Monday, August 08, 2011

Murtabak

Salam (:

Harap-harap readers sekalian tak pernah ponteng puasa lagi, jangan ulangi peristiwa dulu-dulu, kalau orang tak ada, curi-curi makan biskut jacobs hi-fibre, minum air dan sebagainya. aku tahu korang memang pro benda-benda macam nih, lagi-lagi bila dah every year practise amalan kurang sihat nih. :D

Jangan lupa, jenguk-jenguk sikit adik-adik kita tuh, diorang pun sama je macam kita, tabiat luar biasa nih dah memang akan diwarisi, hehe. kasi kantoikan je diorang nih, biar malu, tapi mahu. korang kan tahu bila waktu-waktu terbaik untuk diorang curi-curi minum semua, sebab korang lagi expert. sekarang pulak bila gaji maid naik, parent pun tak hire maid dah, lagi selalulah kita nampak budak-budak nih aktif semacam sebab perut dah kenyang.

Oh, topik kita Murtabak. sebenarnya, nak habaq bagi readers yang tak pernah pergi bazaar ramadhan *tak logik langsung*, sekarang nih tiba-tiba ramai plak yang jual murtabak dek cendawan tumbuh selepas hujan *cait, dah lama tak guna peribahasa*.  punca paling utama kehadiran diorang nih sebab kita selalu dok salah dengar RAMADHAN AL-MUBARAK jadi RAMADHAN AL-MURTABAK. Itu pasal orang dok berlumba-lumba buka gerai murtabak, nak dapatkan pahala bulan ramadhan. yang kita-kita nih pulak sebagai pengguna pun sama-sama nak rebut pahala, sambil melakukan fardhu kifayah dengan membeli murtabak. *haaah, pening-pening* itu pasal ramai yang dok beratur panjang dekat bazaar, sanggup tunggu lama-lama.

Okay, dah habis, dah habis topik. salam sayang dari mufazai. muaahx.

2 comments:

Maicher said...

haha. kelakar sebenarnya post nih.

"berkejar-kejar nak kejar pahala ramdan al-murtabak?" HAHAHA.

lawak lawak.

azizishak said...

jgn ko sebut kt orang mesir, Ramadhan mubarak. Sebab dorang benci. Nt dorg teringat pasal hosni mubarak tu. ko sebut je ramadhan kareem.