Sunday, February 12, 2012

"Kumpulan Cerita My First Time"

Salam,

kalaulah anda faham di sebalik tajuk post untuk kali ini. kalau faham baguslah, kalau tak faham tak apa, google sahaja. tapi aku tak naklah bertanggungjawab apa yang kau orang jumpa and explore seterusnya.

Hari-Hari Terakhir Di Malaysia

Of course bila hari-hari terakhir rasa sayu pulak nak tinggalkan rumah. dah tujuh bulan duduk membosankan diri, buat kerja rumah, jadi bibik or supermak, kerja sekejap and macam-macam. tiba-tiba masa yang panjang hilang. 

dalam hati nih selalu fikir, apelah aku nak cakap dengan parent bila nak fly nanti. dahlah selalu emotional, durhaka, durjana, okay melampau. sampai kadang-kadang terfikir nak buat surat tulis apa yang patut rather than cakap open masa dekat airport. tapi semua pun tak buat.

terima kasih kawan yang datang ceriakan suasana dekat rumah. makcik pakcik jangan ceritalah, meriahkan suasana kewangan semasa, bersyukur sangat dapat kazen-mazen yang kaya-kaya ni. nak kaya senang, selalulah buat makan-makan nak belajar ke luar negara. cehh, jangan tiru gaya saya.

malam sebum fly, Asyraf Onn, Haziq Zubaidi and Shauqi Hilmi datang. lama jugak dok dalam rumah, macam masuk rumah tak reti-reti nak keluar. pukul 1.00 am baru keluar rumah. tapi memang kenangan paling manislah, tak pernah lagi orang balik lewat malam, almaklum rumah aku bukan clubbing ke apa. kedatangan diorang memang memeriahkan suasana, dengan sorang-sorang ada good public relation, rasa termotivasi pulak nak jadi seceria itu. 

masa dekat airport memang agak menggelabah mula-mula bila beg orang KLIA tak bagi lebih dari 30kg, padahal each of us bawak 35kg. Finally dengan budi bicara dalam satu jam berjaya pun bawak 35kg. and seriously, aku tak sempat nak cakap apa-apa sangat dekat family, rasa sangat tak sabar nak turun bawah, and pergi tinggalkan family macam biasa. tapi bila dah menunggu boarding dekat bawah, and after calling my mom, barulah nak mintak maaf and tiba-tiba air mata mengalir. waktu tuhlah nak fikir bila lagi nak peluk mak, ayah and all siblings. okay, sekarang pun mood sayu tiba-tiba.

dalam airoplane lagi best, berak sampai tiga kali. menarik betul, tiba-tiba ada suasana nak berak, dalam plane pulak tuh, hampeh! dah la first time masuk tandas bau taik srikandi sri lanka hampeh gila, busuk! siap ada sisa lagi, tak tahan betul. at first ingatkan tandas memang bau macam tuh, tapi lepas aku guna wangi semacam je, betul-betul busuklah depa ni. nasib baik la ada simpan sanitizer.

Di Sydney

dekat airport menarik jugak, ada tiga orang pegawai kastam tanya soalan. aku jawab dengan penuh sopan-santun, suara yang perlahan, volume dua daripada sepuluh. haha, terkejut kau kena tanya soalan dalam bahasa inggeris, tak reti nak jawab.

best part bila ada yang tanya pasal makanan apa yang aku bawak, aku pun cakaplah instant food. then dia tegur, kan ada banyak instant food, instant yang macam mana yang awak bawak and bla, bla, bla soalan dia. pergh, terdiam sementara, mana la aku reti bahasa inggeris nih, pusing kepala satu minit nak jawab apa. finally cakap curry powder and all. then terus pergi tempat check, diorang suruh letak beg laptop dekat bawak, and anjing dok bau. dalam lima saat je dah lepas. tak bukak beg langsung, kuasa Allah (;

sampai-sampai Sydney dah malam. keluar kastam tengok ada senior ramai-ramai, terharu. and pegawai MARA pun ada, sempoi gila. lepas tuh bergambar sikit and terus naik happy cabby. 52 AUD seorang untuk pergi Newcastle. Dekat Sydney tak sejuk lagi waktu tuh, biasa-biasa.


Di Newcastle

sampai Newcastle memang sejuk sangat, on the way pergi rumah senior, kiri kana rumah besar-besar. terbaik! keluar dari bas, sejuk gila, padahal sejuk aircond la, dalam 15 degree celcius mungkin. masuk rumah senior punt terpegun, besar, dengan balkoni bentuk "U" lagi, tempat solat lagi, terbaik! and pemandangan waktu malam yang sangat indah dari balkoni.

senior memang semua baik-baik. first night soap bagi kami tilam, depa sanggup tidur atas kerusi. dengan hidangan nasi beriyani lagi and teh panas masa tengah sejuk. terbaik sungguh!

okay, itu sahaja pengalaman buat masa sekarang. member lain semua tengah tidur. aku pun nak sambung tidur.

No comments: