Saturday, October 13, 2012

Isu menarik sebelum exam : Pintu

*Mengeluh*

Tengah dalam mood exam ada juga yang nak timbulkan isu.

"Wei.. keluar Mmg jenis tk reti tutup pintu ke apa" M 
"Dh tutup la" I 
"Tak tutp pintu, tak kunci pintu. Apebenda laaa" L"Ada la tu yg baru keluar" L 
"Suka hati korng la" I 
"Apabenda nak marah kalau tak buat. Nak ckpnya, sape2 pun yg keluar lepas ni tutp la pintu, dan kunci" L
Itu ekstrak perbualan dalam 'group whatsapp' rumah sorga. Tak tahu rumah siapa, bukan rumah aku lah yang pasti.

Benda simple, hanya kerana pintu. Dibiarkan terbuka, tidak tertutup apatah lagi berkunci. Dan ini perkara biasa. Selalu berlaku. Tapi, rasanya ini kali pertama nasihat diberikan dalam group tersebut oleh penghuni rumah sorga.

Malang sekali, isu ini menjadi besar bagi segolongan 'kecil' ahli rumah sorga. Kenapa? Aku pun kurang pasti. Kata orang, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Tapi aku rasa bukan si 'kecil' yang memakan cili, tapi pedasnya terasa oleh si 'kecil' sampai ke hujung rectum.

Dalam sedang sibu menelaah ilmu diwaktu petang, tika mana mood kurang ceria, terdengar suara sumbang.
"woi, tutup pintu tuh""jangan lupa kunci"
Kalau sekali mungkin boleh ditafsirkan sebagai 'sedang menyesuaikan diri' dengan mengingati rakan-rakan yang lain.

Tapi dua, tiga kali disebut secara lantang, hairan juga. Hairan. Agaknya sensitif sungguh. Jenis 'Hypersensitivity' yang mana satu pun tak dapat dikenalpasti.

*mood memblog sebab dah kurang mood belajar, tapi tak nak tidur*


No comments: