Sunday, May 03, 2009

Perjalanan yang singkat~

Pukul 4.00 a.m pagi, mak aku terjerit-jerit.

"Fariz bangun!!"

Aku bangun, dalam kesejukan aku teraba-raba kaca mataku. Kemudian aku terus mengejut adik-adikku yang lain.

Kami mandi dan bersiap-siap.

Pukul 4.45 a.m kami bertolak, tanganku melambai-lambai ke arah nenek dan datukku. Kami meneruskan perjalanan.

Dari awal perjalan, aku berbalas-balas sms dengan Asyraff Latiff, katanya dia baru sahaja sampai Kelantan. Rupa-rupanya dia juga berdarah Kelantan. Kemudian kami berhenti di Petronas untuk sembahyang Subuh.

Perjalanan seterusnya, aku tidur sehingga dikejutkan kedua ibu bapaku untuk makan di warung !#$@# . Aku tak pasti nama kedai, sebab aku terus tidur dengan adikku yang lain. Aku bangun pukul 11.@# a.m. Tengok luar, dah sampai Bentong. Cepat betul.

Lepas itu kami berehat di R&R Gombak dekat Karak Highway. Aku ada nampak budak kecil, melintas jalan raya. Memang aku rasa gila betul, sebab ada orang tua (mungkin abang) yang suruh dia lintas. Nasib baik dia selamat melintas.


Ini bukan yang aku tengok tadi ar eh!

Lepas itu kami terus ke UIA hantar kakak aku, dia buat short sem., esok start lecture .Punya lama duduk sana, pukul 3.!@ p.m baru bertolak balik rumah.

Alhamdulillah, sampai jugak rumah dalam pukul 4.xx p.m camtuh.





7 comments:

Anonymous said...

awal sungguh bertolak pulang.
:)

mufazai said...

thu xper,
coz risau jamm.
tgk2 x jam.

or mayb coz ktorg btolk awal.

whiteCASTLE said...

lme gler duk dlm keter kan??
msti letih..
cam aku r..
nak blik klantan dr melaka pon jauh..
jenuh duk dlm keter..
boring~
huuuuuuu~

whiteCASTLE said...

fariz..
terima award dariku..
hehe

mufazai said...

sarah_liyana : xde ar rase penat, coz ak tidur memanjang *hahaha

Anonymous said...

kakak ko pn dpt short sem eh??
esk stat kls kn??

mufazai said...

ak rase hari nih die start klas.
ntah ar. (=