Thursday, July 14, 2011

adoy, takde duit, camnee nih T.T

salam readers yang kaya raya,

saya aku puji, so korang boleh transfer duit dekat akaun aku.

camneh citer die, daripada hari selasa lagi member sorang tanye, 'nak pergi tengok harry potter ?' untuk memeriahkan suaasane member yang nak fly tak lame lagi. aku pon ape lagi, 'okay, tadehaal !'

lepas tuh tiba-tiba member suruh aku drive, yelah, before this die dah asek drive je, aku pun okaylah. aku lak lupe yang kereta ade due je, satu mak aku gune, satu lagi kakak aku nak kena pickup adik aku yang pergi sekolah, plus beli lauk sebab bibik balik indon, plus mak aku suruh ..., plus mak aku suruh ... dan ...

aku pun terpakselaaah mesej dengan rasa berat hati, sebab kesian, asyik die je drive, 'weh, naik kete kau eh, ...(censored)...' and mesej skali lagi sebab die tak reply 'weh, ...(censored)..'

then tiba-tiba ade dapat mesej dari member nih, dia suh datang rumah ... dalam pukul 11.30 am, sebab die anto mak die pergi klinik.

aku pun rase mcm die tak perasanlaah kot yang aku dah mesej die. die pun maybe penat kot, hantor adik pi skolah, then hantor mak pi klinik pulak. (positive)

tapi, at that time, aku tak fikir positif lah pulak, maybe sebab dia nak aku bawak kereta jugak, since asyik die je bawak. so aku pun terfikir ...

tak semua orang faham keadaan kita. (terpost dekat facebook) kadang-kadang bila kawan dengan orang kaya, diorang tak expect kita macam nih, tapi takleh nak salahkan dia, sebab mungkin dia tak pernah merasa kan ?

tapi lepas tuh, aku terus fikir positif, anggap dia tak perasan message aku tadi. so aku message lagi. and finally dia pun okay, and suruh aku datang rumah dia.

pengalaman nak sampai rumah dia tuh memang jangan cakaplah, susah benor nak kejut kakak aku yang tengah tidur, sebab nak suruh hantor. aku memang dah patah hati dah waktu tuh, ingat nak bawak je kereta yang satu lagi.

lepas tuh mesej umi, 'fariz bawak kereta sebab tak ada orang nak hantar gi rumah kawan'

then mak umi reply, 'senang je kan fariz, tak fikir sape nak ambil adik semua'

aku pun terfikir jugak, sangguplah kan, sebab tak ada orang nak hantar pergi rumah kawan, sanggup bawak kereta, and biarkan adik balik sekolah jalan kaki, lepas tuh kereta yang kita bawak tuh habis duit minyak and semua. (tiba-tiba duit minyak, tapi yelah)

then aku terus naik atas, kejut lagi kakak aku, and luckily dia bangun and terus mandi.

aku reply balik dekat umi ' memang senang. tapi nasib baik ... dah bangun'

and aku pun terus ke rumah member (: finally. tapi tak stop dekat sini. member pun bawaklah kereta pergi midvalley, and park dekat the gardens. four of us all together. yang tiga-tiga semua kaya-kaya, jangan cakaplah. seorang section nine, dua lagi section thirteen bungalow house. omaigod.

and waktu tuh, diorang calling-calling dengan member yang dah sampai, tanya nak makan dekat mana. pulak tuh dok cerita kedai mahal-mahal, delicious lah, ape lah. haha. (time nih sumpah cuak) aku dah laah bawak rm27, rm27 sahaja. adeyh, dah tuh nak pergi makan kedai mahal (waktu nih belum buat decision lagi).

aku pun ape lagi, mesej-mesej dengan umi, 'umi, ade cimb tak? member-member nih nak makan, fariz betul-betul tak ada duit'

aku pun tak mengharap sangat mak aku nak transfer, tapi die reply 'nanti umi balik ofis umi bank in'. alhamdulillah, syukur sangat-sangat. tak adelah rasa gundah gelana sangat. tapi bila lah mak aku nak transfer duit kan, so aku terus cuak, fikir-fikir timing yang sesuai untuk cakap dekat member yang beli tiket pasal aku nak bayar kemudian.

luckily, diorang just makan dekat food junction. so average harga rm10 je lah. waktu tuh, memang lega habis. at least ada dalam poket rm17. memang still tak cukuplah nak bayar duit panggung rm20
(harry potter 3D). so waktu tengah order makanan tuh, member ade dekat situ, aku pun terus terang cakap dengan dia, .... and dia okay. alhamdulillaaah, syukur.

okay, so takde sangatlaaah interesting pun kan cerita nih, cuma tuhlaaah, orang yang tak ada duit macam aku nih, nak pulak berkawan dengan orang kaya-kaya, macam mana kan? susahlah, orang kaya, eventhough ade setengah tuh macam tak berlagak kaya, but still, diorang punye duit flow laju je and always available lah dalam dompet untuk beli itu and ini.

aku nih, duit tarak. haha, adehh. tapi tuhlaah, tak ingat pulak zaman-zaman dekat kmb dulu, duit memang parent masuk banyak, setiap kali duit takder, mintak, then dapat. mungkin taknak bagi kita tension kan? suka sangat duduk kmb, duit sentiasa dekat tangan. tapi, bila dah cuti, jangan citerlaah, bukan main payah lagi nak dapat duit. tunggu ayah aku balik dari indon je lah baru boleh dapat duit. haha, nasib baik tiap-tiap minggu aku yang hantar dia pergi airport, dapatlaah duit sikit.

okay-okay, takda kena mengena dengan yang mati, tapi yang hidup ada. to reader, kalau macam terperasan 'member' itu adalah dia, jangan nak marah sangat okay? lagipun pasal kekangan hidup aku je pun. sebab ini cerita pun untuk aku refleksi diri sendiri. mungkin boleh jadi pengajaran bila aku dah besar nanti. (:

5 comments:

dhameera aziz said...

hey, sorry
i taktaw macam mana to reply ur comment. soo i comment u back :)
anyways, nope i don't use FB sorry

arlina said...

eh sedihnya aku baca cerita kau ni fariz. :(, aku pun sekarang ni rasa mcm ni. :( xpe lah, nanti kita kaya, bersyukur lebih la kot

mufazai said...

ahhhh, ingatkan dah buat draft td, sebab tkut lah org komen pape plak -.-'

tp tuhlaah, insyaallah, ble dah kayaa nanti (walaupun nih bukan tujuan) kte akan sentiasaaa bersyukur.

Adibah Mohamad said...

err... fariz ak cadangkan ko banyakkan bersedekah. insyaAllah Allah murahkn rezeki anda. ;)

+firdausmatnoh+ said...

tgh elaun tak masuk ni,mmg tak kaya bang. haah. aku pon mcm ko gak..LOL