Monday, September 13, 2010

cincin daripada pakcik yang tak dikenali

salam, hari nih banyak kisah menarik. tapi aku nak sharing tentang kisah seorang pakcik tua berbaju putih. aku takut benda nih hilang dari ingatan aku, so aku tulislah dekat sini. sape nak baca, baca, kalau tak nak paksa diri untuk baca !

masa raya kedua, aku turun bawah dengan berbaju putih (baju indonesia) yang mna aku memang nampak semat semacam je **bangga nih, kembang hidung. then, aku nmpak pakcik tua yang muka familiar, tapi aku tak berapa nk kenal ada tengah makan dekat ruang makan. then aku terus menghala ke tempat tengok tv. tiba-tiba dia datang. waktu tuh datuk aku dekat tepi, and dia bagi cincin dekat aku, hulur-hulur. aku ape lagi, tolaklah pemberian dia. lagipun takut aku ada benda-benda yang tak elok dalam cincin tuh. then dia bagi lagi, dia kata hadiah, aku tolak jugak. tapi datuk aku suruh terima. so aku pun amek and tak aku pakai sebab besar nak mampus. letak dekat ibu jari kaki baru muat agaknya.

then, tiba-tiba dia salam and tunjukkan alat pengira tasbih. dia hulur dia cakap.
"Assalamualaikum, jangan lupa Allah, jangan lupa Rasulullah. Mati ada dua jer, samadah masuk syurga atau neraka"
tapi aku tak berapa nak jelas dengar apa yang dia cakap, coz gigi dia takda (pengajaran, sila jaga gigi masa muda-muda). then dia mintak aku hantar dia dekat stesen bas, and datuk aku cakap aku tak reti drive dekat sini. and dia minta ayah aku plak hantar, and datuk aku cakap dia nak pergi tempat lain. last-last dia pun balik sendiri.

lepas tuh datuk aku cerita lah dekat aku pasal pakcik nih. dia dulu-dulu masa muda geng-geng jahat. paling jahat. merogol perempuan orang, merompak, mencuri and sampaikan anak sendiri pun dia culik and mintak tebusan daripada mak mertua dia. sampai macam tuh sekali. tapi bila dia kena tangkap, polis cek, dia ada masalah mental. so dia dilepaskan macam tuh je.

then masa dia tua, dia datang kedai buku datuk aku and cakap "ini Md ke ?" datuk aku pun pelik sebab dia tak kenal orang tuh. then dia setiap tiga bulan datang rumah datuk aku, sebenarnya datuk aku nih agak pemurah sket, dia banyak tolong orang-orang lain, sampai orang macam tuh pun dia bawak balik rumah. so setiap kali dia datang rumah dia akan mintak duit, and sampai satu masa datuk aku bagi nasihat pergi kedai ... beli cincin dan jual. then rezeki pakcik tuh plak banyak, dia pun pergi menjual dan beribu-ribu duit dia dapat sampaikan ada one time die plak kene rompak dengan budak-budak jalanan. lepas tuh dia tanya datuk aku lagi, dia kata hidup dia tak bermakna sekarang nih, so datuk aku suruh dia beli jubah and kopiah. datuk aku suruh berdakwah tapi just suruh dia tegur orang and cakap :

"Assalamualaikum, jangan lupa Allah, jangan lupa Rasulullah. Mati ada dua jer, samadah masuk syurga atau neraka"
so, barulah aku tahu yang dia apa dia cakap tuh adalah ajaran datuk aku. memang sangatlah banyak pahala kalau kita ajar orang and orang guna. tapi now pakcik tuh dah bertaubat, cepat orang berubah. anak-anak dia pun dah terima dia balik sebab pakcik tuh bagi anak-anak dia basikal and macam-macam lagi dengan hasil pendapatan dia. so tengoklah, semua orang boleh berubah, daripada jahat kepada baik, daripada miskin kepada kaya. tapi kalau daripada tua ke muda tuh memang tak dapatlah ye.



No comments: