|ckg noreen|ust elyana *tersenarai|ckg ju|ckg ahmad|ckg zie|cik aemy|semualah|

8) Who was the funniest/weirdest/loudest teacher?
Funniest |ak x thu la..

Weirdest | en amirullah * waaa.. maafkan saya.

SOCIAL CIRCLE

1) Were you popular back then?
MRSMTGB|aku BWP, femes ke ?? second highest vote tuh!! *sorry korg kalu x ske aku...|

2) Were you in a big group of boys/girls or small ones?
small je

3) Who were your best friends?
sume kwn2 aku..

4) Did you and your friends have nicknames
telur

5) What were you favourite memories of you and your friends?
ble mengata orang!~

CO-CURRICULAR ACTIVITIES

1) What type of CCA were you in?
mcm nak buat resume jer, byk doh.

SKTTDIJaya |ketua darjah|pps|pms|long distance|4x200| *dlu aku kuat lari ek!!~

MRSMTDK |pres. h/r|ldp|koopers|sidrek|olimpiad math|choral speakin'|tunas saintis|silat|kuiz math & science melaka|

MRSMTGB |bwp|pres brass band|drama team|

2) What did you have to bring to your CCA?
bawak diri

3) What did your CCA required you to do?
jalankan kerja

4) Got injured?
x, tapi buat penat badan.

CLOSING CEREMONY

1) How did high school changed you?
makin le, aku mkin berani *bolehlah, korang tau ape..

2) Sing one verse of your school song.
"wahai putera puteri bangsaku", sedapnye..

3) What was your favourite question?
weh, ble kelas nak habis ??

4) Who/what will you remember from your high school?
Memori byk..

5) Any memories you will not forget.
nanti aku cite...

Lepas nie tak merasa dah semua.. memori memori :(

Saturday, April 18, 2009

As-Sakeenah

Aku tak tahu nak beri tajuk apa.
Aku pun tak tahu apa maksud sebenar Sakeenah.

Ada siapa tahu ?

7.20p.m

Aku bergegas ke surau,
sempat imam pertama.

Masa doa, aku tengok ada jemaah baru,
aku terkaku,
bila tengok ada budak kecil dan sangat comel.

Waktu itu tengah duduk antara dua sujud [jemaah baru],
dan budak itu terus masuk [dah power dah].

Aku fikir² dan renung²,
seingat aku,
umur f3 baru aku reti main masuk² ini.

Tapi tengokkan budak kecil yang putih dan comel itu,
yang memang dah pakar,
aku rasa teruja.

Aku tak sehebat dia,
aku baru tahu tentang ilmu agama sejak masuk sekolah asrama.

Dulu,
aku buta jawi,
bila dalam kelas suruh hafal surah al-asr,
aku terdiam.

Bila ada kelas agama islam,
aku tak datang kelas,
aku ponteng,
alasan itu dan ini masa sekolah rendah.

Mungkin sebab waktu itu,
agama islam tidak ada dalam UPSR.

Tapi,
aku sangat bersyukur sebab masa form 1,
aku mula belajar dan mahir.


Aku dapat SPC MARA [doa]

No Kad Pengenalan 91012810****
Nama Penuh MUHAMMAD FARIZ BIN ZAIDI
Kursus PERUBATAN UNITED KINGDOM
Status BERJAYA
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara / saudari telah berjaya dipilih dan ditawarkan Biasiswa Persekutuan di bawah Program Ijazah Luar Negara 2009.

Surat tawaran rasmi akan dihantar kepada saudara / saudari melaui pos.

Sekiranya saudara / saudari menerima tawaran ini, sila sahkan melalui pautan di bawah sebelum 21 April 2009.

Sebarang rayuan bagi pertukaran Pusat Persediaan, Bidang Pengajian dan Negara Pengajian tidak akan dipertimbangkan.

Terima kasih.

Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Wah, aku bermimpi je sekarang nih, tengok kawan-kawan dapat tajaan. Aku amik je table nih dari zeckie, haha. Biarlah aku puaskan diri aku. Korang doa-doakanlah yer.

ok.

Aku nak ucap Tahniah & Congratulation to Ayap & Zeckie sebab dapat JPA.
Kamu Hebat

Friday, April 17, 2009

Hidayah datang balik, tolong jangan pergi.

Alhamdulillah,
Hari ini terdetik di benak hati seorang insan yang hina lagi
sewel untuk terus pergi ke surau
bagi menunaikan solat fardhu MAGHRIB secara berjemaah.
Dah lama tak pergi surau,
akhirnya aku kembali,
hopefully sentiasa dekat di hati.
Masuk saja surau,
nampak banyak yang berubah.
Adakah ini bermaksud aku sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sana?
Mungkin betul.
Sejak bila aku tidak ke surau?
Sejak habis PLKN, tapi surau tempat lain pernah pergi la dan
sembahyang jumaat mestilah pergi.
Aku rasa hairan dan pelik.
Remaja macam aku tak pernah ada dekat surau,
dan aku sangat bersyukur,
sebab menjadi budak asrama.
Aku percaya,
pakcik-pakcik yang dari dulu sampai sekarang,
yang sentiasa kekal di surau,
mesti budak asrama dulu.
Mereka bukan saja mewah,
tapi alim ulama.
Jadi, jangan dihina orang yang ke surau.
Cop, ada orang hina ke?
Tapi kadang-kadang terfikir,
yang lain-lain ke mana ?
Harta tak banyak,
lepas itu hutang keliling pinggang.
Kenapa tak minta bantuan Ilahi
?

Matrikulasi!!!~

Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nama: MUHAMMAD FARIZ BIN ZAIDI
No Kad Pengenalan: 28 Januari 1991
Program Pengajian : PROGRAM SATU TAHUN
Kursus: M001-SAINS
Nama kolej: 16-KOLEJ MATRIKULASI JOHOR (KMJ)
Tarikh Mendaftar: 11 MEI 2009




TAHNIAH!

ANDA BERJAYA.

PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN:SAINS

DAFTAR : 11/05/2009

TEMPAT : KM JOHOR

Aku rasa gembira sebab terpilih untuk menyertai Matrikulasi. Tapi tak bermakna aku nak masuk!

Kamu yang lain macam mana ?

Thursday, April 16, 2009

Cepat Gila Diorang Fly!!

-Semalam-

"Kenapa dengan Akram nih, dekat ym tulis aku dapat pergi us, bukan budak-budak form 4 ke yang bawa projek pergi us?" dalam hati aku.

Aku BUZZ!! dia, tapi tak balas.

-Hari Ini-


Aku chat dengan Firdaus Sudin, dia kata Rasyid dapat pergi US bulan 6 under JPA.

"Cepat gila budak ini dapat tawaran, betul ke ini?" rasa macam tak pasti.

Aku tanya Akram sebab dekat ym dia ada lagi tulis aku dapat pergi US. "weh kau dapat JPA ke?"

"Haah, aku saja tahu awal" dia balas.

"Dapat pergi US ke ?" aku tanya.

"Haah, Faiz Talib dan Noryang dapat juga!"dia jawab.

Aku dalam hati rasa macam tak selesa dah. Cepat betul keputusan JPA. MARA bila pula ?? Aku rasa tak sanggup tungu lama-lama. Nak juga dengar berita gembira.

Yang best sekali aku tahu Akram kata JPA banyak ambil budak MRSM untuk program yang fly bulan 6 ini. 30 orang students saja dia telefon.

Wah, best betul!!!!

- UPDATED -

aku message diorang dan diorang buat 4 tahun dekat Vanderbit.

Believe it or not!~

Hari ini : Ujian Komputer.

Dah buat preparation ?
Semalam baru mula membaca dan tak habis baca pun lagi. Banyak sangat dan rasa kecewa gila sebab takut gagal. Dahlah rasa sangat mengantuk sebab baru balik dari interview.

Dah buat latihan ?
Aku buka buku latihan dan jawab, banyak soalan. Ada lebih kurang 500 soalan. Susah gila dan rasa betul-betul takut. Aku tak jawab semua sebab waktu itu dah pukul 12.25 am. Nak tidur awal sebab takut bangun lambat. Lagipun siapa nak kejut aku ? Tapi lepas itu aku buat soalan dalam buku KPP sendiri, baru format dia yang betul. Nampak macam o,k saja soalan dia. Hopefully soalan dalam komputer pun sama saja macam itu.

Konklusi ?
Bodoh punya buku latihan, soalan susah dan jawapan banyak salah!.

Target ?
Tak boleh nak target sebab rasa takut semacam dapat bawah 42.

Keputusan ?
Ok. Aku gembira, jawab soalan punya macam susah [mugkin tak bersedia kot] tapi lulus juga.
44/50 bolehlah.
Ada seorang lagi member, Mail namanya dan aku tak tahu dia asal dari Sabah/Sarawak. Dia dah banyak kali buat ujian, kali ini gagal lagi. Kesian aku tengok, aku doakan dia berjaya saja.

Peristiwa
: Pelupa

"Fariz, nanti bawa kunci kereta untuk pergi driving class, kunci warna pink tinggalkan untuk A'an dekat rumah", mak aku message.

Aku pun pergi buka pintu pagar guna kunci kereta semua.

Bila dah dalam perjalanan, aku raba-raba poket dan perasan aku terbawa dua-dua kunci.

"Gila betul, macam mana adik aku nak keluar ? Dahlah kawan dia ada dekat rumah, macam mana diorang nak pergi sekolah ?" Aku jawab dalam hati.

Nasib baik ujian habis awal. Aku sampai rumah dalam pukul 10.00am. Gila juga kalau buatkan rumah terbakar ke apa.

Peristiwa : Terasa Gila Vavi

Masa tengah tunggu Pn. Maheran [cikgu] ambil aku, aku dan Mail duduk depan Watson.

Datang pula orang tua, tak tahu lelaki ke perempuan pegang tongkat. Yang pasti dia cina, minta sedekah. Aku pun macam tak sediakan duit, jadi aku tolong dia turun tangga saja. Terpegang tangan dia, tak tahu dia makan vavi ke tidak dan tak tahu jantina.

Lepas itu, Mail keluarkan duit dan bagi dia, walaupun seringgit tapi bermakna untuk orang tua itu. Aku tersentak dan sangat terasa. Surat khabar boleh beli, tapi tak boleh bagi sedekah.

Aku tengok Mail duduk rumah yang dalam kontena tak silap, tapi dia pun mampu. Aku ?
Rasa macam teruk betul, memang terasa.

Tapi aku risau kalau keluarkan duit dari dompet, nanti kena bawa lari pula. Mana tahu, semua benda boleh jadi.

Wednesday, April 15, 2009

(Interview MARA)Rasa Macam Hidup Dah Berakhir!~

-Dekat Rumah-

Bangun pukul 6.45, sembahyang dan terus main komputer. Lepas itu sambung terus tidur sampai pukul 9.45 a.m. Dalam hati risau sebab tak ready dengan text, tapi rasa sangat mengantuk. Lepas bangun terus mandi dan masak Quick Burger, enak sekali.

Prepare barang² untuk interview. Dalam pukul 11.48 am, kawan aku datang ambil bawa pergi ktm Batu Tiga. Aku tengok budak ini dah pakai tie, dalam hati aku fikir tak panas ke ? Mungkin bersemangat. Hehe (=

-Dalam KTM-

Masa dalam train, penuh. Aku ada chances untuk duduk dan terus duduk, member aku seorang lagi terus berdiri sebab dia tak bernasib baik.

Sampai satu stesen, ada makcik masuk. Tak tahulah dia mak siapa, tapi kesian pula tengok dia berdiri. Ingat nak bagi duduk, tapi tak tahu nak ajak macam mana.

"Macam mana kalau makcik ini orang yang akan interview aku nanti ?" monolog dalaman.

"Nanti aku nak bagi tahu yang aku ini seorang yang cepat simpati, tapi kalau kanoti macam mana ?" cakap dalam hati lagi.

Aku pun buat selamba saja. Terus sandar dalam ktm. Panas rasanya, mengantuk pun ada.

-OTW To Menara MARA-

"Aku rasa better naik jejantas walaupun dah ada zebra line, sebab nanti mati kena langgar tak sempat nak interview" aku bagitahu Aliff Faidhi masa before cross jalan besar.

Memang aku berhati-hati gila waktu itu. Mana tak, prepare punya lama kalau masuk hospital buat penat saja.

-Bangunan MARA-

Ramai budak aku jumpa dan semua pakai baju lawa-lawa untuk jual diri, aku saja rileks tak pakai tie lagi.

Aku jumpalah geng-geng TGB :
  • Mole
  • Safwan
  • Rahil
  • Sherina
  • Saiful
  • Mus
  • Taufiq
  • Talat
  • Adib
  • Dibah
  • Syafiqa
  • Izzati
  • lain² tak tahu nama
Agak ramai budak TGB, budak-budak yang dah lepas interview semua macam HAPPY gila babi.

"Aku rasa best gila interview tadi, sporting gila panel aku, kalau tak dapat scholarship pun aku tak kesah" Presiden MRSM Langkawi cakap dengan HAPPYnya. Aku pun rasa macam gila pula dengar sebab tak pergi interview lagi.

-2.30 pm-

Aku, Syafiqa, Ruhil dan lain-lain pergi daftar, kami dapat tag. Aku Panel 12 tingkat 13, sama dengan Syafiqa dan Adib.

-3.00 pm-

Pengumuman suruh naik atas, semua berkuruman dekat lift. Sampai saja tingkat 13, rasa macam betul ke ini tempatnya ?.

Aku sekali lagi jumpa Faris budak PLKN dulu. Dia pun ambil medik, baru aku salam-salam padahal sebelum ini tak bertegur sapa pun. Dia cakap, tempat aku dekat hujung sana.

Aku nampak Saiful dan anak penceramah [lupa nama dia] dua-dua budak TGB. Diorang pun belum habis lagi interview, padahal dah masuk sesi aku. Kami borak-borak, lama tak jumpa. Dekat situ saja dah ada lima budak TGB. Lepas itu datang seorang lagi, budak TKC, Alya namanya.

Kami kenal-kenal dan borak-borak. Bila ada orang keluar dari bilik, tanya dia itu dan ini.
Lepas budak-budak sesi pukul 2.00 ptg dah habis, ada orang keluar dan check nama kita orang.

Dia tanya satu-satu ada ke tidak. Yang aku terkejut sebab dia sebut nama aku first. Padahal tadi dah borak-borak dan semua tak nak jadi orang pertama.

Lepas itu orang itu nak masuk balik bilik, aku sempat tanya.

"Do I have to enter the room now ?"

Dia tak paham apa yang aku cakap.

"Aku salah cakap ke tadi?" aku fikir dalam hati dan aku terus ulang soalan.

Sengal betul, buat aku cuak saja.

Aku terus bagi salam dan masuk bilik.
Confident gila.

Nampak lelaki muda dan perempuan tua.

Aku berdiri depan kerusi.
Aku tengok dia hulur tangan, "nak file ke ?" aku fikir dan aku terus bagi.

Lepas itu dia suruh duduk dan aku duduk.

Soalan :

1. Where you come from ?
Aku jawab, I came from Shah Alam. Taman TTDI Jaya

2. What is your parent jobs ?
Jawab lagi, bla.bla.bla

3. Where did they work ?
Oh, aku tak bagitahu detail, rasa macam aku ini bodoh! Tak clear jawapan tadi.

4. What is your last school ?
AKu bagi tahu yang aku budak tgb dari f4

5. Before that ?
Lor, aku fikir satu-satu dia tanya. Aku jawablah MRSM Terendak, lepas itu dia sampuk yang aku ini under Encik Hatta. Dalam hati, memang kenal sangatlah dah dia pakcik aku. Lepas itu aku jawab balik yang Encik Hatta itu HEA, pengetua Che Soh.

6. So who is TGB's principal ?
Nasib baik aku ingat, DR Mariam. Lepas itu aku sambung lagi yang kami dulu ada 3 pengetua.

7. Who is the other principal ?
Aku pun punya la sekali lagi jerat diri aku, aku asyik ulang TGB, TGB sebab lupa nama dia, lepas itu panel itu ingatkan aku Tuan Haji Ghazali Bahari. Bapak bangang aku, orang tak tanya tapi aku bagitahu. Haha. Tapi aku cakaplah yang aku ini BWP dulu, cuma lupa nama sebab dekat dengan nama MRSM TGB, konfius.

8. Where do you want to study ?
Aku jawab UK dan huraian-huraian, panjang juga.

9. Why you choose UK, is it Australia is not good ?
Aku bagitahu balik yang UK itu antara medik yang terawal dekat dunia dan dia accept.

8. We know that you want to study in UK, but do you realize that there are many students want to go there and the places are limited, so can you convince us why we must choose u ?
kat sini aku cakap la semua pasal kokurikulum aku.

10. If I give you white cloth, what are you going to do with that ?
Mula-mula aku ingat dia nak bagi baju putih, jadi aku cakaplah yang aku nak pakai, nak bagi orang dan naik paint atas baju itu. Lepas itu dia tanya lagi.

11 Do you really understand what is my question, I said cloth and not clothes.
Aku pun cakaplah yang aku sedikit konfius, lepas itu aku terus bagitahu yang aku nih english tak berapa baik dengan jujurnya dekat dia.

12. No, no, your english is very good, so right now i want you to give any opinion what you want to do with that cloth.
Aku pun jawab ini dan itu, tapi macam tak banyak sangat yang aku jawab dan ada sampai tergelak-gelak panel bila aku bagi opinion.

13 Actually this is a very simpe question and this is one of the question that the professor from University of Cambridge asked their student because we just want to know your creativity.
AKu cakap ar, aku nih critical thinking, so benda-benda yang senang ini macam susah sikit nak fikir. Kami gelak sama-sama.

Lepas itu habis, aku rasa sangat happy, sebab lancar saja. Tak macam interview medic-russia, susah nak mampus!

Thats why aku rasa macam hidup dah berakhir. Dah habis interview dan tunggu result saja. Tapi fikir-fikir semua orang boleh jawab, jadi siapa yang dia nak pilih ? tunggu sajalah.



Tuesday, April 14, 2009

hantu~

At last, aku sampai juga rumah seorang diri.
5.45 am : sampai stesen bas s.alam dari kota bharu.
Lepas itu naik teksi
6.33 am : sampai rumah

Hurm, risau juga didalam hati.
Tak pernah duduk rumah seorang diri.
Dengan kisah silam yang tersendiri,
Sungguh mencuakkan hati.

Haha, tak nak cerita hantu lebih-lebih,
nanti aku pula tak boleh nak tidur malam ini.

Kondisi Nenek ?
Macam itu juga, sekejap o.k, sekejap tak o.k
Tapi ayah kata, tak lama dah.
Doa-doa saja.

Aku ini pun dah agak cuak untuk interview esok.
File pula tak tahu nak buat macam mana.
Terkurang pages pula.

-updated-

sekarang yang dah settle :
  • sijil²
  • resume
  • copy sijil
  • notes
yg masih belum settle :
  • borg permohnn pinjaman mara
  • baju n sluar x iron.
cuak gle vavi.
tp, esok ak lega kot aftr 4.00pm.
hopefully.

I hv tried my best to read all the things bout heart.
ryte now brserah.



Sunday, April 12, 2009

emergency

KENGKAWAN

HARI INI ADA PANGGILAN KECEMASAN
NENEK AKU SAKIT DI KELANTAN.

BALIK KELANTAN DULU
SATU KELUARGA NAIK KERETA


HOPEFULLY DIA CEPAT-CEPAT SIHAT
AKU RISAU SEKARANG
SEMUA BENDA
AKU MUNGKIN BALIK HARI SELASA
NAIK BAS UNTUK INTERVIEW PULA

Saturday, April 11, 2009

RINDU : PLKN -4-

kaWaN-kAWaN YaNG aKU kENaL DeKAT PLKN
SYAHMI KUCHAI FAHMIISMAIL BADRUATTAMAM RASH FAIZNADJMI FAKHRULLAH SYAKIRIN GOPY HAIKAL ANASALIAS SHAFIK FADZIL EHSAN BARRY AZIM KOK AIK LUQMAN FADHIL TEHKAIVERN FATIN IEYKA FADHLY AMALINA AFIF FARIS AMALINA AMIN AMIRACAP FIRDAUS SIEWKUAN AJIE BELLA HAMIM STRAWBERRY NISA LIYANA SISKA AMIRUL
YANG LAIN NANTI AKU TARUK YER.
LUPELAH.

Kecik dunia~

Hari ini ada rumah terbuka,
cousin aku.
Ajak pukul 6.00 ptg,
tapi kami sekeluarga lambat sikit dalam pukul 7.20 mlm.
Biasanya manuia pergi medical check-up,
tapi hari ini hantar kereta pula pergi hospital.
Sebab itu lambat sikit, sebab ingat nak tunggu kereta siap.
Lepas itu pergi rumah cousin dua kereta pula.
Ayah satu, aku satu dalam kereta yang mak aku bawa.
AKU BELUM BOLEH BAWA KERETA LAGI x]
Kami makan, sedap rasanya. Enak sekali nasi dagang.
Lembut dagingnya.
Enak sataynya.
Perut isi semua sekali.
Lepas itu, kawan sekolah lama datang juga.
Syazwan namanya.
Lama tak jumpa, jiran cousin rupanya. [padahal dah lama tahu]
Kami borak, tapi tak lama sebab tak rapat mungkin.
Kemudian cousin ajak pergi ambil budak-budak tahfiz.
Seksyen 13.
Pergi jemput dua kereta
satu honda accord dan satu naza ria.
Helmi bawa, bukan aku. Satu lagi Syazwan bawa.
Suka hati dengar yang naza ria itu milik kawan lama.
Besar itu, cousin kata mereka keluar guna kereta itu.
Haha, suka hati hidup mewah.
Tak apa, insyaallah rezeki akan datang.
Lepas itu, balik semula.
Makin ramai yang datang.
Yop pun datang.
Baru kenal dengan dia lepas buat CRTB test dekat Menara PNB.
Dahlah kenal waktu dah keluar dari menara.
Aku jalan dulu seorang diri, pandang belakang nampak budak yang ambil ujian sekali.
"Eh, kaw nak balik mana, naik apa ?" Aku tanya dengan muka selamba.
"Aku Bukit Jelutong, naik lrt," katanya.
"Jom la sekali balik, ayah aku datang,"aku balas.
"Tak apalah, member aku tunggu dekat KLCC." Yop balas balik.
Serius, aku rasa aku tak tahu nama dia. Lepas tegur dia terus jalan.
Akupun jalan. ke hulu ke hilir tunggu ayah aku.
Lepas balik rumah bukak internet.
Bukak myspace, tengok photo baru Izura.
Kecil betul dunia, aku jumpa profile dia.
Baru aku tahu nama dia, Yop [nickname]
Syazwan pun pelik sebab aku kenal Yop.
Aku pun pelik.
Tapi tadi memang aku boleh bergaul.
Senang pula nak masuk, mungkin dia peramah.
Waktu jamuan tadi,
dia ajak member dia.
Faiz dan Asyraf tak silap. Budak Alam Shah.
Pandai-pandai budak ini.
Itulah dia, kecil betul dunia.
Dari KL sampai ke Shah Alam.
Tak kenal dan tak tahu
akhirnya mesra.

awal gle babeng.

Weiyh, lame gle aku tak bangun awal mcm hari nih!

Selame nih, mmg la bgn utk solat subuh, tp hari ini aku tak trus landing atas katil balik (;

Punyelah rase rindu utk bangun awal.

Makan² dkat luar ngan family, n now aku nk buat preparation tuk interview.

Papepon nk wish congratez dkat kemba ak sbab lulus JPJ!!
Tahniah ;] fithot

Aku lambt lagi nak smpai tahap tuh.
segan gler

nak kemas² file tuk interview,
tapi blur gle. x tau nak arranged mcm mne.
ade kte ikut tahun, ade kate ikut bhgn.

Oh Tuhan!!

~BANTULAH HAMBAMU YANG HINA INI~

11.37 a.m
BLUR

12.44 p.m
BLUR & frust

1.15 p.m
Akhirnya siap~

Thanks a lot to this people :
1. CapikaEzzati
2.Zeckie

for helping me.

Friday, April 10, 2009

A atau B . yang mana satu nih...?

Okies, aku baru saja lepas buat Ujian Psikologi untuk MARA Interview. Soalan dia agak lebih kurang sebab namapun ujian psikologi. Tapi kalau hendak dikira, dibilang dan diikutkan, dah banyak kali buat ujian psikologi dan semuanya lulus bila buat sendiri tanpa bantuan tetapi berdasarkan kata hati dan pengalaman hidup.

Kadang-kadang ada juga yang perlu fikir sejenak, macam soalan ini :

" Adakah anda akan ketawa apabila mendengar cerita lucah ? " Lebih kurang lah.

Memang tak tahu nak letak A atau B, sebab takut nanti dia blacklist. Tapi aku jawab berdasarkan pengalaman. Haha, tak mungkin aku bagitahu dekat sini.

Masa tengah-tengah menjawab, ayah aku bagitahu,

"Oklah Fariz, nanti ayoh hantar pagi lebih kurang pukul 10.00 am pg kita pergi bangunan MARA," kata Ayoh.

"Ok, baguslah, nanti boleh rehat-rehat and jumpa kawan," aku jawab. "Fariz tengah buat ujian psikologi nih ayoh."

Ayah aku suruh teruskan. Tapi dia asyik bagi tahu aku lebih elok buat dengan kawan, sebab ini MARA judge kita. Tapi aku masih dengan pegangan diri, aku rasa benda ini perlukan kejujuran.

Mak aku pun sama, suruh ayah aku duduk sekali dengan aku, tapi bila aku cakap ini dan itu, ayah aku muka macam malas dah nak layan aku.

Kadang-kadang ak terfikir dan termenung, macam mana kalau ujian ini bukan berlandaskan kejujuran ? Betulkah ujian ini hanya mahukan orang yang perfect dan sempurna ? Semua terdetik. Tapi kata orang, yang sudah itu tak mungkin datang kembali.

Akupun terpaksa akur dan redha, tapi mungkinkah aku akan berasa tenang jika aku tidak mendapat biasiswa MARA semata-mata kerana ujian Psikologi ? Harap-harap tidak.

menara betul ~

Menara gadingkah ? Bukan.

Menara KLCCkah ? Salah itu.

Menara yang tinggi ? Salah juga.

Jadi ? ? ?


Ini gambar selepas dinner muafakat. Tapi inilah dia, menara kepada segala menara. Sekarang aku tak suruh compare benda lain eh, cuma ketinggian ( huHu ). Sebut pasal tinggi ini, memang dah ramai yang terkena dengan mulut aku.

"Kau dah la pendek Timah"

"Woi Agak, kaw tuh pendek"

Macam-macam ayat, tapi aku dah biasa, diorang pun dah biasa, cuma aku tak tahulah kalau diorang sakit hati ke, jantungke, demam ke. Tapi yang penting aku memang rasa susah sikit bila tinggi, sebab nak kena bongkok, tunduk dan macam-macam cara bila nak bergambar dengan orang.

Kadang-kadang ada juga manfaat, tapi aku ini mewarisi kebongkokan datuk aku. Huhu, agaknyalah. Ini lagi gambar menara.


Kalau nak diikutkan, bukan aku yang tinggi, tapi mereka yang rendah. Haha, jahat mengata orang, tapi bila tengok memang ramai apa orang yang rendah dan comel. Huhu.



Fazrul pun lagi tinggi, jadi janganlah nak sedih sangat bila kita itu rendah. Hehe.

Apa motif post ini ?? Aku pun tak tahu.

Thursday, April 09, 2009

RINDU : PLKN -3-

Rutin Harian : PAGI

Bangun & Subuh
.....................................................................................

"Bangun, bangun, bangun. Wira dan wirawati Muslim dikehendaki bangun untuk bersuci bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah."


Tepat pukul 5.30am, kami tersentak dari mimpi nan indah disebabkan oleh pengumuman dari JLB ( jurulatih bertugas ) yang kuat sangat. Hampir semua MIC [Melayu, India & Cina] bangun dan terus siap-siap.

Biasanya, budak-budak Melayu mandi dan terus pergi surau walaupun belum masuk waktu lagi. Yang Cina dengan India aku tak pasti apa yang diaorang buat. Masa menjadi pelatih dulu, memang wajib sembahyang berjemaah. Aku bersyukur sangat-sangat dapat masuk PLKN, sebab ibadat terjaga. Alhamdulillah.

