Thursday, May 28, 2009

Bakal aku rasai,

“Welcome to KMB!”

ini copy & paste okay

“And give a big hand to yourselves ’cause you are THE CHOSEN ONES!”

Walau sebosan mana pun sesi taklimat dan ceramah yang diaturkan dalam tentatif program Minggu Orientasi Kolej Mara Banting sesi 2008/2010 bersama para guru dan tenaga professionalnya, pelajar-pelajar yang baru mendaftar akan tetap bersemangat.

Yang mengantuk segera bangun. Yang bermain SMS. Yang menguap-nguap. Juga yang sibuk bertaaruf bersama satu sama lain. Semuanya celik.

Hal ini tidak lain tidak bukan gara-gara ayat keramat yang kerapkali diulang-ulang oleh para guru tersebut. Namun bagi yang lebih kreatif sedikit daripada yang lainnya pula menggunakan ayat yang berbunyi seperti;

“I hope it’s not too late for me to welcome you to KMB. Give yourselves a big hand!”

Dan semua pun bertepuk-tepuk girang dan ghairah. Tepukan yang terdengar di dewan besar Kolej Mara Banting seperti guruh yang sedang masyuk berdentam-dentum. Ia kedengaran SANGAT lantang. Sungguh, tak bohong!

Entah mengapa mereka semuanya seperti kelihatan sangat teruja sekali. Sebahagiannya memang sudah sedia teruja daripada awal-awal lagi. Manakala sebahagian yang lainnya pula sekadar menjadi ‘pak turut’ dan turut bertepuk sama.

Oh ya, dapat masuk ‘The No 1 and Biggest IB School in the World’-lah katakan, siapa yang tak teruja?!

Ya lah, bukan senang nak masuk Kolej Mara Banting ni, bukan?

So, mestilah ghairah, kan?

Yang Terpilih

“And give yourselves a big hand. You are THE CHOSEN ONES!”

Kebanyakan daripada kami mungkin berasa gembira mendengarkan pujian melangit itu. Tak kurang pula yang mungkin berasa ‘ala-ala bangga hingga terkembang-kempis’ dan terasa ‘terangkat’.

Namun tak ramai yang sedar akan TANGGUNGJAWAB yang akan mereka pikul setelah konon-kononnya dikatakan termasuk dalam kalangan ‘MEREKA YANG TERPILIH’ itu.

“With great power comes great responsibility.”

Pepatah ini sangat sering didengari dalam masyarakat kita. Namun memang sudah menjadi lumrah alam. Semua memang tahu bercakap. Semua memang suka bercakap. Tapi tak ramai yang BERFIKIR.

Kerana apa mereka kurang berfikir?

Kerana tanpa disedari mereka seringkali leka dan tergoda dengan al-hawa. Terlalu gembira, teruja dan segala-galanya hIngga mereka tidak menyedari hakikat dan realiti perjalanan sebuah kehidupan itu sebenarnya.

Ada yang berkata dengan nada sedikit ‘terpoyo‘;

“Sebut je KMB dekat overseas nanti, mesti semua mat saleh tu respect punyalah!”

Namun sedarkah kita bahawa kemasukan ke Kolej Mara Banting, diploma International Baccaleureate, mahupun kolej-kolej terkemuka lain bukanlah sesuatu untuk dibanggakan. Hatta, sebenar-benarnya tiada apa-apa pun yang boleh kita banggakan.

Diterima masuk ke dalam kolej prolifik atau kolej yang bertaraf; “The First and Biggest IB School in the World” sekalipun bukanlah bermakna untuk didabikkan dada hingga terus tenggelam bumi dari pandangan mata.

Kerana semua itu datang dari Allah. Semuanya hak milik mutlakNya. Tanpa izinNya tiadalah sesuatu itu. Dan tanpa izinNya tidak berlakulah sesuatu itu.

Sebaliknya, dengan datangnya peluang pembelajaran ataupun apa-apa sekalipun, datang juga peranan yang harus dilangsaikan dengan sebaik-baiknya.

Tanggung dan Jawab

“Everyone should have an objective in this class. And everyone needs an objective in their life. Cause when one has objectives, then only will he have the sense of direction.”

Muqadimmah yang diberikan dalam kelas Business and Management Studies menusuk jauh ke dalam. Memang benar. Objektif atau misi hidup itulah yang akan membuatkan kita tahu sesuatu arah yang sedang kita tuju. Tanpanya kita akan sesat tersasar dari landasan hidup yang sebenar.

Dan malangnya, tak ramai daripada kita yang daripada sejak dari awal lagi telah menetapkan misi atau gambaran tentang apa yang akan kita lakukan dalam masa yang terdekat.

Mereka semua lebih gemar atau cenderung untuk ‘go with the flow’. Dan kerana itu jugalah ramai yang lemas dan sesat kerana mengikut arus hidup yang sememangnya tak pernah menentu.

Kita ‘yang terpilih’ ini mempunyai peranan masing-masing yang harus dimainkan. Peranan itu pula bukanlah untuk dilaksanakan secara ‘main-main’. Sebaliknya ia haruslah dipandang berat dan diusahakan sedaya upaya yang mungkin. Peranan itulah AMANAH yang diberikan kepada kita.

Amanah kita sebagai pelajar. Amanah sebagai seorang anak yang disandarkan harapan menggunung oleh ibu bapa. Dan amanah rakyat yangmelaburkan duit untuk melahirkan seorang INSAN yang berjasa kepada AGAMA dan MASYARAKAT.

Peranan-peranan itu haruslah kita TANGGUNG hingga ke akhirnya.

Dan kalau kita abaikannya pula, maka JAWAB lah kita sendiri di hari perhitungan kelak!

Resolusi

Kini kita semua TAHU yang kita punya amanah yang ditanggungjawab dan dipikulkan di bahu kita, bukan?

Maka dengan itu, perlulah kita untuk SEDAR akan hakikat amanah yang diberikan tersebut terlebih dahulu. [atau setidak-tidaknya, MAHU untuk sedar]

Selepas itu, barulah kita akan mempunyai semangat untuk menetapkan misi atau objektif yang ingin dicapai dalam apa jua yang kita lakukan sekalipun.

Seterusnya, secara tidak langsung kita akan punya motivasi diri yang kuat untuk meneruskan mujahadah sehingga ke penghabisannya. Kita akan punya kekuatan mental yang luarbiasa atau dalam erti kata lainnya, semangat JIHAD.

Dengan semangat yang kental itu, segala cabaran dan dugaan yangdihadapi sepanjang perjalanan dan perjuangan hidup itu akan diatasi dengan kesabaran dan kecekalan jiwa. TIdak kiralah sama ada cabaran itu berbentuk ‘susah gila’ atau ‘susah tahap dewa’ sekalipun.

Rintangan, cabaran, al-hawa, dan nafsu. Itu semua bukanlah alasan bagi kita. Dan janganlah jadikan itu semua sesuatu yang akan menghalang niat dan misi kita, lillahi ta’ala.

Tetapkanlah matlamat hidup ini. Bersunguh-sungguhlah dalam bekerja menujunya. Dan berjuanglah di jalan Allah!

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”

(Al-Ankabut: 69)

8 comments:

mynamyra said...

wOw,,pnjang,,
pnjang tp pnuh bmkne..
huhu..

eh2,,aku org 1st ek? waaa...

.w a n e e. said...

hmm ye la.kmb la yg the best.

F a r i z z a i d I said...

aiseh, korunk.
nih copy n paste je

Syazwan Harun said...

ape niiiiii..
serabut gle sape ske kmb -.-
tgu la sem 1 sem 2 abes...
tahu la ko..harharhar

F a r i z z a i d I said...

skrg nih pon dah thu ar.
senior sme ckp ib babi
haha

senior kau! said...

weiyh,
kau nih ske sngt masuk KMB.
nih blog hebat budak KMB.
tgk la cara die luahkan tension die.
http://ahuyy.blogspot.com/

F a r i z z a i d I said...

haish senior.
thx. nih yg ak nk bce
nanti boleh post tension jgak nnt
nih kre dah ade guide da.
haha

humbleServant said...

ner ko dapat ni
haha


rasa masuk kmb cam rasa 1st tyme masuk tgb