Friday, April 10, 2009

A atau B . yang mana satu nih...?

Okies, aku baru saja lepas buat Ujian Psikologi untuk MARA Interview. Soalan dia agak lebih kurang sebab namapun ujian psikologi. Tapi kalau hendak dikira, dibilang dan diikutkan, dah banyak kali buat ujian psikologi dan semuanya lulus bila buat sendiri tanpa bantuan tetapi berdasarkan kata hati dan pengalaman hidup.

Kadang-kadang ada juga yang perlu fikir sejenak, macam soalan ini :

" Adakah anda akan ketawa apabila mendengar cerita lucah ? " Lebih kurang lah.

Memang tak tahu nak letak A atau B, sebab takut nanti dia blacklist. Tapi aku jawab berdasarkan pengalaman. Haha, tak mungkin aku bagitahu dekat sini.

Masa tengah-tengah menjawab, ayah aku bagitahu,

"Oklah Fariz, nanti ayoh hantar pagi lebih kurang pukul 10.00 am pg kita pergi bangunan MARA," kata Ayoh.

"Ok, baguslah, nanti boleh rehat-rehat and jumpa kawan," aku jawab. "Fariz tengah buat ujian psikologi nih ayoh."

Ayah aku suruh teruskan. Tapi dia asyik bagi tahu aku lebih elok buat dengan kawan, sebab ini MARA judge kita. Tapi aku masih dengan pegangan diri, aku rasa benda ini perlukan kejujuran.

Mak aku pun sama, suruh ayah aku duduk sekali dengan aku, tapi bila aku cakap ini dan itu, ayah aku muka macam malas dah nak layan aku.

Kadang-kadang ak terfikir dan termenung, macam mana kalau ujian ini bukan berlandaskan kejujuran ? Betulkah ujian ini hanya mahukan orang yang perfect dan sempurna ? Semua terdetik. Tapi kata orang, yang sudah itu tak mungkin datang kembali.

Akupun terpaksa akur dan redha, tapi mungkinkah aku akan berasa tenang jika aku tidak mendapat biasiswa MARA semata-mata kerana ujian Psikologi ? Harap-harap tidak.

5 comments:

Anonymous said...

huhu..jujurnya ko..
ak pon x jwab ag section b..
:)

mufazai said...

aku bukan jujur,
cme aku rasa aku boleh buat!
haha (;

fithot said...

wahh gudluck kepada fariz! (:

liyana said...

yup yup. sepatutnya based on 1st instinct & kejujuran. apa yg kita btul2 rasa - but most ppl buat bg the best answer to impress ppl. sigh. tp tu la realiti ~

mufazai said...

hopefully
dptlah yg terbaik tuk psikologi test.