Wednesday, April 08, 2009

Ape itu ? Wargh...

Tadi lepas makan daging masak merah dan siput masak lemak cili api, kemas-kemas sikit meja.
" Fariz, paip bocor tuh, umi letak baldi tapi dah penuh. Pergi tolong buang air dalam toilet bowl"

Uh, rasa malas nak buat tapi kesian tengok mak aku sakit pinggang. Pergilah aku bukak almari bawah sinki, usha-usha takut ada benda yang pelik keluar. Nasib baik jalan clear. Lepas itu aku tengok baldi,

"Oh, penuh nih tapi takdelah sampai boleh melimpah keluar."
Aku dengan berhati-hati terus usha lagi keadaan baldi itu. Wargh, ada li*** . Gerun aku tengok, terus menjerit.

"Apa nih, kata nak jadi doktor, li*** pun takut!," mak aku membebel dekat dapur.
"Fariz nak jadi doktor, bukan kena pegang li***, pegang mayat je." balas aku.
Macamlah mak aku tak paham yang aku memang tak suka dengan benda itu. Tapi terkenang balik zaman dulu kala. Selalu pegang hujung li***. Tapi entah macam mana dan apa punya tragedilah yang buat aku jadi gila bila tengok benda alah warna hitam kecoklatan. Fikir-fikir, macam mana boleh orang Jepun makan haiwan aneh itu.






Haha, berbalik kepada cerita tadi aku teruskan usaha. Cuba untuk angkat baldi padahal dalam hati dah down dah. Satu, dua, tiga, empat .... prekk**, baldi pecah lalu jatuh atas lantai. Banjir lagi rumah aku. Habis carpet and aku tengok li*** terkeluar dari baldi dan kaki-kaki semua bertebaran di atas muka bumi.

Kecoh satu rumah kecuali adik aku seorang yang sibuk dengan komputer. Aku tak rasa bersalah sebab ini semua mak aku yang suruh. Jadi, bukan salah aku! Tapi aku rasa bertanggungjawab untuk bersihkan.

Pangillah adik aku yang sibuk main game dekat atas. Kami angkat meja, angkat carpet, angkat paip getah, bawak masuk air, berus-berus, sabun-sabun, berus lagi, terus berus dan teruskan sampai rasa dah bersih. Lepas itu baru guna wiper.

Penat, peluh dan sakit badan-badan. Lepas semua siap, pergi keluar rumah ambil mangga dekat pokok. Erm, senang hati jumpa mangga. Hehe. Itu favourite aku. Yang manis, masam, masam-manis semua hentam. Kadang-kadang yang manis pun cicah dengan garam! Tak adalah sampai macam itu.

p/s : aku memang kena guna li*** sebab haiwan ini sangat jijik!

4 comments:

zeckie said...

hadoiihh
fobia lipas
ak fobia cicak!
urghh
musuh ketat
hahah

farizzaidi said...

aku dengan li*** je.
benda lain tak kisah.
segan aku.

amalina said...

hehhe..
tkot lipas rpenye kwn ak nie...
tp,ape2pn fariz mmg seorg anak yg baek =D

farizzaidi said...

haha,
aku malas je.
cme terpakse