Thursday, April 09, 2009

RINDU : PLKN -3-

Rutin Harian : PAGI

Bangun & Subuh
.....................................................................................

"Bangun, bangun, bangun. Wira dan wirawati Muslim dikehendaki bangun untuk bersuci bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah."


Tepat pukul 5.30am, kami tersentak dari mimpi nan indah disebabkan oleh pengumuman dari JLB ( jurulatih bertugas ) yang kuat sangat. Hampir semua MIC [Melayu, India & Cina] bangun dan terus siap-siap.

Biasanya, budak-budak Melayu mandi dan terus pergi surau walaupun belum masuk waktu lagi. Yang Cina dengan India aku tak pasti apa yang diaorang buat. Masa menjadi pelatih dulu, memang wajib sembahyang berjemaah. Aku bersyukur sangat-sangat dapat masuk PLKN, sebab ibadat terjaga. Alhamdulillah.

Tapi benda ini semua tak lama, sekejap saja pelatih-pelatih bangun awal. Tak berubah macam zaman dekat sekolah asrama dulu, mula-mula semangat, akhir-akhir tak ada mangat. Mungkin betul kata Cikgu Amin, kita nak dua-tiga mangat, bukan semangat. Tapi, aku yakin dan pasti, sebab kami semua bangun lambat sebab speaker tak berapa dengar atau langsung tak kedengaran macam awal-awal.

Apa-apapun, aku sentiasa bingung dengan JL ( jurulatih ) yang tak habis-habis menyalahkan pelatih sebab ini lewat, itu lewat dan semua lewat. Padahal bukan semua aktiviti diberitahu awal-awal. Lepas itu pula, spekaer rosak, sapa salah ? Bukan pelatih, tapi pengurusan kem sebab tak baiki speaker.

Physical Training
.....................................................................................

Sambung balik, lepas sembahyang kami semua rushing untuk bersiap-siap dengan pakai PT ( physical training ). Tepat 6.30am kena kumpul ikut kompeni dekat padang kawad. Kami menyanyi lagu negaraku, lagu wira-wirawati negara, baca doa dan lafaz ikrar. Hari-hari ada saja tak kena. Nyanyi tak betullah, bendera naik tak sama lah, itulah dan inilah.

Tapi aku tahu, memang kali ini pelatih yang silap. Sebab tak ada kerjasama. Lagipun, pagi-pagi suara serak. Yang perempuan pula suara memang tak kedengaran. Mungkin kali ini kaum hawa ikut sunnah, bagus betul.

Antara aktiviti selepas menyanyi dan bla, bla kami :
  • pumping
  • skuad jam
  • lompat bintang ( paling famous )
  • jogging sekitar kampung
  • senam seni ( menarik )
  • dan macam² exercise ala-tentera ( aku lupa sebenarnya )
Benda-benda ini biasanya buat dalam kompeni masing-masing cuma senam seni semua sekali. Memang gembira, bangga tak terkata sebab senam seni ini kami yang batch pertama buat. Sekali buat lebih kurang 30 minit dan peluh pasti mengalir membasahi baju.

Dari apa yang aku dapat, bila buat senaman waktu pagi memang bagi kita lebih semangat untuk pergi kelas. Sebab pernah sekali aku buat-buat sakit kaki dann tak bersenam, rasa mengantuk gila dalam kelas.

Jadi, pergilah bersenam setiap hari untuk berikan semangat dan hilangkan kegendutan anda.

...............................................................................................
nanti sambung lagi..

8 comments:

maxman said...

6.30 da kne bkumpul??wah, paginye...

mufazai said...

itulah.

tp dekat kem saje.

kat rumah pukul 11.00 bru bgn (;

tp kne tgur, sbab x istiqamah. hehe.

liyana said...

best gle kan plkn. ibadat terjaga, makanan pon sedap2. tringat kwn nana dlu yg cina n india, dorg x mandi pagi2 sbb sejuk. hehe bau tu kna tahan la ;P

mufazai said...

thu xpe, yg cina x bau sgt.
tp yg stu lg.
damn! wangi gler. haha

NUR AMALINA ZAINAL said...

plkn seronok gilaa. like seriously best.

NUR AMALINA ZAINAL said...

plkn memang best gile! enjoyy habis..
p/s-i also ada post pasal plkn in my blog. check it out. my kem byk keluar. huhu.

mufazai said...

okies.
i'll check it out.~

Annas Alias said...

huhu, ko wat aku terigt time kat kem dulu.
aku pnah gak tpu sakit sbb nak teman rizal, haha, best2.