Sunday, October 17, 2010

habis madu sepah dibuang


Dilarang sama sekali mengambil serius terhadap apa yang bakal dibaca selepas ini. terima kasih.

SATU

"Booo, boooo ..."

Antara reaksi sebahagian daripada pelajar semasa seorang calon MPP sedang memberi manifesto. Ini antara reaksi mereka, mungkin protes terhadap mereka yang tidak memakai tudung.

Bukankah kita diajar untuk tidak membenci pelaku, sebaliknya membenci kepada apa yang dilakukan sahaja ? Ini antara satu perkara yang tidak patut ditonjolkan. Malah tindakan penyokong juga melanggar etika malam manifesto. Sebagai nasihat, janganlah senantiasa melabel orang. Tidak bertudung tidak semestinya tidak berakhlak dan tidak boleh dibentuk. Carilah peluang untuk membentuk mereka daripada terus melabel.

DUA

"anda disarankan mengundi ... , ... , ..."

Terasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak. Perkara seperti ini walaupun dianggap sebagai salah satu cara berkempen, tetapi sebenarnya ia telah mematikan sesetengah calon-calon MPP yang lain. Padahal semua calon perlu menerusi manifesto dan lain-lain proses sebelum pilihan raya. Tetapi akhirnya harapan dimatikan dengan mesej yang telah disebarkan oleh sesetengah pihak kepada pelajar-pelajar tahun 2 dan rata-rata tidak turun ke dewan untuk malam manifesto. Tak dinafikan, mesej ini adalah satu usaha yang baik. Tapi mungkin berlaku ketidakkeadilan.

**Mungkin perlu diusulkan agar hanya pelajar tahun satu sahaja yang perlu turun mengundi pada masa akan datang.

TIGA

"Lady Gaga new album released .."

Buang undi pun nak promote-promte Lady Gaga ke ? Tak pasal-pasal jadi undi rosak. Ada juga yang beremosi semasa mengundi.

"Kami nak Syed ...
"

Pelik-pelik. Jadilah pengundi yang lebih bertanggungjawab lepas ini. Dan ada juga yang makin pintar, dah tahu sistem yang kami jalankan untuk detect orang yang membuat undi rosak. Jadi, mereka terus koyakkan bahagian yang bernombor. Tak apa, kami akan membaik pulih sistem.

EMPAT

"okay, kalau tak ada apa-apa, SPR dan calon-calon MPP yang tidak berjaya bolehlah keluar dari bilik ini"
*ayat mungkin tak sama

"habis madu sepah dibuang"
"pergh, kena halau macam tuh je"
"..."

Antara kata-kata yang terdengar selepas keluar dari LT1. Mungkin sepatutnya SPR menutup majlis tersebut sebelum kami diarahkan keluar.

Kadang-kadang terasa juga, siapalah kami. Tak penting, mengada-ngada, blablabla. Habis madu sepah dibuang. Tapi itulah hakikat sebagai seorang SPR. Apabila kerja sudah tamat, anda tidak lagi berguna. Tapi yang penting kami telah menjalankan tugas dengan amanah tanpa sebarang gangguan daripada pihak lain. Harap-harap semua pelajar dapat menerima keputusan MPP yang baru dengan baik. Dan minta maaf atas segala masalah yang timbul semasa proses pilihan raya dijalankan.

LIMA

Banyak pengalaman yang ditimba semasa menjadi ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ia memang satu pengalaman baru dan tidak akan dilupakan. Walaupun memang terdetik untuk mencuba sekali lagi menjadi sebahagian daripada MPP, tapi pengalaman posisi yang baru adalah yang lebih baik.

Maafkan saya kalau ada silap dan salah sepanjang menjadi Presiden SPR Batch Kita untuk sesi 2009. Maafkan kami jika kerana kami mempromosikan borang MPP kepada anda, anda tidak dapat duduk senang semasa menjadi MPP kerana tugas-tugas yang dipikul. Tapi yang pasti anda telah berjaya mengharunginya dan mendapat manfaat daripada posisi tersebut untuk diaplikasikan pada masa hadapan. Insyaallah.

Terima kasih Samuel Kana Anak Lis kerana mengucapkan terima kasih kepada saya. Sangat terharu... (awwww)

Sekali lagi, jangan ambil serius











2 comments:

ana.ana said...

thanx fariz zaidi!adore your job!lol (make sure ko terharu dgn st8ment aku ni.lol)

FaizRodzi said...

pertama
thumbs up to SPR.

kedua
pancing undi via msg. persis membeli undi dalam pilihan raya nasional. mungkin kerna elaun baru 100 sebulan, msg je lah. klau nnt dah 100 ribu? haha. saja ja create situasi ni.