Tuesday, April 07, 2009

Doktorkah ?

Dah lama tanya-tanya, tertanya-tanya dan bertanya. Dari dulu buat temu janji, hari-hari berjanji dan aku mungkir janji. Teruk betul perangai aku. Sorry Naayen [nicknamekah?] banyak sangat perkara nak buat, belum lagi lulusan seorang doktor tapi dah sibuk macam PM.

Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua. Dah selangkah ke alam doktor, padahal interview pun belum lagi. Tapi, pertemuan bermakna kali pertama buatkan banyak benda beres! Lega hati, suka hati dan happy semacam. Cuma perlu effort lebih untuk practice depan cermin dan tengok muka sendiri berjam-jam mungkin ? At least, Essay & Soalan siap dengan sempurna.

Terus-terang dengan rasa rendah diri seikhlas hati nak ucapkan jutaan terima kasih untuk Naayen yang banyak sangat & teramat bantu Fariz. Detail betul advices dia. Tambah lagi dengan buku "THE LIFE OF A DOCTOR", yang banyak membantu.

Tapi, bila baca buku tu dari awal sampai habis terdetik pula, "betulke aku nak jadi doktor ?"
Bukan senang nak jadi pelajar perubatan, bukan mudah nak lulus graduan sebagai doktor tapi hidup sebagai seorang doktor sesuatu yang mulia.

"Life is short and the art of medicine is long, oppurtinity is fleeting, judgement difficult and experiment dangerous. The physician must do the right thing at the right time"

Tapi, aku teruskan niat. Sebab bukan semua orang dapat jadi doktor dan terdetik untuk jadi doktor. Mungkin aku calon bertuah.




Online Sponsorship Application

2 comments:

liyana said...

hee. u're welcome :) insyallah betul jln yg dipilih tu. yg penting niat utk berjaya, bleh tlg org ramai.

p/s: even ktorg skrg pon slalu je confuse, btul ke nk jd doktor? hoho byk tanggungjawab tu.

farizzaidi said...

yup2.
bce buku life as a docotr pun dah cuak dah +]