Thursday, April 16, 2009

Believe it or not!~

Hari ini : Ujian Komputer.

Dah buat preparation ?
Semalam baru mula membaca dan tak habis baca pun lagi. Banyak sangat dan rasa kecewa gila sebab takut gagal. Dahlah rasa sangat mengantuk sebab baru balik dari interview.

Dah buat latihan ?
Aku buka buku latihan dan jawab, banyak soalan. Ada lebih kurang 500 soalan. Susah gila dan rasa betul-betul takut. Aku tak jawab semua sebab waktu itu dah pukul 12.25 am. Nak tidur awal sebab takut bangun lambat. Lagipun siapa nak kejut aku ? Tapi lepas itu aku buat soalan dalam buku KPP sendiri, baru format dia yang betul. Nampak macam o,k saja soalan dia. Hopefully soalan dalam komputer pun sama saja macam itu.

Konklusi ?
Bodoh punya buku latihan, soalan susah dan jawapan banyak salah!.

Target ?
Tak boleh nak target sebab rasa takut semacam dapat bawah 42.

Keputusan ?
Ok. Aku gembira, jawab soalan punya macam susah [mugkin tak bersedia kot] tapi lulus juga.
44/50 bolehlah.
Ada seorang lagi member, Mail namanya dan aku tak tahu dia asal dari Sabah/Sarawak. Dia dah banyak kali buat ujian, kali ini gagal lagi. Kesian aku tengok, aku doakan dia berjaya saja.

Peristiwa
: Pelupa

"Fariz, nanti bawa kunci kereta untuk pergi driving class, kunci warna pink tinggalkan untuk A'an dekat rumah", mak aku message.

Aku pun pergi buka pintu pagar guna kunci kereta semua.

Bila dah dalam perjalanan, aku raba-raba poket dan perasan aku terbawa dua-dua kunci.

"Gila betul, macam mana adik aku nak keluar ? Dahlah kawan dia ada dekat rumah, macam mana diorang nak pergi sekolah ?" Aku jawab dalam hati.

Nasib baik ujian habis awal. Aku sampai rumah dalam pukul 10.00am. Gila juga kalau buatkan rumah terbakar ke apa.

Peristiwa : Terasa Gila Vavi

Masa tengah tunggu Pn. Maheran [cikgu] ambil aku, aku dan Mail duduk depan Watson.

Datang pula orang tua, tak tahu lelaki ke perempuan pegang tongkat. Yang pasti dia cina, minta sedekah. Aku pun macam tak sediakan duit, jadi aku tolong dia turun tangga saja. Terpegang tangan dia, tak tahu dia makan vavi ke tidak dan tak tahu jantina.

Lepas itu, Mail keluarkan duit dan bagi dia, walaupun seringgit tapi bermakna untuk orang tua itu. Aku tersentak dan sangat terasa. Surat khabar boleh beli, tapi tak boleh bagi sedekah.

Aku tengok Mail duduk rumah yang dalam kontena tak silap, tapi dia pun mampu. Aku ?
Rasa macam teruk betul, memang terasa.

Tapi aku risau kalau keluarkan duit dari dompet, nanti kena bawa lari pula. Mana tahu, semua benda boleh jadi.

6 comments:

meanie ninie said...

ala,takpela..maybe bukan rezeki u nak sedekah..u'll have your days. :)

farizzaidi said...

huhu, itulah.
tp dpt tolong, oklah x]

Mohammad Akramuddin said...

Ak x paham la yorkies..-_-

farizzaidi said...

ap yg kaw x paham?
haha. teruk btul bm kaw.
nasib baik pergi negare org putih nnt
=]

lady D said...

"Tapi aku risau kalau keluarkan duit dari dompet, nanti kena bawa lari pula. Mana tahu, semua benda boleh jadi."

part uh x bleyh trime...
hahahaahha...
mcm ade org nk culik kau lak...
hahahhhaha...
klau dye culik pownn dye antar blek weyh!!!
hahahahah

f a r i z z a i d i said...

haha *tergelak ak bce..
apsal lak die nak anta ak balik..
konpem die jdkan ak suami die (kalu pompuan)
x pun..

die jual ak..
mahal tueh, dgn rambut yg x berapa nak lurus tuh..

agaga!~ =P