Friday, November 27, 2009

beraya di perantauan


Selamat Hari Raya Aidiladha!

rasa sadis bila berjauhan di perantauan. bangun-bangun ada new message dalam inbox. "Selamat Hari Raya!" daripada ayah nun jauh di Kelantan, Malaysia. Kami para pelajar yang sekarang sedang menuntut di IB World International School terasa sayu mendengar laungan (serua or apa-apalah yang sesuai) takbir dari musolla terdekat.

bangun lambat, dalam pukul 8.30am sebab tidur lambat (study lah konon). then nasib baik sampai2 surau terus dia solat. at least dapatlah solat raya. then kitorang pergi Malaysian Hall, ada hidangan makanan tradisional Malaysia. (Rendang, nasi kotak-kota (impit), roti jala dan kuah kari). Sangat syiok, rupa-rupanya ramai pelajar dekat IB World International School nih tak balik beraya di Malaysia,

Kemudian kami beramai-ramai ambil gambar untuk sisipan Salam Perantauan Berita Harian. kemudian aku pun terus balik bilik dan tidur (rajin betul belajar). Bangun tengah hari, makan lagi. Nasi apa entah, tapi cool lah. After sembahyang Jumaat ada main bedah-bedah lembu. Aku just tengok yang first je, yang lain2 aku bagi chance dekat orang lain tengok. then masuk bilik & tidur lagi. akhirnya, hari jumaatku penuh dengan kajian ilmu dalam mimpi. cis.

yang penting, hari nih makan sangat best. dengan supnya, lepas tuh budak2 yang datang sini pun bawak makanan. kiranya aku tidur seharian suntuk semuanya sebab terlampau kenyang. haish.



3 comments:

Hanis Amanina said...

x dpt dibayangkan sayunya raya di perantauan selagi x rasa sendiri. huhu. by the way, slmt hari rya, n good luck 4 the exam. may Allah bless u

+firdausmatnoh+ said...

haha..macam hape..
apddehal tak blek kampung je..
still kat M'sia lg...
ko tgh blatih wat express pngalaman braya kat London ke?
+ngan M'sia Hall r....klaka tol ko nih..:))

salwaabubakar said...

sgt best...hehhehehe