Wednesday, January 26, 2011

bila pengakhiran?

Assalamualaikum,

Sudahlah dengan bahasa inggeris, bukan menggalakkan aku menulis atau berfikir pun, makin buntu ada. Semua idea yang ada dalam otak tak kemana.

Dateline, dateline.

Bilalah nak selesai extended essay, tok essay and tok presentation. Bila siap extended essay, hantar dekat advisor, ada saja perubahan dan pertambahan. Masuk kali nih, lima kali consult untuk final draft. Kalau macam ini gayanya, baik hantar last day. Dah malas betul nak fikir-fikir dan panjangkan cerita, banyak lagi benda lain nak kena sentuh. 

Tok essay lain cerita, sentuh pun tidak, idea pun belum tentu ada. Dateline tak lama dah, hari jumaat. Itupun baru dapat sinar cahaya apa nak buat, kalaulah dari dulu ada petunjuk, konfem dah lama siap. Semua salah diri sendiri, tak ambil kesempatan dan suka menyusahkan orang lain minit-minit terakhir. Nasib baik ada yang sudi membantu. Alhamdulillah.

Tok presentation, fikir dan terus berfikir setiap hari. Tapi masih di jalan buntu, TOK bukan untuk aku. Bila nak consult, cikgu tak ada, bila cikgu ada, idea tak datang-datang dan tak ada keberanian pulak untuk consult, bila nak consult semula, cikgu dah pergi Melaka. Sekarang salah siapa, salah cikgu sebab pergi Melaka tak beritahu atau salah aku yang dah banyak kali nak consult dia tak ada ? Mungkin ini boleh jadi salah satu real-life situation untuk buat TOK presentation.

Membaca. Memahami.

Belum sempat habis baca lorong midaq, cikgu dah habis cover lorong midaq. Cepat-cepat aku tutup buku, dan buka buku yang baru. Entah kenapa semester nih novel yang dikaji semua ada unsur lucah, menarik ke sangat unsur lucah nih, mestilah menarik, kalau tak pengarang tak beriya-iya nak letak.

Langit petang betul-betul membuka minda, kita kena hargai setiap masa yang kita lalui, jangan terikat dengan sesuatu yang akhirnya tak memberi apa-apa manfaat. 

Menarik blog yang ditulis seorang sahabat tadi, mengenai budak yang pandai. Tak pernah aku terfikir untuk observe benda-benda nih, mungkin lepas nih setiap pemerhatian perlu ada perasaan. Bukan sekadar melihat, tetapi perlu meletakkan perasaan agar ia dapat dihayati dan menjadi pengajaran.

Habis. habis

Doakan kejayaanku




No comments: