Monday, April 06, 2009

TAK TAHU NAK KATA APA!!

Wah, hari ini buat julung kalinya buat ujian selepas 4 bulan rehatkan diri dekat rumah. Punyalah susah CRTB test nih. Memang PNB betul-betul nak budak yang pandai, cerdik, pintar, cerdas, and macam-macam personaliti yang buatkan aku nih langsung tak bermakna.

Sampai-sampai terus parking kereta dekat area parking KLCC. Keluar dari kereta nampak menara PNB yang tersergam indah dan terus buat jatung aku berdengup kencang! Belum apa-apa lagi dah gementar, padahal bukan interview pun. Sampai dalam pukul 7.15am, so aku dengan parent aku pergi singgah sebentar di Restoran Mamak Lotus. Roti telur pun jadilah nak hilangkan lapar.

Pukul 9.05am terus bergerak pergi menara PNB, masuk lobby nampak budak-budak menungu, pakai smart-smart confirm aku dan mereka semua satu tujuan. Ayah aku ragu-ragu lagi, so dia pergi tanya pak guard berbaju putih. Lepas dah konfiden, parent aku tinggalkan aku dan terus jumpa kawan dia CEO PNB, tapi bukan untuk urusan scholarship, jumpa saja-saja.

Pukul 9.00am datang Kak Lin yang call aku harituh, dia suro kami semua register dulu. So, aku dapat sesi yang kedua sebab sepatutnya aku datang 1 April lepas. Sesi kedua mula dalam pukul 10.00am, tapi pukul 9.30am dia dah suruh naik tingkat 38.

Sebelum naik, adalah budak laki datang dekat aku. Dia salam dan aku pun sambutlah dengan rasa senang hati. Dia kata macam pernah nampak muka aku, tanya punya tanya rupanya die budak MRSM Taiping. Mungkin jumpa waktu CSR Rebung la kot. Tapi sampai balik aku tak tahu nama dia. Teruk betul. Dia datang dari Kota Kinabalu, jauh betul.

Pukul 9.45am macam tuh, ada briefing sikit pasal Critical Reasoning Test Battery (CRTB). Aku dah tersenyum-senyum bila dengar Test Battery sampai orang yang tengah briefing tegur. Lawak betul. Ada tiga ujian kena buat : -

1. Mathematic
2. Verbals
3. IQ Test

Seriously, ujian satu, dua dan tiga semua aku tak berapa pasti boleh buat ke tidak. Haha, kalau korang nak tahu ujian dia tanya aku.

No comments: