Saturday, May 08, 2010

Outing bersama ;)

secara serius, ini kali pertama gua outing for this semester. selama nih plg okay pun just balik rumah coz rumah sangatlah tak berapa nak jauh ;) tp semalam gua telah outing, bersama-sama rakan dan teman yang tak lama lagi akan menjadi kenangan. gua akan tercampak ke kelas lain, sangat lain dari yang lain. gua akan pergi ke kelas M09C ;( kawan-kawan kelas gua yang lain semua tercampak sekali di m09a or m09b.

jadi semalam mmg seronok. dua ronok. ronok-ronok. ronok-ronok-ronok. kami berjalan ke banting sehinggalah waktu maghrib. susah senang kami harungi, padahal tak susah mana. peristiwa yang gua tak boleh lupa adalah peristiwa makan di restoran mamak. waiter mamak datang dekat gua dan minta order, entah mcm mana mulut gua sangatlah friendly, gua tanya macam-macam : ingat ke order nih ? sedap tak mee goreng mamak ? dan seriusly, mee goreng mamak dia memang sedap! walaupun tengok cara dia masak sangatlah menggelikan, peluh di sana sini, tapi kedai makan tak lari daripada masalah nih, mana-mana pun sama je even dekat kolej mara banting food court, cuma sama ada kita tengok secara live atau siaran tertunda atau tidak sahaja. jadi semalam gua memang menghadap tukang masak, siaran live. itu yang menggelikan hati. sampaikan satu nenek yang sedang berdating dengan datuk pun tertawa melihat expressi muka gua atas reaksi mamak yang masak tuh ;)

tapi, gua serius takut masa makan. mamak tuh buat muka stress dan tak puas hati, dengan makanan untuk budak perempuan pun tak sampai2, akhirnya dak pompuan tak makan. tp mamak tuh memang terussssssss buat muka stress, serius gua rasa cuak. kalaulah ayah gua ada, dah lama dah mamak tuh kena tengking. ;)

then masa tengah tunggu dak perempuan dari sembahyang maghrib, kami kena tazkirah dengan seorang pakcik yang baik hati. sungguh senang dia nak mendekati kami, gua rasa sangat suka sebab approach dia, yakin, dan sporting. kadang2 gua sangatlah mahukan benda nih ada dalam diri gua. banyak yang kami dapat dari dia, antaranya jangan keluar bersama-sama perempuan. hehe.

1 comment:

muhammadwan said...

amboi. pandai ehhh. haha. time2 maghrib lagi tuuu