Sunday, April 05, 2009

Kawan-Kawan~

Pukul 6.50 ptg baru bertolak dari Bangi. Dengan hujan lebat, jalan sesak, macam-macam pula hal bila dah lewat ni.

"Umi, bawa laju sikit.. start pukul 8.00 mlm"

Laju juga lah mak aku bawa kereta malam ni, biasanya dia takut kena saman. Tak pasal-pasal bagi duit dekat kerajaan. Hehe, baik bagi aku je duit tuh. 140km/j dari seremban sampai ke Ayer Keroh. Sampai Seri Negeri, Ayer Keroh dalam pukul 8.15 mlm macam tuh.

Kereta hitam ayah aku disambut baik BWP 08/09, haha terharu pula rasa. Dah lama tak jumpa budak-budak nih.

Masuk je dalam kawasan dewan aku rasa jantung dup-dap-dup-dap. Cikgu merata-rata, junior pun bersepah sampai tak tahu nak buat apa. Salam jelah kalau ada yang hulur tangan tu. Kalau tak hulur kirim salam je. Hehe.

Tak sangka ramai betul muka-muka straight A's. Bangga pula jadi warga TGB. Tak pernah jadi bangga macam ni. Mula-mula terpinga-pinga sebab tak tahu nak buat apa, lepas tuh tanya seorang-dua dia suruh daftar. Mula-mula nampak cikgu Suhaily tapi sebab sibuk punya pasal pergi buat urusan sendiri dulu.



Last-last tak sempat pula nak jumpa Ayah angkat. Rasa macam sedih pula. Tak tahu sapa yang sedih, aku atau cikgu. Rasanya mesti dia pun sedih juga sebab anak homeroom macam tak kenang budi. Adess, rasa serba salah pula malam tuh.



Berbalik semula, kiranya malam ini memang sangat meriah. Jumpa kawan-kawan lama dan aku sempat juga posing sana-sini. Ada yang dulu aku tak berapa rapat pun, bila dah chat dekat YM kami jadi rapat. So bila jumpa masa dinner baru bertegur sapa.

Jumpa juga dengan budak politik seorang ini. Hari-hari bila online bincang pasal politik, masa berlalu macam itu saja bila buka topik ini. Itu salah, ini salah dan semua salah. Tapi walaupun lain-lain pangkah, kami tetap budak "TGB". Itu yang jadi kebanggaan.

Lama juga ambil gambar dan sempatlah juga bergambar dengan budak Kolej Mara Kuala Nerang. Haha, saja aku sebut sebab Syahrin dan Fazrul memang bangga dengan kolej mereka.
Tapi. dah biasa dah bangga-bangga antara kami semua. Tapi dengan orang lain bukan personaliti aku.











Tapi apa-apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada :-

Ayoh & Umi
~ Selalu sangat ingatkan Fariz untuk belajar sungguh-sungguh kalau nak jadi doktor

Cikgu Suhaily
~ Banyak tolong masa Fariz dalam kesusahan dekat TGB

Cikgu-cikgu TGB
~ Sebab ajar Fariz sampai jadi orang yang berjaya, alhamdulillah!!

Classmate dari 4/511
~ Sebab terus bagi semangat untuk cipta kejayaan masa tengah stress waktu nak dekat SPM


BWP 07/08
~ Sebab selalu bersama dengan Fariz masa susah dan senang (;

Semua orang
~ Samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Hopefully kejayaan aku dalam SPM 08' akan membuahkan kesenangan kepada RAKYAT MALAYSIA



2 comments:

amalina said...

waa~
congrate...

farizzaidi said...

tenkius!