Friday, May 07, 2010

gua semua betul, orang lain salah

"gua semua betul, lu orang semua salah!"

kadang-kadang bila orang cakap macam nih, gua asyik terasa pada diri gua. betul, gua selalu anggap diri gua betul, orang lain bermasalah. gua tak lari dari mengkritik di belakang tabir dan gua tau, gua perlu berubah.

apa yang gua harapkn, dari seorang rakan, sahabat, adalah teguran sedirect yang mungkin. gua nih jenis yang tak senang nak perasan kesalahan diri sendiri. even ditegur secara general lagilah tak terasa. sebab apa ? sebab gua rasa gua selalu betul. jadi, tolonglah, tegurlah secara direct kepada gua, sesungguhnya gua terima dengan hati yang terbuka dan itulah yang gua nak. kawan yang boleh menegur, bukan asyik memuji. tapi nak puji boleh jugak, cuma janganlah disimpan segala kelemahan-kelemahan yang gua tonjolkan.

kenapa tiba-tiba cakap pasal benda nih ? actually semalam gua dan classmate ada buat sharing session. this is my first time buat sharing session dekat kmb. previously gua handle activity, so tak dapat nak join. kalau before-before this, sekolah lama gua kerap kali buat. jadi gua memahami perasaan classmate gua. tapi dekat sini, selagi tak pernah gua join, selagi tuhlah gua akan terus berpandangan buruk terhadap orang lain. so semalam gua dah faham, mengerti, perasaan setiap orang. semua orang ada sebab kenapa dia berbuat demikian. kita berbeza family background, kita tak sama, itu yang membuatkan diri kita lain-lain dan tak ada apa yang perlu dikritik, dikomen di belakang tabir.

so sekarang gua insaf. gua tahu hubungan gua dengan budak-budak dalam kelas tak seberapa. mungkin kerana gua suka hidup bersendiri. selama gua hidup, hanya dua tiga orang saja kawan yang benar-benar kawan bagi gua. tapi, insyaallah gua cuba untuk perbaiki diri gua. berkawan, bermesra dan mengharapkan tindak balas yang baik dari mereka. kadang-kadang gua rasa, gua kurang diterima, mungkin kerana perwatakan gua. gua tak seberapa, kurang, dan penuh dengan kekurangan. tapi itulah gua, yang kadang-kadang membuatkan diri gua kurang untuk mendampingi dengan orang lain. low confident. berubah. inilah masanya. ;)



3 comments:

AxL VoGa said...

tapi kan, ak takut la nk tegur ko sbb ko slalu balas balik..so ak senyap je lah.....

crazerx said...

we are family!

together we stand, divided we fall..



p/s: ak ad tulis psl sorg2 kat blog.. nnt ak bgi link.. firstly.. soryy sbb ak xpndai bgi conclusion.. secondly, thank u sbb tego ak.. really appreciate it =)

F a r i z z a i d I said...

AxL VoGa : thx bgtau ak. kalau lh kaw tk bgtau ak, mne la ak thu yg ak nih jenis fast reaction. hehehe.

crazerx : nice :)