Saturday, April 11, 2009

Kecik dunia~

Hari ini ada rumah terbuka,
cousin aku.
Ajak pukul 6.00 ptg,
tapi kami sekeluarga lambat sikit dalam pukul 7.20 mlm.
Biasanya manuia pergi medical check-up,
tapi hari ini hantar kereta pula pergi hospital.
Sebab itu lambat sikit, sebab ingat nak tunggu kereta siap.
Lepas itu pergi rumah cousin dua kereta pula.
Ayah satu, aku satu dalam kereta yang mak aku bawa.
AKU BELUM BOLEH BAWA KERETA LAGI x]
Kami makan, sedap rasanya. Enak sekali nasi dagang.
Lembut dagingnya.
Enak sataynya.
Perut isi semua sekali.
Lepas itu, kawan sekolah lama datang juga.
Syazwan namanya.
Lama tak jumpa, jiran cousin rupanya. [padahal dah lama tahu]
Kami borak, tapi tak lama sebab tak rapat mungkin.
Kemudian cousin ajak pergi ambil budak-budak tahfiz.
Seksyen 13.
Pergi jemput dua kereta
satu honda accord dan satu naza ria.
Helmi bawa, bukan aku. Satu lagi Syazwan bawa.
Suka hati dengar yang naza ria itu milik kawan lama.
Besar itu, cousin kata mereka keluar guna kereta itu.
Haha, suka hati hidup mewah.
Tak apa, insyaallah rezeki akan datang.
Lepas itu, balik semula.
Makin ramai yang datang.
Yop pun datang.
Baru kenal dengan dia lepas buat CRTB test dekat Menara PNB.
Dahlah kenal waktu dah keluar dari menara.
Aku jalan dulu seorang diri, pandang belakang nampak budak yang ambil ujian sekali.
"Eh, kaw nak balik mana, naik apa ?" Aku tanya dengan muka selamba.
"Aku Bukit Jelutong, naik lrt," katanya.
"Jom la sekali balik, ayah aku datang,"aku balas.
"Tak apalah, member aku tunggu dekat KLCC." Yop balas balik.
Serius, aku rasa aku tak tahu nama dia. Lepas tegur dia terus jalan.
Akupun jalan. ke hulu ke hilir tunggu ayah aku.
Lepas balik rumah bukak internet.
Bukak myspace, tengok photo baru Izura.
Kecil betul dunia, aku jumpa profile dia.
Baru aku tahu nama dia, Yop [nickname]
Syazwan pun pelik sebab aku kenal Yop.
Aku pun pelik.
Tapi tadi memang aku boleh bergaul.
Senang pula nak masuk, mungkin dia peramah.
Waktu jamuan tadi,
dia ajak member dia.
Faiz dan Asyraf tak silap. Budak Alam Shah.
Pandai-pandai budak ini.
Itulah dia, kecil betul dunia.
Dari KL sampai ke Shah Alam.
Tak kenal dan tak tahu
akhirnya mesra.

2 comments:

Deeya said...

ko buat aku rase
nk makan
SATAYYYYY!!!!

liyana said...

haha. nnt bila kat kolej lg laaa jmpe mcm2 manusia & later find out mmg kecik je dunia ni. tau2 bertembung. huhu