Thursday, April 09, 2009

Permulaan -1- : Malu, Segan dan Silu


Statement :

Hari ini aku baru nak mula ambil lesen kereta.

Malu betul aku nak tulis dekat sini. Orang lain dah habis dah. Sedih betul! Tapi tak apa, orang kata belajar tak kira usia. Masa dalam dewan itu pun, ada juga yang tua-tua, inikan yang muda sama usia.

Tapi kesian betul aku tengok perempuan seorang ini. Asyik dia saja jadi bahan lawak, dari mula sampai akhir sebab dia seorang yang sudah berpunya dan ada anak.

Aku rasa nama tempat yang aku berkursus JPJ ini IMKEDA. Seingat-ingat akulah. Lebih kurang 40 minit dari rumah. Tak dekat dan sangat jauh. Aku dalam keadaan blur tentang tempat itu. Seorang diri bertebaran dan cuba untuk sesuaikan keadaan.

Masa rehat, pergi ke kantin. Jalan-jalan dengan otak yang ragu-ragu dan sangat blur sebab rasa kekok dengan keadaan sekeliling. Lepas itu terserempak dengan kawan lama. Dari sekolah rendah lagi. Lama tak jumpa, dulu setakat berbalas komen dalam myspace saja. Yunus nama
dia. Tak berubah dari dulu, cuma perangai saja kot.

Aku pun macam tak kenal sangat dengan dia, mungkin persekitaran lain-lain. Dia pun dah berpindah dekat TTDI (K.L). Kalau dulu, rasa macam selalu pergi rumah dia, lepak-lepak dan main bola sama-sama. Tapi, aku rasa kurang selesa sekarang. Mungkin sebab dah tak jumpa lama atau mungkin aku pernah menjadi budak sekolah asrama.

Kalau nak diikutkan, hampir semua budak sekolah lama aku tak tegur macam dulu. Cuma Fatimah Owen seorang sahaja. Itupun baru saja tegur-tegur dia dan kini makin mesra. Rindu pula saat-saat sekolah rendah, aku baik dengan semua orang, Izura, Aliff dan ramai lagi. Sekarang ini, bukan aku tak baik, tapi kami macam tak ada hubungan dah. Tanya sekali, jawab sekali, tanya dua kali, jawab dua kali, tak tanya terus masing-masing diam. Macam tak pernah jumpa dan tak pernah kenal.

"Aku yang berubah atau diorang tak nak kawan aku ?" Lama aku fikir, sejak masuk sekolah asrama lagi.

Tapi hidup mesti diteruskan. Mana-mana aku pergi, kena cari kawan dan buat kawan.

No comments: