Monday, March 29, 2010

Hari Masalah Sedunia

Dunia aku hari nih penuh dengan masalah. Kerja tak siap satu, tapi yang siap pulak orang hilangkan. Aku tak kesah benda tuh hilang, tapi kenapa tak mengaku ? tak apa. aku pun tak tahu salah siapa, mungkin aku, mungkin dia, atau mungkin dia yang lain. Benda nih tak buatkan aku marah, putus sahabat atau pun lain-lain. cuma aku tak dapat nak kawal perasaan. tapi bukanlah aku jadi gila pagi tadi. cuma mungkin memek muka aku menunjukkan sesuatu. sorry kalau terasa, itu adalah stress pertama.

stress kedua, janji tidak ditunaikan. walaupun janji untuk benda yang tak berapa elok (meniru jawapan : turn siapa) tapi still janji. sepatutnya my turn, tp aku tak dpt. bukan tak ingatkan jangan bagi geng semeja, tapi still bagi. mungkin dia lupa, dan salah aku, aku tak minta awal2. tak apa, sekarang dah tak ada masalah dengan itu. sebab dah selesai. lagipun aku dah turn my self untuk buat sendiri kerja tuh.

stress ketiga. resdung secara tiba-tiba. air mata keluar, tapi bukan dari mata mahupun hati. tapi dari hidung. laju mengalir, tapi tak tenang. deras. sampaikan kain lap tangan pun basah. (menggelikan). jadi terpaksalah stress daripada pagi sampai ke akhir waktu kelas. dalam keadaan tak berapa sihat.

stress keempat. aku terlanjak tidur, dari pukul 2 sampai 4.30. tapi tak apa, harap2 hidup aku dah berubah. tiada lagi resdung. but still, sekarang sakit kepala. susah jadi aku, sentiasa bermasalah. tapi inilah dugaan, untuk aku, biar aku terus mengharungi dan menyelami setiap detik masa yang berlalu. apa erti hidup tanpa cabaran ?

harap-harap hari ini aku terus berlaku rajin. usaha dan usaha,

iklan fish4life : perluke ?. aku nih tak busy lagi ke? rasanya cukup setakat apa yang ada. sudah banyak pengalaman yang diperoleh. kekalkan apa yang ada, dan mantapkannya. katakan bye-bye kepada fish4life. tenkiu for the invitation. :)

No comments: