Monday, April 20, 2009

Cepattttttt [tengking nih]

Pukul 12.02 tgh hari, aku terjaga dan terus ambil telefon bimbit, 15 new messages. Lalu kulihat di paparan skrin, jam menunjukkan pukul 12.02pm. Aku terus bergegas keluar dari bilik dan masuk ke bilik sebelah.

"Faiz, apasal kau tak siap lagi, nanti Pak Cik Nawi datang!!!" Aku jerit di hadapan pintu bilik adikku berumur sembilan tahun yang sibuk bermain dengan PS2.

"Faiz, cepat mandi!!!!!!!" Aku jerit lagi sebab dia tidak memberi sebarang reaksi.


Aku bergegas untuk ke bilik ayahku kerana aku tahu aku masih belum menggosok baju sekolah adikku itu. Dalam perjalanan aku berhenti. Adikku Farhan yang berumur 14 tahun masih sibuk dengan komputer.

"Woi apasal kau ini pentingkah diri sendiri, asal kau tak kejut aku, dah pukul 12.04pm. Faiz nak pergi sekolah, nanti van datang macam mana ?" Tengking lagi.


Dia tergamam sementara dan meneruskan aktivitinya.

Aku meneruskan langkahku dah mengambil seluar sekolah adikku. Kemudian adikku masuk ke bilik dan mencari-cari baju sekolahnya. Lalu kuterus menyuruhnya mandi terlebih dahulu. Sebelum dia melangkahkan kaki ke dalam bilik air, dia cuba untuk menerangkan sesuatu, namun aku tidak mampu melayan dan terus menyuruhnya mandi sesegara yang mungkin dalam nada yang geram.

"Abe tak faham, abe tak faham." Ungkapan yang cuba diberitahu kepadaku.


Namun aku membiarkannya sahaja kerana sebenarnya fikiranku yang sedang bercelaru. Aku terus menggosok, sambil itu aku menyuruh Farhan untuk tolong bukakan pintu rumah dan pagar kerana aku risau Faiz akan ketinggalan van.

"Fariz, kunci dekat mana ?" Dia memekik dari bawah.

"Manalah aku tau, kau carilah!" Aku balas.

Selesai sahaja aku terus turun bawah dan siapkan air sarsi untuk dijadikan bekal. Faiz turun ke bawah dan cepat-cepat ke pintu rumah. Dia meminta duit dariku, lalu kuterus lari ke atas dan mengambil duit RM2 di dalam bilikku.

Kemudian aku turun dan letakkan duit itu di sebelahnya. Aku berasa lega sekali dan duduk di atas kerusi.

Kemudian, adikku datang ke arahku dan menyuruhku untuk membetulkan ikatan kasutnya yang baru saja dibeli. Sebaik sahaja selesai, van buruk lalu dihadapan rumahku dan membunyikan hon.

Tiba-tiba adikku merungut sekali lagi.

"~!#!@$@^%&$$%&^$% makan ubat." Dia merungut.


Aku tak faham apa yang cuba diberitahu. Aku mengarahkannya untuk pergi ke van secepat yang mungkin.

"#^$*(%%#%^# abe tak faham." Dia cuba memberitahahu aku sekali lagi.


Aku cuba untuk memahami dan aku dapati bahawa adikku ingin memakan ubat terlebih dahulu.

"Pak Cik Nawi, Faiz nak makan ubat kejap." Aku cuba memberitahu pak cik van.

"!#!$@ apa ?" Dia balas.


Aku ulang kembali, dalam hati aku rasa pak cik ini agak tak betul.

Aku terus mengekori adikku ke dapur untuk mengambil ubat dan aku medesaknya agar lebih cepat. Dia tercari-cari ubat di dalam peti dan aku kurang faham, adakah dia mempunyai ubat ataupun saja mereka cerita kerana tidak mahu ke sekolah.

"A'iz cari ubat apa, ke tak nak pergi sekolah ?" Aku tanya lagi.

"Ubat demamlah, abe tak faham!!!" Dia cuba memberitahu.

Aku terus mengambil alih tempatnya dan mencari ubat yang berwarna merah jambu. Lalu kucapai sudu nak menuangkan ubat ke atasnya dan aku sumbat ke dalam mulut adikku itu. Dia tercari-cari air di dalam peti.

Aku mengambilkan cawan untuknya dan menuangkan air. Selesai sahaja, kami bergegas ke hadapan.

Kulihat, van kelabu buruk sudah tiada di hadapan rumah. Aku tercari-cari dan aku nampak sebuah objek yang sangat buruk. Betul, itulah van buruk yang sedang meletakkan kenderaannya di sebelah rumah.

Aku tidak pasti apa yang dilakukan oleh Pak Cik Nawi, tetapi dalam hati aku mengesyaki bahawa dia sedang mengambil buah mangga di sebelah rumah.

Aku cukup geram bila memikirkan tentang perkara ini. Di rumahku juga terdapat pokok mangga yang baru berbuah. Sebelum ini, sampai sahaja di hadapan rumah untuk mengambil adikku, dia meminta mangga. Hampir setiap kali dia singgah di depan rumahku. Katanya, dia sudah meminta kebenaran dari ayahku.

Bukannya aku ini kedekut orangnya, tapi itu buah kegemaranku.



13 comments:

orkedkhaled said...

sharing is caring la fariz

=p

mufazai said...

pk cik nih da mlampau!!
ari2 minx.
bis2 habeslah ak nye mangga!~
waaa...

haha =D
igt sng nk tunggu mge brbuah ??

hehe..

cik bulan said...

huhu
garang r ko nie,
xjd r kawin haha.
fariz,ko nie da jd mcm mak org dah..
bez kalo aku jadi adik ko.muahahah

mufazai said...

ak dah jd mr.mama eyh ;)
penat taw.

sbenarnye ak yg salah.
sebab bgn lmbt..
haha!

padan mke mgse2

cik bulan said...

a'ah salah ko

aku sbgai ahli persatuan ADIK2 nak boikot ko haha

mufazai said...

cik bulan : sy pown adik jgk! ade 2 sis dekat atas, so jom boikot!!! boikot spe huh ?? ;)

Q said...

haaha..jd maid ke fariz oi...
garang juge eyh...tkt2

amyrah said...

mak org pn kalah kot =p
petik r sume mangga tuh siap2
nnt org xmntk da =p

sory nyemak~ =p

mufazai said...

haha,
x kesah dah..
ari ahad sume my family came back home frm kelantan..

they brought me mangga!!~

bcoz diorg tahu aku kempunan..

Anonymous said...

hahahahah...
sumpah lawak!!!
kot yewr pown!!!
dgr la adek mu nk ckp ape!!!
adeh!!!
hahahahaahaha
sngguh baek arh ade 'abe' sprti kamoo dong!
hahahahaahaah

mufazai said...

haha,
org dah tgh berserabut kpale.
susah nk pikir ckp org len..
lg2 'adek'
mcm junior.. haha!

"abe" .. pgln org klatee.
huhu

PEQApeqa said...

hey mr mama.

mende yang ada kene share2 lah.ape lah kaw nie.hoho

Fatin Zaidi said...

weyy.aku nk pecah perutt bc topicc ni.
bengong btull.
dah laa pgl van tu van buruk
haha