Wednesday, April 15, 2009

(Interview MARA)Rasa Macam Hidup Dah Berakhir!~

-Dekat Rumah-

Bangun pukul 6.45, sembahyang dan terus main komputer. Lepas itu sambung terus tidur sampai pukul 9.45 a.m. Dalam hati risau sebab tak ready dengan text, tapi rasa sangat mengantuk. Lepas bangun terus mandi dan masak Quick Burger, enak sekali.

Prepare barang² untuk interview. Dalam pukul 11.48 am, kawan aku datang ambil bawa pergi ktm Batu Tiga. Aku tengok budak ini dah pakai tie, dalam hati aku fikir tak panas ke ? Mungkin bersemangat. Hehe (=

-Dalam KTM-

Masa dalam train, penuh. Aku ada chances untuk duduk dan terus duduk, member aku seorang lagi terus berdiri sebab dia tak bernasib baik.

Sampai satu stesen, ada makcik masuk. Tak tahulah dia mak siapa, tapi kesian pula tengok dia berdiri. Ingat nak bagi duduk, tapi tak tahu nak ajak macam mana.

"Macam mana kalau makcik ini orang yang akan interview aku nanti ?" monolog dalaman.

"Nanti aku nak bagi tahu yang aku ini seorang yang cepat simpati, tapi kalau kanoti macam mana ?" cakap dalam hati lagi.

Aku pun buat selamba saja. Terus sandar dalam ktm. Panas rasanya, mengantuk pun ada.

-OTW To Menara MARA-

"Aku rasa better naik jejantas walaupun dah ada zebra line, sebab nanti mati kena langgar tak sempat nak interview" aku bagitahu Aliff Faidhi masa before cross jalan besar.

Memang aku berhati-hati gila waktu itu. Mana tak, prepare punya lama kalau masuk hospital buat penat saja.

-Bangunan MARA-

Ramai budak aku jumpa dan semua pakai baju lawa-lawa untuk jual diri, aku saja rileks tak pakai tie lagi.

Aku jumpalah geng-geng TGB :
  • Mole
  • Safwan
  • Rahil
  • Sherina
  • Saiful
  • Mus
  • Taufiq
  • Talat
  • Adib
  • Dibah
  • Syafiqa
  • Izzati
  • lain² tak tahu nama
Agak ramai budak TGB, budak-budak yang dah lepas interview semua macam HAPPY gila babi.

"Aku rasa best gila interview tadi, sporting gila panel aku, kalau tak dapat scholarship pun aku tak kesah" Presiden MRSM Langkawi cakap dengan HAPPYnya. Aku pun rasa macam gila pula dengar sebab tak pergi interview lagi.

-2.30 pm-

Aku, Syafiqa, Ruhil dan lain-lain pergi daftar, kami dapat tag. Aku Panel 12 tingkat 13, sama dengan Syafiqa dan Adib.

-3.00 pm-

Pengumuman suruh naik atas, semua berkuruman dekat lift. Sampai saja tingkat 13, rasa macam betul ke ini tempatnya ?.

Aku sekali lagi jumpa Faris budak PLKN dulu. Dia pun ambil medik, baru aku salam-salam padahal sebelum ini tak bertegur sapa pun. Dia cakap, tempat aku dekat hujung sana.

Aku nampak Saiful dan anak penceramah [lupa nama dia] dua-dua budak TGB. Diorang pun belum habis lagi interview, padahal dah masuk sesi aku. Kami borak-borak, lama tak jumpa. Dekat situ saja dah ada lima budak TGB. Lepas itu datang seorang lagi, budak TKC, Alya namanya.

Kami kenal-kenal dan borak-borak. Bila ada orang keluar dari bilik, tanya dia itu dan ini.
Lepas budak-budak sesi pukul 2.00 ptg dah habis, ada orang keluar dan check nama kita orang.

Dia tanya satu-satu ada ke tidak. Yang aku terkejut sebab dia sebut nama aku first. Padahal tadi dah borak-borak dan semua tak nak jadi orang pertama.

Lepas itu orang itu nak masuk balik bilik, aku sempat tanya.

"Do I have to enter the room now ?"

Dia tak paham apa yang aku cakap.

"Aku salah cakap ke tadi?" aku fikir dalam hati dan aku terus ulang soalan.

Sengal betul, buat aku cuak saja.

Aku terus bagi salam dan masuk bilik.
Confident gila.

Nampak lelaki muda dan perempuan tua.

Aku berdiri depan kerusi.
Aku tengok dia hulur tangan, "nak file ke ?" aku fikir dan aku terus bagi.

Lepas itu dia suruh duduk dan aku duduk.

Soalan :

1. Where you come from ?
Aku jawab, I came from Shah Alam. Taman TTDI Jaya

2. What is your parent jobs ?
Jawab lagi, bla.bla.bla

3. Where did they work ?
Oh, aku tak bagitahu detail, rasa macam aku ini bodoh! Tak clear jawapan tadi.

4. What is your last school ?
AKu bagi tahu yang aku budak tgb dari f4

5. Before that ?
Lor, aku fikir satu-satu dia tanya. Aku jawablah MRSM Terendak, lepas itu dia sampuk yang aku ini under Encik Hatta. Dalam hati, memang kenal sangatlah dah dia pakcik aku. Lepas itu aku jawab balik yang Encik Hatta itu HEA, pengetua Che Soh.

6. So who is TGB's principal ?
Nasib baik aku ingat, DR Mariam. Lepas itu aku sambung lagi yang kami dulu ada 3 pengetua.

7. Who is the other principal ?
Aku pun punya la sekali lagi jerat diri aku, aku asyik ulang TGB, TGB sebab lupa nama dia, lepas itu panel itu ingatkan aku Tuan Haji Ghazali Bahari. Bapak bangang aku, orang tak tanya tapi aku bagitahu. Haha. Tapi aku cakaplah yang aku ini BWP dulu, cuma lupa nama sebab dekat dengan nama MRSM TGB, konfius.

8. Where do you want to study ?
Aku jawab UK dan huraian-huraian, panjang juga.

9. Why you choose UK, is it Australia is not good ?
Aku bagitahu balik yang UK itu antara medik yang terawal dekat dunia dan dia accept.

8. We know that you want to study in UK, but do you realize that there are many students want to go there and the places are limited, so can you convince us why we must choose u ?
kat sini aku cakap la semua pasal kokurikulum aku.

10. If I give you white cloth, what are you going to do with that ?
Mula-mula aku ingat dia nak bagi baju putih, jadi aku cakaplah yang aku nak pakai, nak bagi orang dan naik paint atas baju itu. Lepas itu dia tanya lagi.

11 Do you really understand what is my question, I said cloth and not clothes.
Aku pun cakaplah yang aku sedikit konfius, lepas itu aku terus bagitahu yang aku nih english tak berapa baik dengan jujurnya dekat dia.

12. No, no, your english is very good, so right now i want you to give any opinion what you want to do with that cloth.
Aku pun jawab ini dan itu, tapi macam tak banyak sangat yang aku jawab dan ada sampai tergelak-gelak panel bila aku bagi opinion.

13 Actually this is a very simpe question and this is one of the question that the professor from University of Cambridge asked their student because we just want to know your creativity.
AKu cakap ar, aku nih critical thinking, so benda-benda yang senang ini macam susah sikit nak fikir. Kami gelak sama-sama.

Lepas itu habis, aku rasa sangat happy, sebab lancar saja. Tak macam interview medic-russia, susah nak mampus!

Thats why aku rasa macam hidup dah berakhir. Dah habis interview dan tunggu result saja. Tapi fikir-fikir semua orang boleh jawab, jadi siapa yang dia nak pilih ? tunggu sajalah.



12 comments:

zeckie said...

thniah2
dh abes intvw
=]
lwk la ko nye berhati2 2h
x terpk dek org laen
patotnye
ko jd r cm iklan kfc 2h
bg pnjm duit
tgk2 pmpn 2 bos kt tmpt die nk mnx keje
=p

farizzaidi said...

tahu xpe,
risau jgak ak.
nseb baik dia bukn interviewer.
haha!~
lega gela vavi srkg.
rasa mcm nak terbg, tp xde syp!

shikin said...

wah...aku makin nervous ni...huhu

farizzaidi said...

shikin,
dun worry.
sng jer.
haha. semua yg kluar rase happy.!

nadea said...

ni yg 13april tu ea
ouh sme

apsal bole engt soklan dea
byk giler
tp mara interviewer mmg best
mmg xkesah kalau xdpt

alia tkc yg pkai bju puteh tu ea
:)

farizzaidi said...

tidak². ni yg smlm, 15 april.
huhu.
mne x igt soklan, dah byk kali citer kt org.
huhu =)

camne leh thu dia pkai bju putih ?

nadea said...

sbb mse 13 tu ade berknln ngn sorg nme alya
dr tkc gak
dea pkai bju putih bunga merah ke pink ntah lar
engt kan org sme
nmpkny bkn lar kalau 15april intrvw ni
hee
bru engt dea amek finance bkn medic
kompem xsme

farizzaidi said...

yup2.
tp bju mmg mcm sme jer.
mayb bdak tkc dah set pakai bju per.

Farah said...

yaka Pres Lgk cakap camtu... ceyh, bgtao kat dy.. Ekeyen Kamen tol...! btw,fyi, nama dy Acap.
haha..

f a r i z z a i d i said...

uh, ak samar² nme die.
pnah jgak jmpe kt lgkawi n tepeng,
tp x bertegur kot.
haha =D

lady D said...

lawak2...
hahaha...
hrmmm....
TGB kau pnggl principal kte??
frankly speaking..
dats da frst tyme i noe bout dat..
hahaahaha

f a r i z z a i d i said...

TGB = Tuan Ghazali Bahari,
lpe gle name die..
kantoi dekat c2 la plak.
pastu mkcik interviewer yg sporting plak gtau.
*pergh, buat sogan jer...

;)