Tapi benda ini semua tak lama, sekejap saja pelatih-pelatih bangun awal. Tak berubah macam zaman dekat sekolah asrama dulu, mula-mula semangat, akhir-akhir tak ada mangat. Mungkin betul kata Cikgu Amin, kita nak dua-tiga mangat, bukan semangat. Tapi, aku yakin dan pasti, sebab kami semua bangun lambat sebab speaker tak berapa dengar atau langsung tak kedengaran macam awal-awal.

Apa-apapun, aku sentiasa bingung dengan JL ( jurulatih ) yang tak habis-habis menyalahkan pelatih sebab ini lewat, itu lewat dan semua lewat. Padahal bukan semua aktiviti diberitahu awal-awal. Lepas itu pula, spekaer rosak, sapa salah ? Bukan pelatih, tapi pengurusan kem sebab tak baiki speaker.

Physical Training
.....................................................................................

Sambung balik, lepas sembahyang kami semua rushing untuk bersiap-siap dengan pakai PT ( physical training ). Tepat 6.30am kena kumpul ikut kompeni dekat padang kawad. Kami menyanyi lagu negaraku, lagu wira-wirawati negara, baca doa dan lafaz ikrar. Hari-hari ada saja tak kena. Nyanyi tak betullah, bendera naik tak sama lah, itulah dan inilah.

Tapi aku tahu, memang kali ini pelatih yang silap. Sebab tak ada kerjasama. Lagipun, pagi-pagi suara serak. Yang perempuan pula suara memang tak kedengaran. Mungkin kali ini kaum hawa ikut sunnah, bagus betul.

Antara aktiviti selepas menyanyi dan bla, bla kami :
  • pumping
  • skuad jam
  • lompat bintang ( paling famous )
  • jogging sekitar kampung
  • senam seni ( menarik )
  • dan macam² exercise ala-tentera ( aku lupa sebenarnya )
Benda-benda ini biasanya buat dalam kompeni masing-masing cuma senam seni semua sekali. Memang gembira, bangga tak terkata sebab senam seni ini kami yang batch pertama buat. Sekali buat lebih kurang 30 minit dan peluh pasti mengalir membasahi baju.

Dari apa yang aku dapat, bila buat senaman waktu pagi memang bagi kita lebih semangat untuk pergi kelas. Sebab pernah sekali aku buat-buat sakit kaki dann tak bersenam, rasa mengantuk gila dalam kelas.

Jadi, pergilah bersenam setiap hari untuk berikan semangat dan hilangkan kegendutan anda.

...............................................................................................
nanti sambung lagi..

Permulaan -1- : Malu, Segan dan Silu


Statement :

Hari ini aku baru nak mula ambil lesen kereta.

Malu betul aku nak tulis dekat sini. Orang lain dah habis dah. Sedih betul! Tapi tak apa, orang kata belajar tak kira usia. Masa dalam dewan itu pun, ada juga yang tua-tua, inikan yang muda sama usia.

Tapi kesian betul aku tengok perempuan seorang ini. Asyik dia saja jadi bahan lawak, dari mula sampai akhir sebab dia seorang yang sudah berpunya dan ada anak.

Aku rasa nama tempat yang aku berkursus JPJ ini IMKEDA. Seingat-ingat akulah. Lebih kurang 40 minit dari rumah. Tak dekat dan sangat jauh. Aku dalam keadaan blur tentang tempat itu. Seorang diri bertebaran dan cuba untuk sesuaikan keadaan.

Masa rehat, pergi ke kantin. Jalan-jalan dengan otak yang ragu-ragu dan sangat blur sebab rasa kekok dengan keadaan sekeliling. Lepas itu terserempak dengan kawan lama. Dari sekolah rendah lagi. Lama tak jumpa, dulu setakat berbalas komen dalam myspace saja. Yunus nama
dia. Tak berubah dari dulu, cuma perangai saja kot.

Aku pun macam tak kenal sangat dengan dia, mungkin persekitaran lain-lain. Dia pun dah berpindah dekat TTDI (K.L). Kalau dulu, rasa macam selalu pergi rumah dia, lepak-lepak dan main bola sama-sama. Tapi, aku rasa kurang selesa sekarang. Mungkin sebab dah tak jumpa lama atau mungkin aku pernah menjadi budak sekolah asrama.

Kalau nak diikutkan, hampir semua budak sekolah lama aku tak tegur macam dulu. Cuma Fatimah Owen seorang sahaja. Itupun baru saja tegur-tegur dia dan kini makin mesra. Rindu pula saat-saat sekolah rendah, aku baik dengan semua orang, Izura, Aliff dan ramai lagi. Sekarang ini, bukan aku tak baik, tapi kami macam tak ada hubungan dah. Tanya sekali, jawab sekali, tanya dua kali, jawab dua kali, tak tanya terus masing-masing diam. Macam tak pernah jumpa dan tak pernah kenal.

"Aku yang berubah atau diorang tak nak kawan aku ?" Lama aku fikir, sejak masuk sekolah asrama lagi.

Tapi hidup mesti diteruskan. Mana-mana aku pergi, kena cari kawan dan buat kawan.

Wednesday, April 08, 2009

Ape itu ? Wargh...

Tadi lepas makan daging masak merah dan siput masak lemak cili api, kemas-kemas sikit meja.
" Fariz, paip bocor tuh, umi letak baldi tapi dah penuh. Pergi tolong buang air dalam toilet bowl"

Uh, rasa malas nak buat tapi kesian tengok mak aku sakit pinggang. Pergilah aku bukak almari bawah sinki, usha-usha takut ada benda yang pelik keluar. Nasib baik jalan clear. Lepas itu aku tengok baldi,

"Oh, penuh nih tapi takdelah sampai boleh melimpah keluar."
Aku dengan berhati-hati terus usha lagi keadaan baldi itu. Wargh, ada li*** . Gerun aku tengok, terus menjerit.

"Apa nih, kata nak jadi doktor, li*** pun takut!," mak aku membebel dekat dapur.
"Fariz nak jadi doktor, bukan kena pegang li***, pegang mayat je." balas aku.
Macamlah mak aku tak paham yang aku memang tak suka dengan benda itu. Tapi terkenang balik zaman dulu kala. Selalu pegang hujung li***. Tapi entah macam mana dan apa punya tragedilah yang buat aku jadi gila bila tengok benda alah warna hitam kecoklatan. Fikir-fikir, macam mana boleh orang Jepun makan haiwan aneh itu.






Haha, berbalik kepada cerita tadi aku teruskan usaha. Cuba untuk angkat baldi padahal dalam hati dah down dah. Satu, dua, tiga, empat .... prekk**, baldi pecah lalu jatuh atas lantai. Banjir lagi rumah aku. Habis carpet and aku tengok li*** terkeluar dari baldi dan kaki-kaki semua bertebaran di atas muka bumi.

Kecoh satu rumah kecuali adik aku seorang yang sibuk dengan komputer. Aku tak rasa bersalah sebab ini semua mak aku yang suruh. Jadi, bukan salah aku! Tapi aku rasa bertanggungjawab untuk bersihkan.

Pangillah adik aku yang sibuk main game dekat atas. Kami angkat meja, angkat carpet, angkat paip getah, bawak masuk air, berus-berus, sabun-sabun, berus lagi, terus berus dan teruskan sampai rasa dah bersih. Lepas itu baru guna wiper.

Penat, peluh dan sakit badan-badan. Lepas semua siap, pergi keluar rumah ambil mangga dekat pokok. Erm, senang hati jumpa mangga. Hehe. Itu favourite aku. Yang manis, masam, masam-manis semua hentam. Kadang-kadang yang manis pun cicah dengan garam! Tak adalah sampai macam itu.

p/s : aku memang kena guna li*** sebab haiwan ini sangat jijik!

Tuesday, April 07, 2009

Argh.. Clashed lah !!

Mula-mula tengok myspace and ada bulletin dari Adilah, tajuk "scholar petronas". Click, lepas tuh dia kata dah boleh check. Aku pun tak pergi check sebab confident tak dapat scholar tuh.

Bukan apa, aku lambat apply sebab selalu sangat tak dapat bukak page tuh. Tapi sempat isi borang online application tuh, last-last tengok nak kena bayar RM 20. Esok tarikh tutup, so macam dah tak ada peluang. Lagipun malas nak susahkan parent aku.

Tiba-tiba hari nih aku dapat mesej suruh check dekat internet. Sekali lagi confident gila yang aku tak dapat. Lepas tuh sedara aku tengok-tengok hp aku and dia baca la mesej. Dia pun suruh check takut-takut dapat ke. Aku sekali lagi cakap tak sempat apply pun sebab tak bayar. Dia pun terus type and click laman web petronas.

Status Permohonan

Tahniah!

Anda telah disenarai-pendek bagi mengikuti Program EDUCAMP.

Anda dikehendaki menghadiri Program EDUCAMP seperti berikut :

Tarikh : 15 - 16 April 2009

Lokasi : Universiti Teknologi PETRONAS
Tronoh, Bandar Seri Iskandar, Perak

Adalah juga dimaklumkan bahawa anda telah di senarai-pendek untuk mengikuti program berikut:

Program : Universiti Teknologi PETRONAS

Kursus : Kejuruteraan Petroleum

Haha, terkejut tengok status tuh, dah la bayar pun tidak. Tapi aku perasan Educamp clashed dengan interview MARA. So call ayah aku tanya pendapat, dia suruh call balik orang petronas.

Feedback dia,

Adik boleh datang UTP sebelum pukul 8.00pm. Haha, tak logik dek akal. Tolak je lah. Lagipun aku dapat local punya program. Aku nak FLY. hUhu
Borang Permohonan Kemasukan ke Universiti Teknologi PETRONAS dan/atau Pinjaman Bolehubah PETRONAS